Tak ingat sejak bila, namun sejak tahu tentang kewujudan penyakit kencing tikus ini, kami tidak lagi beli air minuman dalam tin di luar. Ketika itu, viral tentang lelaki terkena ‘penyakit misteri’ lepas minum air dalam tin. Rupa-rupanya virus misteri itu ialah penyakit kencing tikus.
Puncanya, didapati ada kesan air kencing tikus pada keliling tin tersebut. Dipercayai, tin itu dicemari air kencing tikus ketika penyimpanan di dalam stor, atau gudang.
Sejak dari peristiwa tersebut, kami amat berhati-hati bila beli minuman di luar. Sebolehnya elak air tin, atau minuman di dalam botol. Jika beli juga, kami akan basuh sebersih-bersihnya keseluruhan tin atau botol terlebih dahulu. Baru minum.
Bahaya Penyakit Kencing Tikus Tak Kenal Sesiapa
Awal April ini kita dikejutkan dengan berita isteri kepada Syukri Yahya, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku, dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti penyakit kencing tikus.
Mulanya, saya pun tak tahu menahu. Sehinggalah ada rakan tunjukkan instagram Tya Adnan, yang sedang mencari NutriFeron Shaklee, dan mahukan penghantaran segera ke Kajang.
Teringat pula yang beberapa minggu sebelum itu, baru sahaja negara digemparkan dengan berita kononnya 3 individu terkena virus misteri. Rakyat mula panik, risau kalau-kalau ada wabak misteri terbaru. Hasil siasatan, rupanya mereka bertiga sah terkena penyakit kencing tikus.
Dipercayai ada kaitan dengan kejadian banjir di Tanah Merah, kampung halaman mereka.
Apa Itu Penyakit Kencing Tikus (Leptospirosis)
Leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis, penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia, yang disebabkan oleh bakteria dari genus Leptospira.
Manusia boleh dijangkiti penyakit kencing tikus apabila terdedah kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan yang terjangkit bakteria dari genus Leptospira. Contohnya air kencing dari tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, kuda, dan lain-lain.
Di antara gejala jangkitan penyakit kencing tikus ialah demam yang tinggi, sakit kepala, menggigil, sakit otot, jaundis, radang mata, sakit perut, cirit birit, muntah, batuk dan ruam pada kulit.
Menurut WHO 2003, penyakit kencing tikus dikategorikan dalam 4 kategori klinikal:
- Penyakit menyerupai influenza yang ringan.
- Sindrom Weil – jaundis, kegagalan ginjal, pendarahan dan keradangan otot jantung (myocarditis), dengan denyutan yang tak sekata (arrhythmias).
- Radang selaput otak/ radang otak (meningitis/ mengingoencephalitis).
- Pendarahan pulmonari (paru-paru) dengan kegagalan pernafasan.
Penyakit kencing tikus boleh dirawat dengan penggunaan antibiotik tertentu. Segeralah dapatkan rawatan doktor, sekiranya anda mempunyai sebarang gejala jangkitan tikus. Terutama sekali jika anda ada terdedah dengan air atau makanan dan minuman tercemar.
Rawatan awal dengan antibiotik, boleh mengelakkan komplikasi dan kematian.
Tempoh masa inkubasi (incubation period), iaitu tempoh masa dari terdedah bakteria, sehingga timbul gejala ialah di antara 2 hingga 10 hari. Jadi, tak mustahil jika kita dah lama dijangkiti, barulah simptom berkaitan dirasai dan nampak ketara pada badan.
Cara Mencegah Jangkitan Penyakit Kencing Tikus
Tikus buat sarang, dan membiak di tempat yang terlindung dan ada sumber makanan. Biasanya di premis makanan, dapur yang kotor, gudang, kilang proses makanan, saluran longkang dan tempat pembuangan sampah. Sampah yang tak diurus dengan sempurna, meningkatkan masalah tikus.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk kawal dan hapuskan tikus ialah:
- Pastikan persekitaran rumah sentiasa bersih.
- Kawal populasi tikus, dengan menggunakan perangkap tikus.
- Simpan makanan di tempat yang selamat seperti di dalam almari tertutup, dan peti sejuk, bagi mengelakkan tikus menghampiri makanan.
- Buang air yang disyaki tercemar. Elak minum air sungai yang tak dimasak, atau dirawat.
- Elakkan dari berenang dan berendam di tempat yang berpotensi tinggi dicemari dengan kencing tikus. Contohnya, kawasan perkelahan yang banyak tinggalan sampah sarap, sisa makanan, serta sistem pembuangan sampah yang tidak betul.
- Risiko pencemaran biasanya meningkat selepas hujan. Jadi, elakkan sebarang aktiviti rekreasi melibatkan air, sewaktu dan selepas hujan. Elakkan diri main air ketika musim banjir.
- Kuatkan sistem pertahanan badan, dengan pengambilan makanan tinggi immune booster.
Macam-macam jenis penyakit berjangkit menular masa kini. Ada sesetengah penyakit itu, berpunca dari kelalaian mausia sendiri. Moga kita semua sentiasa jaga kesihatan diri, dan sentiasa utamakan kebersihan diri, rumah dan persekitaran dalam apa jua acara.
Arnie Samsudin
Moga bermanfaat untuk semua.
Noriza Abdul Rahman says
Macam-macam penyakit yang timbul kalau persekitaran kotor kan?
GenkiMomma says
Tangan yang kotor pun, kalau guna untuk makan pun, boleh bawa penyakit, kan…
Anuar says
Kencing tikus ni memang bahaya…
Sebab tu kalau beli air tin dekat mana-mana pun sebaiknya basuh dulu tin tu sebelum minum…
Sebabnya kita tak tahu cara mereka simpan air tin tu sebelum dimasukkan dalam peti sejuk..
Buatnya dah kena kencin tikus dulu sebelum masuk peti sejuk… Tak ke naya dibuatntya..
GenkiMomma says
Betul, risau sangat. Kalau boleh elak, nak elak terus minuman tin nie. Dah laa tinggi gula…
Nur Razali says
Kalau beli air tin kat luar sanggup bersihkan seluruh bahagian air tin tue biarlah orang nak kata apa misi utama nak pastikan kesihatan keluarga ditahap paling optimum gitu. Orang kata cegah sebelum terkena kan 😉
GenkiMomma says
Yezza, mencegah yang terbaik daripada mengubati… 😀
Mama Hakim says
Leptospirosi ni ni memang berbahaya. Ingat lagi Din beramboi pelawak tu pun meninggal sebab ni
.
Kena hati hati masa pergi air terjun. Masa ni ramai kena leptospirosis
GenkiMomma says
Kawasan tumpuan ramai, memang berisiko tinggi leptospirosis nie..
Azlin Azlan says
Ya betul! Kebersihan memang kena jaga.
GenkiMomma says
Kebersihan, sebahagian dari iman…
azimah mohd zainuddin says
Kena pastikan persekitaran kita bersih, penyakit kalau nak datang meang tidak dijangka.