Semua orang tahu bahawa pengambilan air harian yang cukup penting untuk kesihatan. Secara umumnya kita disarankan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas, atau bersamaan 2 liter sehari. Ini pendapat yang paling popular.
Namun, betul kah pengambilan air kosong 2 liter sehari ini memenuhi keperluan air harian badan kita?
Bagaimana Nak Sukat Pengambilan Air Harian
Secara peribadi, saya rasa agak sukar untuk kita menyukat air kosong yang telah di minum sepanjang hari confirm bersamaan dengan 8 gelas. Seringkali kita terkeliru mengenai kiraan 8 gelas air tersebut, kerana adakalanya kita turut mengira secawan kopi di waktu pagi, serta secawan teh tarik di waktu petang sebagai salah satu daripada kiraan 8 gelas air sehari tersebut.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa kita boleh masukkan sekali kiraan secawan teh, secawan kopi, atau apa jua air manis yang lain. Namun, saya lebih suka untuk tidak mencampurkannya kerana kedua minuman tersebut, selain dari manis, turut mempunyai kafein.
Berapakah Keperluan Pengambilan Air Harian Individu?
Mengikut Mayo Clinic, lelaki perlu minum sebanyak 3 Liter (13 gelas) air, manakala 2.2 Liter (9 gelas) air bagi wanita. Jumlah ini perlu ditambah sekiranya kita melakukan aktiviti berat yang banyak menghasilkan peluh, dan tinggal di negara yang beriklim panas, macam kita di Malaysia ini.
Cara Kiraan Keperluan Pengambilan Air Harian (1):
Hakikatnya, kurang pengambilan air harian akan memudaratkan badan, kerana badan kita berkemungkinan mengalami dehidrasi dan lain-lain. Sekiranya terlebih minum air juga tidak elok untuk sistem dalaman kita, kerana badan akan mengalami over-hydrated.
Jadi, bagaimanakah kita nak kira jumlah pengambilan air harian yang tepat untuk badan kita?
Formula Keperluan Air Badan (1):
2/3 daripada berat badan, Pounds (lb) = jumlah air yang perlu di minum, Ounce (oz)
Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka, saya buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 55kg.
- Tukarkan unit kg kepada pounds. Maka, 55kg = 121.25 lb
- Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2 per 3. Maka, 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
- Tukarkan unit oz tersebut kepada liter. Maka, 80.83 oz = 2.3 L
Jadi, jika berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari.
Cara Kiraan Keperluan Pengambilan Air Harian (2):
Pening dengan kiraan keperluan pengambilan air cara nombor (1) tadi?
Tak mengapa, ada satu lagi cara paling mudah untuk mengetahui berapakah jumlah pengambilan air harian yang badan kita perlukan. Cara ini pasti mudah untuk anda amalkan.
Formula Keperluan Air Badan (2):
1L air untuk setiap 20kg berat badan
Untuk berat badan 55kg, bahagikan 55kg/20kg. Maka, perlu minum lebih kurang 2.75L air sehari.
Tips Pengambilan Air Harian 2L di Pejabat
3 sebab utama ramai orang sukar minum 8 gelas air (2L air) sehari di ofis ialah:
(1) Malas nak ke pantry, yang mungkin jauh daripada meja kerja. Jadi, nak ulang alik ke pantry sebanyak 8 kali demi 8 gelas air kosong adalah sesuatu yang memenatkan. Tambahan bila anyak kerja, rasa macam buang masa sahaja asyik nak ke pantry.
(2) Tiada counter khas untuk buat kiraan gelas dengan betul. Asyik ulang alik sahaja, sampai lupa dah berapa kiraan. Jadi, agak-agak ajelah macam dah cukup 8 gelas air kosong sehari. Hehe..
(3) Malas nak ke tandas. Tak suka asyik rasa nak buang air kecil sahaja.
Jika salah satu dari sebab di atas merupakan cabaran anda untuk tidak mematuhi jumlah pengambilan air harian di ofis dengan betul, cuba sediakan botol air bersukat sebagai penanda. Cadangan kami, gunakan botol air 1L.
