Masa kerja dulu, wajib ada stok minuman 3-in-1 di dalam laci. Yelah, pagi-pagi dah kelam kabut uruskan hal anak-anak sebelum bertolak ke ofis. Jadi, mana lah sempat nak bancuh air panas dan breakfast di rumah, apatah lagi nak bawa bekal air panas ke tempat kerja.
Jadi, pagi-pagi biasanya minum minuman segera 3-in-1 aje.
Di pantry ofis pun ada disediakan vending machine percuma. Minuman yang ditawarkan pun sedap-sedap juga macam white coffee, caffe latte, cappucino, dan coklat. Jadi, bila waktu petang, wajib lah minum secawan lagi minuman yang menggunakan krimer bukan tenusu ini.
Malamnya, bila dah penat selesaikan urusan rumah, kadang-kadang bancuh lagi secawan air panas sambil berehat menenangkan badan. Kat rumah pun kadang-kadang guna minuman 3-in-1 juga sebab nak cepat, dan tidak dinafikan, minuman instant nie sedap-sedap belaka.
Haa sedar tak sedar, dalam sehari, lebih kurang 2-3 cawan juga kan kita minum minuman 3 in 1, ataupun yang mengandungi krimer bukan tenusu nie. Ehh, macam sama ke kita? 😛
Bahaya Minuman 3 in 1
Minuman 3 in 1 boleh mendatangkan bahaya kerana minuman ini sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan dalam setiap hidangan, iaitu lebih dari 3 sudu teh gula.
Namun, kita tak sedar minuman ini terlalu manis kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi.
Walaupun minuman ini digembar-gemburkan mengandungi ginseng, kacip fatimah dan tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit.
Bahaya Krimer Bukan Tenusu
Selain daripada itu, krimer yang digunakan bukanlah dari produk tenusu (non-dairy creamer).
Sebaliknya, krimer bukan tenusu yang digunakan ialah daripada sumber minyak kelapa sawit, dan merupakan sejenis lemak tepu.
Kesan buruk krimer bukan tenusu ini ialah ia boleh menyebabkan saluran arteri darah tersumbat, seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar (strok). Bagi anda yang sedia ada penyakit diabetes dalam badan, kekerapan minum minuman 3 in 1 akan menyebabkan keadaan diabetes bertambah buruk.
Pernah dengar tak orang cakap yang krim bukan tenusu nie mudah terbakar?
Ianya bukan mitos kerana krim bukan tenusu memang boleh terbakar, seperti dalam video ini.
Ini kerana, di antara kandungan non-dairy creamer ialah partially hydrogenated soybean oil, yang mengandungi lemak trans. Lemak trans sintetik ini terkenal menggalakkan pembakaran.
Ada sesetengahnya yang menggunakan krim bukan tenusu untuk menyalakan api ketika berkhemah. Kalau dah tengok video tadi, mesti anda fikir 10x nak tambah krim bukan tenusu ke dalam air kopi anda! Seram ok… 😛
Bahaya Minuman 3-in-1 Yang Kita Wajib Tahu
Mengikut Pensyarah Program Diatetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, bahaya minuman 3 dalam 1 kepada kita ialah:
- Minuman 3 in 1 mengandungi lebih dari 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
- Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit di dalam minuman 3 in 1 tersebut.
- Minuman 3 in 1 menggunakan krimer bukan tenusu, yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit, iaitu sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
- Minuman 3 in 1 turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi), dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
- Setiap pek minuman 3 in 1 mengandungi sehingga 200 kalori.
- Jumlah 200 kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
- Jika di ambil 3 paket minuman 3 in 1 sehari, ia bersamaan 600 kalori, sekaligus menyumbang kepada berat badan berlebihan.
- Bagi minuman 3 in 1 yang dikatakan membantu meningkatkan tenaga, kandungan seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana ianya mahal dan sukar untuk diperolehi.
Wow, takut kan? 1 sachet minuman 3 in 1 = sepinggan nasi. Makan nasi lagi kenyang!
Apapun, pengambilan minuman 3 dalam 1, ataupun krimer bukan tenusu bukanlah tak dibolehkan langsung, tetapi perlulah diambil secara bersederhana, demi menjaga kesihatan kita.
Kalau boleh, kita elakkan. Usahakanlah untuk membancuh minuman dengan cara yang betul. Gunalah susu segar, dan elakkan penggunaan krimer bukan tenusu.
Tambahan lagi, kalau kita sedang berdiet. Tak pasal-pasal nanti berat tak turun-turun, walaupun dah jaga makan dengan penuh disiplin. Gula putih perosak diet nombor 1 tau!
Teh Instant Shaklee
Alternatif bagi yang nak minum minuman segera juga, boleh cuba teh instant dari Shaklee, yang dikenali sebagai Cinch Tea Mix. Cinch tea ini gabungan daripada white tea, red tea dan green tea.
Teh Cinch ini bukan sahaja berkhasiat, tanpa pewarna atau pemanis tiruan, namun ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan, di samping mengurangkan rasa ketagih terhadap minuman berkafien. Lebih dikenali sebagai teh kurus Shaklee.
Dalam sekotak Cinch Tea ini ada 28 sachet, yang mudah di bawa ke mana-mana. Nak bancuh ketika outing pun senang aje. Harga sekotak RM139 sahaja. Kalau nak cuba, boleh Order Online di sini.
Atau, WhatsApp sahaja ‘Nak Order Cinch Tea’ ke 017-303 0081. Fast reply.
Marilah kita kurangkan manis dalam minuman, tapi lebihkan manis dalam senyuman.. 😀
Mommy Blogger,
Follow FB Arnie Samsudin untuk update terkini, dan PM secara langsung.
Yusof Yaakob says
Tak sangka tinggi betul kandungan gula dalam 3-in1.
GenkiMomma says
Haaa, marilah kita elakkan minum apa jua 3-in-1.. risau diabetes je..
Oja Samid says
Gula tue satu hal..yang non-dairy creamer tu pun bermasalah juga. Jadi memang patut kurangkan atau stop terus 3-in-1 nie ye dak? Kami pun dh lama tak beli kopi 3-1in-1 kegemaran gara2 ini. Hehe..
GenkiMomma says
Samalah, lepas dah tengok kandungan sebenar dalam 3-in-1 nie mmg insaf terus dah… Baiklah bancuh manual, serbuk + gula, hehe…
Noriza Rahman says
Ramai orang suka minuman 3 in 1 ni kekononnya nak cepat kan?Padahal hidden sugar tu sangat banyak
GenkiMomma says
Mungkin mereka tak alert kandungan gula yang tinggi dalam 3 in 1 nie.. Hidden sugar tue menakutkan sangat!
Kaklong says
Sebelom ni suka sangat minum 3 in 1 sbb sedap..
Sejak diet rasa takleh telan, baru terasa manisnya..
Cik ABang lagi la, siap taruk sesudu susu pekat, tak cukup manis kata..
Seram betul..
GenkiMomma says
betul lah, saya pun sejak buat Eat Clean, tak boleh telan sangat kalau rasa manis melampau.. badan kita dah reset to normal agaknya, rasa macam nak dilute je air tue, ekeke…
Ying says
Kalau selaim daripada tu contoh mcm nestum..oat yg 3 in 1..berbahaya jugak ke?