Tahun ini kami cuti beraya agak lama, hampir seminggu di kampung. Kebiasaannya tak lama pun. Siap pernah kerja di pagi 1 Syawal. Suami pula kerja malam Raya. Memori sungguh!
Tapi, tue cerita zaman kami masih sama-sama makan gaji dulu. Support client Jepun, dan cuti ikut public holiday Jepun pula tue. Memang bercatu lah cuti Raya.
Alhamdulillah, sejak kerja sendiri nie, tak perlulah dah isi borang cuti kalau nak bercuti panjang. Cumanya, kena ikut cuti sekolah anak-anak ajelah.
Badan Anak Panas Masa Balik Raya Di Kampung
Seronok betul bila anak-anak tahu kali nie dapat beraya lama di kampung. Sakan mereka bermain dan keluar beraya dengan sepupu. Hujan renyai-renyai pun steady aje main kat luar.
Mungkin sebab cuaca panas, pastu sekali sekala kena tempias hujan, ditambah lagi dengan penat bermain, petang keempat Raya, badan anak ke-3 kami, Hafiy, sedikit panas.
Melepet aje, baring. Makan tak mahu, minum tak mahu. Lemah tak bermaya.
Aduh malam-malam musim Raya begini, tiada klinik pun yang buka.
Apa Nak Buat Bila Badan Anak Panas?
Sebelum keluar beraya ke rumah saudara malam tersebut, saya bancuh siap-siap sebotol Performance Drink dengan 1 sachet Nutriferon. Beri padanya.
Seperti dijangka, sampai aje di rumah saudara tue, Hafiy baring sahaja atas pangku. Langsung tak mahu makan dan minum. Beri peluang main game kat phone pun dia tak mahu. Sah tak sihat.
“Kalau panas dia makin kuat, kena cari ubat jugalah bang. Dah lah tak bawa ubat demam pun nie”, kata saya pada suami.
“Ehh tak payah cari ubat. Kita usaha dengan NutriFeron aje dulu. Percayalah, Nutriferon aje pun dah cukup”, kata suami pula.
Sebelum tidur malam itu, kami bagi lagi satu sachet NutriFeron. Campur dalam susu nya.
Sebenarnya, jarang lah ayah dia orang nie sepositif ini dengan suplemen. Hehe..
Tapi, mungkin kerana dia sendiri dah rasa kebaikan NutriFeron setiap kali tak sihat, sebab itu konfiden betul dengan suplemen. Bukan setakat demam atau selesema aje, sakit perut cirit-birit pun kami ambil NutriFeron juga. Teringat kenangan sakit perut dalam kapal terbang dulu.
Firts Aid Kit Kami Sekeluarga Ketika Travel
Pendek kata, NutriFeron nie dah macam first aid kit setiap kali kami travel. Tak perlu bawa sekotak terus, ambil sahaja beberapa sachet dan letak dalam poket handbag pun boleh. Jimat ruang.
Tambah sekali dengan Performance Drink sebagai minuman untuk hidrasi. Sebolehnya memang nak elak minum ‘air seratus’ kerana minuman bergas.
Tentang Hafiy, Alhamdulillah esok paginya panas dia dah kebah. Dah boleh main dengan riang macam biasa.
“Dah baik dah bu, cuba rasa sini, tak panas dah”, kata Hafiy sambil suruh saya rasa dahinya.
Alhamdulillah. Anak-anak kami memang dah terbiasa dengan NutriFeron nie. Setiap kali rasa badan tak sedap, terus request nak makan NutriFeron.
Kalau batuk berkahak, badan gatal-gatal, cari minyak ikan OmegaGuard pula.
NutriFeron, Usaha Perisai Kesihatan
Inilah kisah first aid kit kami setiap kali travel, samaada bercuti atau balik kampung.
Jika sebelum cuti Raya baru nie, ramai yang share ‘senarai ubat wajib bawa pulang ke kampung’, bagi kami sekeluarga, cukuplah NutriFeron sebagai usaha perisai kesihatan. Insya Allah… 😉
Kalau anda nak cuba NutriFeron juga, klik aje di sini >>> Nak order NutriFeron.
Jaga diri di musim Raya ini ya! 😉
Arnie Samsudin
WhatsApp ke 017-3030081 untuk info lanjut (WhatsApp sahaja).
Anuar says
Biasanya kami standby siap2 cool fever, ubat demam dan panadol dekat dalam beg masa balik kampung…. kalau perlu baru kami bagi bagi pada anak-anak..
GenkiMomma says
Dah jadi ibu ayah nie, memang wajib standby macam2 emergency kit..
Nur Razali says
Best baca cerita kak arnie 😊 bila da tau ade penyelesaian masa anak2 atau kite sendiri kurang sihat nak berjalan jauh atau stay lama kat satu2 tempat tue tak rasa risau sangat kan..sebab da ade ikhtiar tersendiri..bersyukur kenal produk shaklee. Mudah2an kita sama2 dapat bantu lebih ramai untuk sihat. Bukan sihat badan je pakej sekali poket pun sihat hehehe In Shaa Allah
GenkiMomma says
Sakan diorang main cuti Raya nie, pastu asyik pulun minum air sejuk berais aje kan, memang risau betul bila ada yang tetiba demam..
Mama Hakim says
Masa Mama berjalan raya tempohari ke rumah saudara mara
Memang ramai anak anak penakan ni tak sihat
Musim hujan pun ya sekarang ni
Noriza Rahman says
Kami pun standby masa balik raya, sekali ibunya yang kena cirit birit. Habis lahhh dimakan semua, anak-anak semua sihat. Alhamdulillah