Bila sebut tentang kolesterol, ramai akan ingat tentang keburukkan kolesterol sahaja. Hakikatnya, kolesterol merupakan sebahagian daripada kimia penting untuk tubuh, dan terdapat dalam setiap sel manusia. Kolesterol adalah sejenis lemak (lipid) yang diperlukan oleh tubuh bekerja dengan baik.
Badan kita boleh menghasilkan kolesterol, dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat 2 jenis jenis kolesterol, iaitu kolesterol ‘baik’ (HDL) dan kolesterol ‘jahat’ (LDL).
Pengekalan tahap kolesterol dalam paras yang disarankan, penting untuk kesihatan optimum.
Apakah itu Plak Kolesterol?
Plak kolesterol terbentuk daripada lebihan kolesterol di dalam darah, yang menempel dan mengeras pada dinding pembuluh darah.
Apabila plak kolesterol semakin tebal, pembuluh darah menjadi semakin sempit sehingga menyebabkan saluran darah tersumbat. Ini boleh menyebabkan pengaliran darah terganggu dan tidak boleh mengalir ke Jantung.
Otot jantung akan mengalami kekurangan oksigen dan menyebabkan “ischaemia“.
Jika pembuluh darah tersumbat, dan dipenuhi dengan plak kolesterol melebihi 75%, bekalan oksigen akan terhenti. Otot jantung yang terlibat akan mati. Ini boleh menyebabkan serangan jantung yang teruk dan boleh membawa kematian.
Keadaan ini dikenali sebagai Aterosklerosis, penyebab Penyakit Arteri Koronari.
Bahaya Plak Kolesterol Dalam Pembuluh Darah
Kebanyakan orang yang mempunyai paras kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang ketara. Walaubagaimanapun, di antara gejala yang mungkin berlaku akibat dari bahaya plak kolesterol ini ialah:
- Angina (an-Ji-nuh), iaitu sakit dada atau ketidakselesaan akibat aterosklerosis pembuluh darah koronari, si mana ada kawasan pada otot jantung tidak mendapat darah yang kaya dengan oksigen secukupnya.
- Intermittent claudication iaitu rasa sakit pada bahagian betis apabila berjalan pada jarak tertentu. Ini kerana, aterosklerosis pembuluh darah di kaki yang menyebabkan penyumbatan di salur darah dan seterusnya menghalang pengedaran darah yang lancar.
- Stroke atau mini stroke berlaku apabila darah beku atau pendarahan (salur darah pecah) di bahagian tertentu otak. Ini menyebabkan bahagian otak yang terlibat akan hilang fungsi dan kelumpuhan anggota berlaku.
- Plak kolesterol pecah boleh menyebabkan berlakunya trombosis koronari, iaitu penyumbatan aliran darah ke jantung, atau lebih dikenali dengan serangan jantung (heart attack).
- Xanthoma iaitu ketulan kuning pada kulit terutama di sekitar mata. Ketulan kuning ini disebabkan oleh penggumpulan lemak dan plak kolesterol yang tinggi dalam darah. Xanthoma selalunya terjadi terutama di kalangan mereka yang ada hiperkolesterolemia.
Takut Tak Dengan Bahaya Plak Kolesterol ini?
Sayangnya, ramai orang tidak tahu bahawa kematian akibat aterosklerosis boleh dielakkan. Aterosklerosis terus meningkat di Malaysia dan Asia.
Sebahagian besarnya disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat. Jumlah penduduk dengan masalah obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi juga meningkat. Kurang amalan bersenam, tabiat pemakanan yang buruk dan merokok juga menambahkan lagi risiko aterosklerosis.
Selain dari mengamalkan gaya hidup sihat, anda boleh cuba amalkan Set Penjagaan Kolesterol yang mengandungi Phytocol-ST dan minyak ikan OmegaGuard, untuk mengawal paras kolesterol di dalam badan kita, sekaligus mengurangkan pengumpulan lebih banyak plak kolesterol.
- Phytocol-ST berfungsi mencegah penyerapan kolesterol ke dalam salur darah. Struktur molekulnya yang sama seperti kolesterol membolehkannya bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan, dan membantu meningkatkan kesihatan tubuh secara amnya.
- OmegaGuard berfungsi membakar kolesterol jahat LDL, dan meningkatkan paras kolesterol baik HDL di dalam darah. OmegaGuard membekalkan spektrum luas Asid Lemak Omega-3 yang terdiri daripada 7 komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan, dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda.
Ingin dapatkan Set Penjagaan Kolesterol untuk Ibu Ayah?
Sebotol Phytocol-ST mengandungi 120 biji Phytocol-ST (RM209.35), manakala sebotol OmegaGuard pula mengandungi 90 kapsul minyak ikan (RM144.43). Untuk kegunaan 2 bulan.
Harga Set Penjagaan Kolesterol (RM353.78) >>> Beli Set Penjagaan Kolesterol (klik sini)
Anda boleh membuat pembelian secara online melalui link di atas. Kemudian, sila hubungi kami untuk mendapatkan jadual pemakanan eksklusif setelah pembelian dibuat.
Jom jalani gaya hidup sihat, dan bersama-sama kawal paras kolesterol yang sihat 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Nak cuba Set Penjagaan Kolesterol hari ini?
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Anjinuh, perkataan baru ni…banyak betul bahaya plak koletserol ni selain strok dan sakit jantung
GenkiMomma says
Nasib baik bukan a-ji-no-mo-to… ekeke…