Bila bicara tentang kalsium, ramai yang takut nak ambil suplemen kalsium kerana kata mereka nanti akan jadi sembelit. Silap haribulan, kalsium berkumpul dalam buah pinggang, jadi batu karang dan kena operation pula. Tak pasal-pasal kena sakit buah pinggang pula, kata mereka.
Senyum sahaja saya mendengarnya kerana apa yang mereka cakap itu betul juga. Suplemen kalsium sahaja tanpa Magnesium sebenarnya adalah kurang efektif. Ini kerana suplemen Kalsium memerlukan Magnesium untuk diserap dari dalam darah ke dalam tulang.
Tanpa Magnesium, Kalsium tidak dapat diserap dengan baik. Akhirnya keluar dari badan begitu sahaja. Jadi, anda wajib pilih suplemen Kalsium yang lengkap dengan unsur Magnesium.
Bagaimana Magnesium Mengelakkan Sembelit?
Selain menjadi kawan baik kepada Kalsium, Magnesium juga bersifat laksatif iaitu melawaskan sistem penghadaman kita. Magnesium mengelakkan sembelit dengan 2 cara iaitu:
(1) Magnesium menenangkan otot di dalam usus.
Magnesium memainkan peranan penting dalam fungsi otot. Ia membantu menghasilkan ritma otot yang lancar. Ini sekaligus membuktikan kepentingan magnesium dalam mengelakkan sembelit, kerana keseluruhan sistem penghadaman itu sendiri ialah satu otot yang panjang.
(2) Magnesium memerangkap air.
Magnesium meningkatkan air di dalam usus, yang membantu menggerakkan peristalsis, sejenis pergerakan macam ombak di dalam usus. Peristalsis jugalah yang menolak makanan ke dalam perut kita. Pertambahan jumlah air di dalam kolon akan melembutkan najis, seterusnya menyebabkan pergerakan najis lebih lancar. Maka, sembelit dapat dielakkan.
Makanan Tinggi Magnesium Untuk Si Sembelit
Di antara contoh makanan harian yang tinggi dengan sumber Magnesium ialah sayur bayam, brokoli, kekacang, biji labu, bunga matahari, tembikai, pisang, avocado dan beras perang.
Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah sembelit yang serius, perbanyakkan pengambilan makanan tinggi magnesium dalam diet harian. Sama juga dengan kanak-kanak, berikan mereka makanan tinggi magnesium sekiranya mereka jarang membuang, ataupun tidak membuang air besar dengan lancar.
Boleh juga ikhtiar dengan suplemen magnesium, sekiranya sumber magnesium dari makanan harian sahaja tidak mencukupi. Kebiasaannya untuk dewasa, suplemen magnesium datang dalam bentuk gabunagn kalsium-magnesium. Manakala untuk kanak-kanak, ia datang dalam bentuk multivitamin dan multimineral.
Pengambilan makanan kaya Magnesium, disamping air kosong yang secukupnya setiap hari, akan membantu mengurangkan simptom sembelit yang sedang di alami. Insya Allah…
7 Tips Atasi Sembelit Ketika Berpantang Selepas Bersalin
Suka dengan tips yang dikongsikan ini?
Jemput kongsi artikel ini, dan Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai tips ohsem… 😀