Ramai wanita yang berlumba-lumba mahu memutih dan mencerahkan kulit, sehingga ada yang terjebak mencuba pebagai produk pemutih yang merbahaya. Kalau boleh nak putih secepat mungkin, tak kisahlah warna muka dan tangan jauh berbeza.
Nak mencerahkan kulit tidak salah. Namun, gunalah produk pemutih dari bahan semulajadi, tanpa bahan terlarang yang boleh merosakkan kulit kita.
Bayangkan, seumur hidup kulit kita memang gelap, tetapi dengan pengambilan produk pemutih tersebut kulit kita boleh menjadi putih mendadak dalam masa yang singkat?
Anda tak rasa ke macam ada sesuatu yang meragukan dalam kandungan produk pemutih tersebut?
Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit?
Warna kulit manusia sangat bervariasi di antara satu sama lain. Dari warna coklat gelap di kalangan orang Afrika, orang asli Australia dan Melanesia; hinggalah ke warna kuning-kemerahan di kalangan Eropah Utara. Tiada orang yang benar-benar berwarna hitam, mahupun putih. Istilah tersebut hanyalah digunakan dalam perbualan harian.
Asasnya, warna kulit ditentukan oleh kehadiran sejenis pigmen yang dipanggil Melanin, yang dipengaruhi oleh sekurang-kurangnya 6 jenis genetik. Melanin dihasilkan oleh melanocytes, sejenis sel yang terdapat jauh di bawah epidermis. Melanocytes akan menghasilkan enzim unik tyrosinase, yang menukarkan asid amino tyrosine kepada melanin.
Si cerah Pheomelanin & si gelap Eumelanin
Individu yang berkulit cerah ataupun gelap, kedua-duanya mempunyai melanin. 2 bentuk melanin yang utama ialah Pheomelanin (membentuk warna kulit yang cerah), iaitu dari merah ke kuning; serta Eumelanin (membentuk warna kulit yang gelap), iaitu dari coklat gelap ke hitam.
Warna kulit kita dipengaruhi oleh jumlah pengeluaran dan saiz partikel melanin. Jadi, walaupun dilahirkan dari ibu bapa yang sama, sesama adik beradik juga boleh mempunyai tona kulit yang berbeza. Orang yang berkulit cerah biasanya mempunyai banyak Pheomelanin, manakala orang yang berkulit gelap biasanya menghasilkan banyak Eumelanin.
Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit?
Pernah dengar tentang Glutathione (GSH)?
Badan kita menghasilkan Glutathione sendiri. Sel-sel badan kita mengandungi Glutathione, yang terhasil daripada 3 jenis Asid Amino iaitu Cysteine, Glutamate dan Glysine. Glutathione bertindak sebagai antioksidan di dalam badan kita, untuk melawan radikal bebas. Bekalan Glutathione di dalam badan kita akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia.
Namun, pengambilan Glutathione melalui oral sebenarnya bukanlah cara yang efektif untuk meningkatkan paras Glutathione di dalam badan. Dalam satu kajian mendapati, pengambilan 500mg Glutathione sebanyak 2 kali sehari di kalangan dewasa sihat selama sebulan, langsung tidak meningkatkan paras Glutathione dalam darah mereka!
Badan kita juga tidak boleh menyerap khasiat Glutathione dengan baik daripada makanan. Apatah lagi kebanyakan Glutathione musnah semasa proses memasak. Sebaliknya, pengambilan suplemen dos tinggi Vitamin C boleh membantu meningkatkan paras Gluthatione di dalam sel darah merah dan lymphocytes.
Vitamin C atau Glutathione?
Vitamin C dan Glutathione menunjukkan fungsi kebergantungan in vivo yang kuat. Vitamin C meningkatkan paras Glutathione di dalam darah. Glutathione merangsang penghasilan Pheomelanin, serta menghalang enzim tyrosinase dari meningkatkan paras Eumelanin. Jadi, apabila badan kita cukup Vitamin C, ia turut meningkatkan paras glutathione di dalam badan kita.
In healthy adults, Vitamin C raises glutathione levels in the red blood cells and lymphocytes.
Glutathione helps determine the balance of light and dark pigments (pheomelanin and eumelanin) in our skin. L-cysteine and the TYRP1 enzyme also play a part in this balance.
Taking high doses of Vitamin C (1,000 – 3,000 mgs) can help to lighten skin over time. *whiterskin.info
Kesimpulannya, Vitamin C dos tinggi meningkatkan kecerahan warna kulit. Manakala, suplemen Glutathione sahaja tidak memutihkan kulit.
Selain dari faktor melanin, warna kulit individu yang berkulit cerah juga adalah dipengaruhi oleh sel darah merah yang mengalir berdekatan dengan kulit. Warna kulit juga dipengaruhi oleh kehadiran lemak di bawah kulit, serta Carotene – sejenis pigmen oren-kemerahan di kulit kita.
Owh ya, warna rambut dan warna mata juga dipengaruhi oleh kehadiran melanin!
