Bahaya Hemoglobin Rendah Ketika Hamil | Kebanyakan ibu hamil pasti risau dengan pemeriksaan hemogblobin darah, kerana bimbang tidak melepasi tahap normal hemoglobin ibu hamil iaitu melebihi 11 g/dl. Hakikatnya, pemeriksaan ini amat penting bagi mengelakkan ibu mendapat anemia, sekaligus mengurangkan risiko bahaya hemoglobin rendah kepada ibu dan bayi.
Anemia ialah kekurangan jumlah sel darah merah, atau paras hemoglobin yang rendah di dalam darah. Apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), individu tersebut menghadapi risiko anemia, dan kekurangan zat besi.
Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup. Walaupun bukan punca utama, kekurangan zat besi merupakan punca kebanyakan kes anemia-hemoglobin rendah di kalangan ibu hamil.
Bahaya Hemoglobin Rendah Ketika Hamil
Jika anemia tidak dirawat dengan baik, bahaya hemoglobin rendah ketika hamil ialah risiko:
- ibu jadi letih, lesu, mudah pitam & pening kepala.
- kelahiran bayi pramatang,
- berat bayi terlampau rendah,
- keguguran bayi,
- perkembangan mental & fizikal yang lemah.
- jika bayi perempuan, berkemungkinan menjadi wanita anemia.
Walaupun hemoglobin ibu rendah sepanjang kehamilan, jarang bayi yang dilahirkan mempunyai kekurangan zat besi. Ini kerana, bayi dapat semua zat besi yang di perlukan dari ibu. Namun, kesan bahaya hemoglobin rendah kepada ibu selepas melahirkan bayi ialah:
- risiko tumpah darah ketika bersalin,
- tumpah darah yang banyak sehingga perlu pemindahan darah,
- meningkatkan risiko kematian ibu.
- postpartum depression ibu.
Apakah Penyebab Hemoglobin Rendah (low Hb)?
Paras Hemoglobin rendah mungkin berlaku disebabkan oleh:
- badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang,
- penyerapan zat besi yang lemah,
- kesan sampingan ubat tertentu,
- genetik misalnya penyakit talasemia,
- hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah),
- kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan,
- kehilangan darah akibat ulser perut, buasir serta parasit dalam badan.
Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi. Anggaran tambahan zat besi ialah daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari. Bagi menambahkan zat besi ketika hamil dan menyusukan bayi, ibu digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi dari sumber makanan harian.
6 Vitamin Asas Yang Penting Untuk Ibu Hamil
Makanan yang membantu penyerapan zat besi dalam darah:
- Ayam.
- Daging merah, hati, telur kuning.
- Makanan laut.
- Sayuran daun hijau (kecuali bayam).
- Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C.
- Buah-buahan kering seperti prun, aprikot dan kismis.
- Kekacang.
Walaubagaimanapun, kebanyakan ibu hamil menghadapi kekangan untuk mendapatkan sumber zat besi yang mencukupi dari pemakanan harian kerana mabuk loya, kerap muntah selepas makan, kurang selera makan, ataupun terlalu memilih makan. Oleh itu, dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan suplemen zat besi tambahan bagi merawat anemia.
Tips Penting: Vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi.
Kafein (teh, kopi & koko), produk tenusu, susu & kalsium pula merencatkan serapan zat besi bila di ambil serentak dengan suplemen zat besi.
Cara terbaik ialah, jarakkan pengambilan suplemen zat besi dengan teh, kopi, koko dan produk tenusu serta kalsium, iaitu sekurang-kurangnya 1-2 jam.
Jika paras hemoglobin masih rendah, hentikan sementara pengambilan kafein sepanjang kehamilan. ‘Puasa kafein’ lah sementara demi baby tercinta, ya… 😀
Vitamin Shaklee untuk Ibu Hamil Low Hb
Sesetengah pil zat besi boleh menyebabkan ibu hamil sembelit. Inilah kelebihan multivitamin Shaklee, Vita-Lea Iron Formula yang tidak memberi sebarang efek sembelit.
- Vita-Lea Iron Formula: Lengkap dengan Zat Besi beserta 28 jenis multivitamin & multimineral.
- Sustained Release Vitamin C: Sumber Vitamin-C 500mg, meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam badan.
- B-Complex with Acid Folic: Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk Asid Folik. Asid folik membantu badan menghasilkan sel baru, dan diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen & nutrien ke seluruh badan.
Cara Pengambilan:
Bagi ibu hamil yang mempunyai masalah hemoglobin rendah, amalkan 2 biji Vita-Lea Iron Formula setiap hari dengan Vitamin C dan B-Complex.
Cara Pembelian:
Untuk pembelian Vitamin Shaklee untuk ibu low Hb secara online, boleh terus membuat pembelian di sini (klik). Jangan risau, 100% secured. Penghantaran produk oleh Shaklee (M).
Apa jua cara pilihan ibu, pengambilan makanan kaya zat besi dan suplemen zat besi tambahan perlu diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi, dan sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan selepas melahirkan bayi. Enjoy your pregnancy, mommies! 😉
Pengalaman Minum Air Gula Kali Pertama Ketika Hamil
Jadual pemakanan dan konsultasi berterusan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian Vitamin C & produk Shaklee dari kami, GenkiMomma.My sahaja.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Hero Borneo says
nampaknya isteri saya tidak mengalami gejala hemoglobin ketika hamil dahulu..kira bernasib baik diberi kesihatan yang memuaskan
GenkiMomma says
seronoknya, takyah pening2 risau Hb tak naik2… 😀