Secara purata kita habiskan 8 jam sehari di ofis di mana 4 jam pertama kerja, lunch break, dan di sambung 4 jam kedua kerja sebelum pulang ke rumah. Jadi, set kan untuk habiskan sebotol air kosong sebelum rehat tengah hari. Manakala, sebotol air kosong lagi di habiskan sebelum pulang ke rumah di waktu petang.
Dengan teknik ini, anda boleh mencapai target 2L pengambilan air harian setiap hari tanpa culas. Tambahan pula, trip ke pantry ofis hanya 2 kali sehari, berbanding 8 kali sehari jika anda hanya minum menggunakan cawan atau gelas. Masa kerja dapat di optimumkan, dan anda dapat fokus bekerja dengan penuh efisyen. Apabila “tangki” sudah penuh, tiada alasan lagi untuk tidak mahu ke tandas.
Tips Pengambilan Air Harian 2L di Rumah
Kalau di rumah mudah sahaja, terutama bagi anda yang Muslim.
- Minum 1 gelas air setiap kali solat fardhu = 5 gelas
- Minum 1 gelas air setiap kali mandi 2x sehari = 2 gelas
- Minum 1 gelas air sebelum tidur malam = 1 gelas.
Jumlah pengambilan air harian = 8 gelas sehari.
Lebih kreatif jika anda boleh rekacipta botol air penyukat begini, hehe… 😀
Banyak kelebihan apabila jumlah pengambilan air harian mencukupi. Antaranya ialah:
- Menurunkan berat badan.
- Melegakan keletihan.
- Melawaskan dan elak sembelit.
- Meregulasikan suhu badan.
- Mengurangkan risiko kanser.
- Menceriakan mood.
- Menyelesaikan masalah nafas berbau.
- Meningkatkan sistem imun.
- Mengelakkan sakit kepala dan migrain.
- Memperolehi kulit yang cantik.
Bagaimana Nak Tahu Bahawa Pengambilan Air Harian Sudah Mencukupi?
- Jarang merasa dahaga.
- Hasilkan lebih kurang 1.5 liter (bersamaan 6.3 gelas) atau lebih urin sehari.
- Warna urin ialah jernih, hampir tiada warna (colourless).
Awas jika urin anda berwarna keruh atau kuning pekat. Segeralah berjumpa pakar.
Mommy Blogger,
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai updates dan tips kesihatan terkini.
Oja Samid says
dulu2 masa remaja memang tak lawas, seminggu sekali je. ingatkan normal, rupanya sebab kurang air. sejak kenal shaklee, belajar amalkan minum air at least 1.5liter..banyak masalah settle. hehe..
GenkiMomma says
boleh bantu kita kurus jugak kan bila rajin minum air kosong nie… lau teh tarik fan cam ai nie, nan hado laa jawabnye, ekeke…
Noriza Rahman says
memang selalu la ke toilet kalau cukup pengambilan air dalam badan, syukur ada kerja dari rumah saja, kalau kerja dengan majikan mesti hairan asyik keluar masuk toilet saja
GenkiMomma says
kalau di ofis tue di tambah dengan sejuk ekon, memang bercinta sangat nak habiskan air kosong nie.. kalau di rumah, tiada alasan, kann…
Noriza Rahman says
Betul,kalau kat opis memang bercinta nak habiskan seliter air pun
Tuty says
Sekarang saya sediakan 3 botol air setiap hari dan pastikan habiskan kesemua air tu. Kalau refill ni mesti lupa, almaklum banyak wire dah putuskan.
Bila keluar pun mesti bawa botol air sekali sebab tekak kita lagi cepat haus.
GenkiMomma says
Bagus juga idea sediakan terus 3 botol air nie, confirm tak silap kira! 😀
Yana says
bagusnya tips ni.. sejak dah kerja kat rumah ni jadi tak menentu dah minum air.. kalau dulu kat opis senang nak sukat.. terima kasih
GenkiMomma says
Kita buat “Water Challenge” macam botol gambar yang last tue mesti best, hehe… 😛