Biasa dengar orang cakap tentang sakit tonsil, tonsil bengkak, dan buang tonsil, kan?
Namun, tak ramai yang faham apa itu tonsil, peranan serta bahaya bengkak tonsil kepada kanak-kanak umumnya. Mari kami kongsikan info penting tentang tonsil yang semua ibu ayah perlu tahu.
Apakah Itu Tonsil?
Tonsil adalah kelenjar tisu limfoid yang berfungsi sebagai markas pertahanan yang diperlukan oleh badan pada awal pembesaran kanak-kanak.
Kumpulan tisu tonsil ini dikenali sebagai Lingkaran Tonsil Waldeyer (Waldeyer’s Tonsillar Ring).
Ada beberapa kelompok tisu limfoid di dalam rongga mulut iaitu:
- Palatine tonsil, yang selalu dikaitkan degan sakit tonsil.
- Pharyngeal tonsil (Adenoids), terletak di belakang hidung.
- Lingual tonsil, terletak di belakang lidah.
- Tubal tonsil, terletak di keliling saluran yang menyambungkan hidung dan telinga tengah.
Fungsi Tonsil Kepada Sistem Pertahanan Anak
Semasa awal pembesaran kanak-kanak, kesemua tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Tonsil akan melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak.
Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilkan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil bengkak, menjadi radang dan membesar. Keadaan ini akan berterusan sehingga kanak-kanak berusia 2-3 tahun.
Kemudian, sedikit demi sedikit peranan tonsil ini akan diambil alih oleh sistem pertahanan badan yang lebih matang dan menyeluruh. Apabila ini berlaku, tisu tonsil akan mengecil dan kurang berfungsi.
Namun, ada juga individu yang menghidap sakit bengkak tonsil sehingga dewasa, di mana tisu tonsil kekal besar dan menjadi tumpuan jangkitan kuman.
Individu ini akan kerap menghidapi sakit bengkak tonsil, sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Simptom Sakit Bengkak Tonsil
Di antara tanda-tanda sakit bengkak tonsil ialah:
- Sakit tekak yang teruk menyebabkan sakit bila nak telan makanan.
- Demam dengan suhu melebihi 38 darjah celcius.
- Perubahan suara. Suara menjadi garau, atau seperti sayup-sayup.
- Lenguh-lenguh, sakit badan.
- Sakit kepala.
- Berdengkur waktu tidur, kerana tonsil bengkak.
Inilah yang Hafiy alami semasa sakit tonsil. Dia demam on-off agak lama, dan sukar untuk makan atau minum. Suara nya pun berubah. Mula-mula garau, kemudian makin sayup je.
Tidur malam langsung tak lena, kerap kali terjaga. Paling sedih bila dia asyik menangis tak selesa.
Bahaya Bengkak Tonsil Pada Kanak-kanak
Bahaya bengkak tonsil yang mungkin dirasai oleh kanak-kanak ialah:
- Mereka akan mengalami kesakitan dan demam yang lama, sekurang-kurangnya 1 minggu.
- Terpaksa cuti sakit dari bersekolah, dan ini akan ganggu pembelajaran anak.
- Tidur terganggu. Ini kerana, tonsil yang membengkak akan menyebabkan tidur berdengkur.
- Bagi sesetengah kes kronik, mereka akan berhenti bernafas seketika semasa tidur. Keadaan ini dipanggil Sleep Apnea.
Rawatan Sakit Tonsil Kanak-kanak
Sekiranya anak anda sakit tonsil, segeralah berjumpa doktor untuk merawat sakit tonsil mereka. Biasanya doktor akan membuat pemeriksaan ke dalam mulut dan telinga, seterusnya memberikan ubat yang bersesuaian dengan kondisi sakit tonsil anak.
Contohnya, ubat demam (Paracetamol), ubat sakit tekak, ubat antibiotik dan lain-lain.
Bagaimanapun, dalam kes sakit tonsil anak kami, kerana dia tak mahu makan ubat hatta nak makan nasi pun susah, kami berikan alternatif lain untuk bantu penyembuhan tonsil bengkak nya. Ada kami kongsikan di entri Sakit Tonsil Bengkak Anak Sembuh Tanpa Makan Ubat.
Jemput baca kisah di atas, tentang apa yang kami beri pada anak kami untuk sakit tonsil nya.
Atau, anda boleh juga dapatkan set immune booster ini >>> Set Immune Booster Tonsil Bengkak
Follow FB Arnie Samsudin
untuk pelbagai tips ohsem terkini dan direct PM.