Kali pertama kena bengkak susu teruk ketika menyusukan anak kedua sepenuhnya. Ini bukan bengkak susu disebabkan susu banyak tau. Bukan juga sebab tak sempat nak pam atau direct feeding dalam masa yang lama.
Bengkak susu ini disebabkan oleh ada duktus susu yang tersumbat.
Pengalaman kena bengkak susu ini memang tak boleh nak lupakan seumur hidup, kerana ia menyebabkan kena mastitis, sehingga perlu menjalani pembedahan untuk buang breast abscess tersebut. Namun, ia tak mematahkan semangat untuk saya terus menyusukan bayi.
Ia juga merupakan titik tolak mengapa saya register sebagai ahli Shaklee.. 😀
Bengkak Susu Kerana Blocked Milk Duct
Dalam bahasa inggeris, ada banyak terma untuk duktus susu tersumbat ini. Anda boleh cuba google blocked milk duct, clogged milk duct atau plugged milk duct.
Apajua termanya, fenomena duktus tersumbat (blocked duct) ini ialah satu keadaan di mana terdapat satu kawasan pengaliran susu di dalam payudara yang terhalang. Keadaan tersumbat ini boleh berlaku di permukaan puting, atau boleh juga berlaku jauh ke dalam sistem duktus.
Duktus tersumbat ini berulang secara berkala, dan biasanya efek kepada sebelah payudara sahaja.
Bagaimana Lecithin Mengatasi Recurrent Plugged Ducts
Menurut Doktor Jack Newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.
Lecithin ialah sejenis pengemulsi lemak dan minyak. Lecithin banyak digunakan sebagai aditif makanan, dan turut dijumpai secara semulajadi dalam pelbagai makanan.
Suplemen Lecithin sesuai untuk ibu menyusu. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kontraindikasi dilaporkan sekiranya Lecithin diamalkan oleh ibu menyusu.
Cadangan Dos Lecithin Untuk Rawatan Blocked Milk Duct
Pakar laktasi Kelly Bonyata (IBCLC) dalam artikelnya mencadangkan Lecithin sebagai rawatan recurrent plugged ducts. Dos yang dicadangkan ialah:
- 3,600 – 4,800mg Lecithin sehari.
- Selepas 1 – 2 minggu tanpa sebarang blockage, kurangkan dos 1,200mg Lecithin.
- Jika dalam 2 minggu kemudiannya tiada blockage juga, ibu boleh kurangkan lagi 1,200mg.
Penting: Ibu mungkin perlu teruskan makan 1,200 – 2,400mg kapsul Lecithin sehari selama yang mungkin, jika sekiranya dengan menghentikan pengambilan Lecithin akan menyebabkan pembentukan duktus tersumbat lagi.
Pengalaman Kena Blocked Duct, Mastitis dan Breast Abscess
Seperti yang saya kongsikan di awal artikel, saya pernah kena blocked duct berulang kali, sehingga satu tahap menjadi mastitis, dan perlu segera menjalani pembedahan untuk membuang breast abscess. Masa itu awal tahun 2009, anak baru berusia 1 tahun 2 bulan.
Selepas pembedahan, saya tetap nekad untuk menyusukan anak. Ini mempertemukan saya dengan suplemen Shaklee. Saya amalkan B-Complex, Vitamin C, Vitamin E dan Zinc untuk penyembuhan luka. Selama 3 minggu luka masih terbuka, dan perlu ulang alik klinik setiap hari untuk dressing. Selepas itu baru doktor jahit semula luka pembedahan.
Selepas jahitan kering sepenuhnya, ada beberapa kali juga saya diserang blocked duct. Dan, recurrent blocked duct berlaku lagi ketika menyusukan anak ketiga. Akhirnya saya nekad untuk konsisten Lecithin setiap hari, walaupun tidak diserang clogged duct.
Alhamdulillah, ketika menyusukan anak keempat, saya tidak mengalami sebarang blocked duct. Tak pernah lagi kena bengkak susu sebab saluran tersumbat. Hanya kena bengkak susu sebab lambat kosongkan susu sahaja.
Melalui pengalaman sendiri, saya sangat percaya dengan teori bahawa ibu menyusu yang kerap kali diserang blocked duct, tetap perlu teruskan pengambilan Lecithin sepanjang penyusuan. Hanya dos Lecithin yang berbeza.
Bagaimana Nak Dapatkan Suplemen Lecithin?
Di Shaklee kami juga mempunyai suplemen Lecithin. Terdapat 180 kapsul di dalam satu botol. Kapsul ini dari sumber bovine gelatin. 1 kapsul mengandungi 600mg Lecithin. Jadi, ibu yang mengalami blocked duct, perlu ambil 6-8 biji Lecithin Shaklee sehari.
Harga sebotol Lecithin Shaklee ialah RM66.25 sahaja, termasuk kurier ke seluruh Semenanjung.
Ada 2 cara untuk membuat pembelian Lecithin Shaklee:
(1) Buat belian terus secara online Lecithin Shaklee di sini (klik).
Pembayaran dengan kad debit atau kad kredit sahaja. Penghantaran terus oleh pihak Shaklee (M) ke alamat anda. Jangan risau, 100% selamat, dijamin oleh Shaklee (M).
(2) WhatsApp kami di 017-3030081 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut.
Jadual pemakanan dan tips eksklusif Lecithin untuk ibu menyusu hanyalah untuk customer yang membeli dari GenkiMomma.my sahaja. Harap maklum.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Kalau ingat balik pengalaman bengkak susu ni memang menyakitkan. Nak bergerak pun susah kan
GenkiMomma says
Yup betul, yang dah pernah kena je tahu sakitnya.. kalau orang terlanggar pun rasa nak mengamuk, hihi..
Noriza Rahman says
Kalau dah kena sekali tu, memang akan kena juga even dah ikut segala tips penyusuan kan?
GenkiMomma says
ehh tak semestinya.. kalau rajin amalkan Lecithin, Insya Allah boleh elakkan blocked duct, macam tips dalam entri nie..