Bagaimana GLA Meningkatkan Kesuburan Wanita | Selepas haid, biasanya terdapat peningkatan dalam jumlah mukus serviks yang lebih lembap dan lebih licin selepas beberapa hari. Mukus serviks ini turut dikenali sebagai lendiran serviks.
Mukus serviks telur putih adalah yang paling subur di antara semua jenis mukus serviks. Ia mempunyai ciri agak memberi yang membolehkan sperma untuk berenang dengan mudah ke dalam serviks. Ia kelihatan dan berasa seperti putih telur mentah dan boleh dihulur kira-kira 5 cm tanpa memutus di tengah-tengahnya.
Kebanyakan wanita boleh hamil tanpa perlu susah payah memerhatikan kewujudan mukus serviks telur putih ini. Namun, bagi sebahagian wanita lain, mempunyai sedikit atau tiada langsung mukus serviks yang subur mungkin akan menyukarkan usaha untuk cuba hamil.
Di sinilah asid lemak perlu yang dipanggil Gamma Linolenic Acid, GLA meningkatkan kesuburan wanita. Namun bagaimanakah sebenarnya peranan GLA meningkatkan kesuburan wanita ini?
Bagaimana GLA Meningkatkan Kesuburan Wanita
GLA di sintesis dan digunakan oleh badan untuk hasilkan prostaglandins, yang penting untuk beberapa fungsi badan, termasuklah meningkatkan penghasilan lendir serviks yang subur.
“Gamma Linolenic Acid helps women to produce more fertile quality cervical fluid also known as “egg white cervical mucus”. This type of cervical fluid is fertile, thin, watery, clear and “stretchy” and easily aids the sperm to swim through the uterus and into the fallopian tube, and to the egg.Also, this type of fluid helps the sperm to stay alive for up to 5 days inside the fallopian tube, thus enabling conception to happen even if you don’t have intercourse again by the time ovulation occurs.” -ovulation-calculator
Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang lebih subur dan berkualiti, yang dikenali sebagai “mukus serviks putih telur”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, dan lebih kenyal, serta sangat membantu sperma untuk berenang melalui uterus, terus ke tiub fallopio, dan terus menuju kepada telur (ovum).
Cecair serviks jenis ini juga menyediakan satu medium yang membantu sperma untuk kekal hidup sehingga 5 hari di dalam tiub fallopio. Maka, ini akan memudahkan proses persenyawaan di antara sperma dan ovum, walaupun anda tidak melakukan hubungan intim lagi ketika ovulasi tiba.
Jangkahayat Sperma dan Telur
Jangkahayat sperma dan telur berbeza. Sperma biasanya boleh hidup dari 3 hingga ke 5 hari dengan kehadiran cecair serviks ketika waktu subur. Namun, kebanyakan sperma akan mati dalam 1-2 hari selepas diejakulasi, walaupun berada di dalam uterus. Mengamalkan pengambilan Zinc Complex membantu memperbanyakkan kuantiti sperma bagi lelaki.
Jangkahayat telur lebih pendek, iaitu antara 12-24 jam sahaja mulai saat telur dilepaskan dari ovari.
Jadi, persenyawaan boleh berlaku bila-bila masa sahaja apabila sperma hidup bertemu dengan telur hidup, walaupun sperma tersebut telah berada di dalam uterus seawal 5 hari sebelum ovulasi berlaku.
Di sinilah peranan GLA meningkatkan kesuburan wanita dengan menyediakan satu medium yang ‘mesra sperma’, sekaligus meningkatkan peluang wanita untuk hamil.
Selain dari meningkatkan kesuburan wanita, GLA Gamma Linolenic Acid juga membantu:
- menstabilkan hormon.
- melancarkan kitaran haid.
- mengurangkan sindrom pre-menstrual.
- meningkatkan kesuburan dengan menghasilkan lendiran serviks yang berkualiti.
- Asid lemak omega-6 membantu dalam penurunan berat badan
Testimoni Pengguna GLA Complex untuk Kesuburan
Di Shaklee, Gamma Linolenic Acid kami dikenali sebagai GLA Complex. Berikut merupakan perkongsian daripada beberapa orang pengguna yang mengamalkan GLA Complex untuk menstabilkan kitaran haid, serta meningkatkan kesuburan.
Pengguna GLA meningkatkan kesuburan (1):
“Aimi ni siti.. ingat lagi tak? 2 bulan lepas beli GLA dari awak.. Alhamdulillah saya dah pregnant sekarang weeks..”, -Puan Siti.
Pengguna GLA meningkatkan kesuburan (2):
“Alhamdulillah lepas sebulan makan GLA, hari nie officially nak share good news nie.. 6 bulan berusaha sampai bertemu jodoh dengan GLA nie last month.. hari ni akak disahkan PREGNANT! Dengan izin Allah.. Thank you so much! –Puan Noorhaina
Alhamdulillah, suplemen GLA ini hanyalah sebagai salah satu ikhtiar bagi ibu-ibu yang ingin cuba hamil. Dalam masa yang sama, usahakanlah juga untuk bertemu dengan yang pakar, selain berdoa tanpa jemu memohon dari Yang Maha Esa…
Dalam banyak-banyak customer yang mencuba suplemen kesuburan untuk mendapatkan cahayamata, paling tak boleh kami lupakan ialah kisah Puan R, yang langsung tak sedar sedang hamil 5 bulan selepas amalkan vitamin untuk kesuburan! Bukan sekadar ‘buncit’ biasa… 😉
Bagaimana Nak Dapatkan GLA Complex?
Harga sebotol GLA Complex (60 kapsul) ialah RM91.25 sahaja, tidak termasuk kos penghantaran. Anda boleh dapatkan GLA Complex secara online di sini (klik), 100% secured. Pembayaran melalui kad debit dan kad kredit diterima untuk belian secara Online.
Atau, anda boleh terus WhatsApp kami untuk di 017-3030081 / 012-2180781.
Bonus: Kami akan berikan panduan cara pengambilan GLA Complex yang betul untuk cuba hamil, terutama sekali jika anda sedang merancang untuk menambah cahayamata! 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID: 830022 di kotak “Sponsor” jika daftar Express Enrolment di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Usaha terletak pada hamba, penentuan biar Allah yang tentukan..tak salah mencuba kan?
GenkiMomma says
Lagipun ada banyak khasiat Asid Lemak Omega-6 kan, berbaloi cuba…