Tips Membeli Vitamin C Yang Menguntungkan
Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, yang tidak boleh dihasilkan, mahupun disimpan di dalam badan. Walaubagaimanapun, pengambilan vitamin C dalam kuantiti yang banyak serentak dalam satu masa, boleh memberi efek tidak baik kepada sistem badan. Ini akan mengganggu penyerapan Vitamin C ke dalam badan.
Jadi, berhati-hati jika anda ingin ambil suntikan vitamin C dalam dos tinggi.
Sebolehnya, cari Vitamin C yang bersifat Sustained Release, iaitu Vitamin C dilepaskan secara berperingkat di dalam badan. Contohnya, 1 biji Sustained Release Vitamin C Shaklee mengandungi 500gm khasiat Vitamin C.
Kelebihan Sustained Release Vitamin C ini ialah, ialanya dilepaskan secara berperingkat iaiatu 100gm Vitamin C setiap jam, selama 5 jam.
Testimoni Vitamin C Mencerahkan Kulit
Kebanyakan produk pemutih bertindak memperlahankan penghasilan Eumelanin (kulit gelap). Ada yang menyebabkan kulit mengelupas, macam salin kulit. Ada yang bertindak dengan membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh kulit secara perlahan-lahan.
Jujurnya, saya memilih mengamalkan suplemen vitamin C mencerahkan kulit, berbanding pelbagai produk pemutih segera di pasaran. Lebih teruja apabila sudah beberapa orang pengguna setia Sustained Release Vitamin C telah mendapat efek mencerahkan kulit tue.
(1) Testimoni Puan Aneng, Vitamin C mencerahkan kulit:
Perubahan sangat ketara pada warna dan tona kulit Puan Aneng, dari gelap menjadi sangat cerah setelah konsisten mengamalkan Vitamin C serta ESP Soy Isolate Powder selama 2 tahun, dari tahun 2012 sehingga 2014.
(2) Testimoni Puan Ummu Durrah, Vitamin C mencerahkan kulit:
Perubahan sangat ketara pada tona dan tekstur Puan Ummu Durrah, yang mana sebelum ini kulit muka beliau rosak teruk disebabkan penggunaan produk kecantikan yang mengandungi bahan terlarang hydroquinone.
Alhamdulillah, setelah konsisten pengambilan Vitamin C, beserta ESP, B-Complex, Vivix, Collagen, Alfalfa, Vitamin E, Herb-Lax dan set kulit NutriWhite, kulit wajah beliau kini sangat cantik, cerah, gebu dan sihat! Berbeza kan gambar pada tahun 2007 dan 2015?
(3) Testimoni Encik Izzul, Vitamin C mencerahkan kulit:
Ok, bukan kaum wanita je yang akan dapat efek vitamin C mencerahkan kulit ini tau. Abang-abang sado di luar pun, jika konsisten amalkan vitamin C akan dapat efek yang sama, Insya Allah. Seperti saudara Izzul ini, selepas 5 bulan sahaja konsisten mengamalkan Vitamin C, B-Complex, Vitamin E dan ESP Soy Protein Isolate Powder, beliau mendapat kulit muka yang lebih cerah!
Jom amalkan Vitamin C untuk kesihatan dan kecantikan kulit kita. Biar lambat, asalkan selamat, berkesan dan Halal. Klik sahaja butang eSell di bawah ini untuk mendapatkan Vitamin C serta suplemen untuk kesihatan kulit yang lain.
Jadual pemakanan eksklusif Vitamin C mencerahkan kulit akan kami berikan kepada semua yang mendapatkan Vitamin C daripada GenkiMomma.My
Yang penting, jangan sesekali ambil suntikan Vitamin C, tau. Ia bahaya, dan tiada kelulusan KKM.
Shaklee Youth SkinCare, Rahsia Wajah Kekal Jelita 10 Tahun Lebih Muda
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
mrhanafi says
ya..saya juga rasa teringin nak jadi putih berseri dan kulit gebu…ops..lupa..saya lelaki
GenkiMomma says
boleh2, abang sado pun ade yang putih berseri juga… 😀
Noriza Rahman says
Wah bagusnya vitamin C ni kan.makin cerah kulit…
GenkiMomma says
kulit makin cerah, badan pun makin sihat! 😀
Noriza Rahman says
Kompom cerah lepas ni..hihi
nur razali says
Suke makan vitamin c bukan kulit je putih malah rasa lebih sihat..imun badan pun tinggi jarang2 selsema dan demam lagi2 waktu hamil sekarang nih. Alhamdulillah asbab konsisten amalkan vitamin C 😉
GenkiMomma says
betul tue Nur.. Better ambil Vitamin C berbanding Glutathione, bukan saje asbab nak cerah, tapi sebab 1001 khasiat vitamin C tue kannn… take care mommy Nur! 😉
Admin says
begitulah pentingnya vitamin c pada tubuh kita 🙂
azimah mohd zainuddin says
Makan vita-C Plus untuk putihkan kulit ni selamat. Tak payah nak cucuk-cucuk yang ada kesan sampingan
GenkiMomma says
1 biji Vita-C Plus 500mg = 7.5 biji Oren… Nak dapatkan khasiat 3,000mg Vit-C untuk cerahkan kulit, larat ke nak makan 45 biji Oren sehari, kann.. 😀