Tips Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin | Ramai ibu yang mengadu, rambut mereka gugur dengan teruk selepas melahirkan anak, terutama 2-3 bulan selepas bersalin. Lantai bilik penuh dengan rambut yang gugur. Tiap kali menyikat rambut pasti segumpal rambut gugur penuh di tangan. Keadaan bertambah buruk tatkala mencuci (syampu) rambut!
Tips Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin
Kata orang tua-tua, bayi dah mula menyemburkan air liur, sebab tue lah kebanyakan ibu mendapati rambut gugur selepas bersalin. Lebih banyak air liur yang bayi sembur, lebih banyaklah rambut si ibu yang bakal gugur.
Bagaimana perkaitan di antara rambut dan air liur tue? Wallahu’alam…
Dari segi fakta saintifik pula:
(1) Wanita mempunyai anggaran 100 ribu helai rambut di atas kulit kepala. Secara purata, anggaran 100 helai rambut gugur setiap hari.
(2) Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh lebih banyak. Hanya sedikit sahaja rambut yang berada di dalam keadaan berehat, maka, hanya sedikit sahaja rambut yang gugur setiap hari. Oleh itu, semasa hamil, rambut anda biasanya akan lebih tebal dan lebih sihat.
(3) Selepas bersalin, tahap estrogen menurun (kembali pada paras normal) dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Dengan kata lain, lebih banyak rambut akan gugur.
(4) Dua, tiga bulan selepas itu, wanita akan mula mengalami keguguran rambut disebabkan perubahan hormon ini. Dengan kata lain, rambut gugur selepas bersalin adalah normal. Biasanya perlukan 6-12 bulan untuk kembali normal.
After you give birth, your estrogen levels take a tumble and a lot more hair follicles enter the resting stage. Soon you’ll have more hair coming out in the shower or on the brush. This unusual shedding will taper off and your hair will be back to its pre-pregnancy thickness about six to 12 months after you give birth. *Sumber: babycenter.com
*Penting:
Keguguran rambut TIDAK dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu!!!
TIPS kurangkan rambut gugur selepas bersalin
(1) Potong rambut pendek sedikit agar rambut lebih mudah di urus, dan anda boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada bayi yang baru lahir (berbanding sibuk mengutip rambut di atas lantai!).
(2) Guna syampu yang diperkaya vitamin B, ada khasiat bunga telang, atau syampu/ krim yang berasaskan minyak kelapa/ pati santan.
(3) Guna sikat rambut yang lembut dan sikat dengan cermat untuk elakkan sikat menarik rambut dengan banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
(4) Keringkan rambut basah terlebih dahulu, dan jangan terlalu kuat mengeringkan rambut dengan tuala kerana ketika rambut basah, strukturnya lebih rapuh dan lebih mudah gugur.
(5) Ambil makanan berkhasiat yang kaya dengan vitamin B, protein dan zat besi, selain daripada vitamin pre-natal (multivitamin) anda.
Apakah vitamin Shaklee yang dapat membantu mengurangkan masalah rambut gugur selepas bersalin?
Anda boleh amalkan vitamin berikut untuk nutrisi dalaman:
- B-Complex (sumber vitamin B)
- Energizing Soy Protein (sumber protein)
- Vita-Lea (sumber multivitamin dengan zat besi)
- Zinc Complex.
Bagi yang sedang dan bakal menggunakan Set Berpantang Shaklee, jangan risau kerana vitamin-vitamin di atas sememangnya sudah ada di dalam Set Bersalin Shaklee (Confinement Set).
Anda hanya perlu tambah set penjagaan rambut ProSante untuk nutrisi luaran:
ProSante Revitalizing Shampu membantu membersih, melicin, menyegar, serta melebatkan rambut. Manakala ProSante Nourishing Scalp Treatment terbukti berkesan mengurangkan keguguran rambut ketika disikat, serta melebat dan menguatkan akar rambut secara semulajadi.
Gabungan penjagaan rambut luaran, serta nutrisi dari dalam (vitamin) dan luaran (set ProSante), boleh membantu mengurangkan masalah rambut gugur selepas bersalin. Rambut tetap akan gugur, cuma kuantiti nya boleh dikawal, dan tempoh rambut gugur selepas bersalin nanti tidaklah terlalu lama, Insya Allah…
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi genkimomma@gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-303 0081/ 012-218 0781.