Shaklee Live 2016 Orlando USA | Sekarang ini, lebih kurang 120 orang delegasi Shaklee Malaysia (bisnes leaders Shaklee) sedang dalam perjalanan ke USA, untuk menyertai Shaklee Live 2016 di Orlando World Center Marriott. Seronok tengok newsfeed FB penuh dengan update Live dari mereka. Jealous, terbakar, semua ada… š
Nak tau tak? Sebenarnya, nak dapat 1 tiket pelancongan antarabangsa dengan Shaklee nie bukan mudah tau. Ini bukan macam rombongan masa kita kecil dulu, naik bas ramai-ramai pergi Langkawi, siapa yang ada duit boleh bayar. Bukan, bukan.
Untuk dapatkan 1 tiket Shaklee Live 2016 ini perlukan kesabaran, kerajinan, kesungguhan, serta semangat juang dan bertahan yang tinggi untuk capai syarat sales yang pihak Shaklee tetapkan. Duit ada banyak mana sekalipun, tak boleh nak beli walau 1 tiket. Tiada jual di mana-mana. Serius!
Jadinya, tiket pelancongan ini eksklusif untuk bisnes leaders Shaklee sahaja.Ā Salute sangat mana-mana bisnes leaders yang layak menyertai International Trip Shaklee nie. Kita nampak mereka bergembira update gambar setiap saat. Hakikatnya, pengorbanan masa, tenaga, mengalir air mata darah semua tue hanya Allah yg tahu.Ā They really deserve it! Congrats semua!
Apa Yang Best di Shaklee Live 2016 Orlando USA?
Di Shaklee Live 2016 nie kita bukan cakap tentang kejayaan pengedar dan pengiktirafan bisnes aje. Tapi, banyak perkongsian mengenai kebaikan produk, dan bagaimana produk kesihatan Shaklee boleh membantu lebih ramai orang untuk memperbaiki taraf kesihatan mereka.
Antara yangĀ eksklusif kehadiran adik-beradik kembar Angkasawan, Mark dan Scott Kelly sebagai Shaklee Live 2016 Keynote Speakers.
Tambah seronok apabila semua bisnes leaders Muslim di hadiahkan sebotol Vivix seorang. Wahhh, produk premium tue. RM475 sebotol tau!
Manakala untuk bisnes leaders non-Muslim, Shaklee hadiahkan Shaklee Life-Strip. Produk ini belum masuk Malaysia lagi tau. Eksklusif untuk mereka yang sertai Shaklee Live 2016 aje. Istimewanya, 2 biji kapsul merah kat atas sekali tue sebenarnya ialah Vivix di dalam kapsul. Wow!
Ini free gift dalam bentuk suplemen. Sebenarnya, ada macam-macam lagi free-gift bukan suplemen yang mereka dapat, termasuklah penginapan yang eksklusif, serta makanan yang sedap dan semestinya Halal. Dapat duit poket juga 300 USD setiap seorang. Seronok nyaa…
Nak tau lagi, Shaklee US siap sediakan prayer room untuk bisnes leaders Malaysia.Ā Sangat prihatin!
Haaaa best kan Shaklee Live 2016 nie? Rugi nya tak pergi…
Shaklee Live 2014 Long Beach, California
Mengimbau kenangan sendiri 2 tahun lepas. Kami layak 5 tiket International Trip ke Shaklee Global Conference Long Beach, California. Lengkap dengan bonus berjalan-jalan di Los Angeles dan San Francisco.
Walaupun layak 5 tiket, tapi masa tue baru lepas bersalin anak no. 4, lebih kurang sebulan.Ā Jadi, suami dan anak-anak sahajalah menjadi wakil kami ke US nun, sambil ibu duduk diam-diam habiskan pantang di rumah, hehe.Ā Itulah keistimewaan bisnes Shaklee, kami diberi pilihan untuk bawa anak-anak atau ibu ayah bersama ke mana-mana trip Shaklee.
Dengan syarat, kita mempunyai tiket yang cukup lah.Ā Bisnes keluarga sangat, kannn…
Untung anak-anak, kecil-kecil lagi dah rasa menyeberang dunia lebih 20 jam dalam kapal terbang. Sampai hari ini pun mereka mesti teruja kalau cerita tentang pengalaman ke US dulu. Bercahaya mata. Ibu pulak berkaca-kaca mata, sebab perasan bercampur baur. Macam-macam rasa.
Syukur Alhamdulillah, rezeki anak-anak lah nie. Ibu buat bisnes Shaklee pun untuk anak-anak. Walaupun ibu sendiri belum jejak kaki lagi kati US tue ank-anak oii.. š
Shaklee Umrah Ziarah 2016
Ehh, tapi kenapa tahun nie pun ibu tak pi US?
Insya Allah, jika di izinkan ibu akan pergi US tahun 2018 nanti lah. Sebab, 2 tahun sekali memang ada trip Shaklee ke US nie.
Satu lagi keunikan bisnes Shaklee ini ialah, setiap tahun Shaklee (M) tawarkan 2 destinasi pelancongan antarabangsa. Satu ke destinasi luar negara. Dan satu lagi, khas untuk bisnes leaders Muslim berpeluang untuk pilih menunaikan Umrah + melancong.Ā Jadi, untuk tahun 2016 nie, kami pilih menunaikan Umrah, sambil pusing-pusing Jordan, Insya Allah.
Dah lama simpan hasrat untuk ke Umrah. Rindu sangat. Dan setiap tahun pun sejak dari tahun 2012 lagi Shaklee beri peluang menunaikan Umrah. Namun, ada je ‘halangan’ untuk ibu ke sana. Beranaklah, berpantanglah menyusulah. Hihihi..
Benarlah kata orang, kaya macam mana sekalipun kita (mampu dari segi duit, kesihatan & masa), belum tentu boleh selalu buat Umrah kalau kita “tidak di jemput”. Doakan semoga kami menjadi “tetamu Allah”, ye para pembaca semua. Terima kasih!
Nak Join Kami Ke US 2018 Tak?
“Alaaa saya tak ready lagi lah nak bisnes…”
Tak ready, takpe. Kami pun asalnya daftar ahli untuk makan sendiri aje. Tak sangka dapat extra incomeĀ sedikit demi sedikit melalui perkongsian tentang kebaikan produk di blog dan FaceBook. Dan, macam tak percaya akhirnya boleh serius berbisnes sampai berpeluang tunaikan Umrah, pergi Dubai, US, Italy dan Insya Allah ke Jordan pula.
Jadi, kalau nak daftar ahli walaupun sekadar nak makan sendiri pun boleh. Kami bantu berikan konsultasi tentang produk, dan cara pengambilan yang betul. Tak perlu anda pening sendirian sebab tak tahu cara makan Shaklee.
Teruja? WhatsApp ke 017-3030081 / 012-2180781 laju-lau tauuu! š
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialahĀ Pengedar Sah Shaklee di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam.Ā Penghantaran produk ShakleeĀ menggunakan kurier keĀ seluruh Malaysia. UntukĀ orderĀ produk,Ā daftar keahlian,Ā atauĀ peluang jana pendapatanĀ dengan Shaklee,Ā hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp :Ā 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail :Ā genkimomma@gmail.com
Daftar keahlian Shaklee sekarangĀ diĀ “Join Now“.
Noriza Rahman says
Best sgt bila penat lelah terbayar kan?
GenkiMomma says
Buat sampai dapat, gitew! š
Noriza Rahman says
Memang terasa diri dilayan bak puteri kan…
GenkiMomma says
Nanti kita travel obersi dengan trip Shaklee sama2 ya kak nord, Insya Allah.. Aamiin…