Baru-baru ini dunia digemparkan dengan kehadiran Virus Zika di Amerika Selatan. Virus Zika ini sebenarnya bukan virus baru. Pertama kali dijumpai pada tahun 1947 pada monyet di hutan Zika, Uganda. Selama berdekad, virus bawaan nyamuk Aedes ini hanya menjangkiti monyet, dan dikategorikan sebagai kes terpencil sahaja.
Namun, pada Mei 2015, virus Zika dijumpai di Brazil. Kemunculan virus Zika kali ini merebak dengan sangat cepat di seluruh rantau Amerika, dan menyebabkan kerisauan pelbagai pihak kerana ia dikaitkan dengan kelahiran bayi dengan saiz kepala yang luar biasa, dikenali sebagai Microcephaly.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa jangkitan virus Zika yang telah merebak dengan pantas ke beberapa buah negara terutama di rantau Amerika. Sehingga kini, 3 Feb 2016, terdapat sebanyak 26 buah negara telah melaporkan kes Zika iaitu Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Costa Rica, Curacao, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Jamaica, Martinique, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S. Virgin Islands, dan Venezuela.
Pada 1 Februari 2016, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengisytiharkan jangkitan virus Zika sebagai “Public Health Emergency of International Concern” (PHEIC) iaitu melalui mesyuarat pertama “Emergency Committee under International Health Regulation” (IHR 2005).
6 Fakta Tentang Bahaya Virus Zika
- Virus Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes (Aegypt).
- Tiada ubat atau vaksin untuk rawatan wabak virus Zika.
- Wabak virus Zika bermula di Brazil, dan telah merebak ke 26 buah negara.
- Bahaya virus Zika kepada wanita hamil kerana jangkitan ini dikaitkan dengan kecacatan otak bayi dalam kandungan dan sindrom saraf.
- Gejala dijangkiti virus Zika lebih kurang seperti Demam Denggi iaitu seperti demam ringan, ruam kulit, sakit sendi dan konjunktivitis, biasanya 2-7 hari.
- Pencegahan jangkitan virus Zika adalah dengan mengelakkan daripada gigitan nyamuk. Gunakan repellan yang sesuai, dan lindungi kulit dengan memakai pakaian lengan panjang.
Bahaya Virus Zika Kepada Wanita Hamil
Walaupun bahaya virus Zika ini hanya menyebabkan demam yang ringan serta bintik-bintik di badan, sakit sendi dan tidak menyebabkan kematian, namun virus zika bahaya buat ibu hamil. Virus Zika dikaitkan dengan kejadian “microcephaly” iaitu kelahiran bayi dengan kepala atau otak mengecil, dan turut dikaitkan dengan gejala saraf iaitu sindrom “Guillain-Barre”.
Microcephaly merupakan kecacatan kekal otak/kepala yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa. Walaupun tiada kajian khusus yang mengukuhkan bukti bahawa virus Zika penyebab risiko Microcephaly, namun kebarangkaliannya adalah sangat tinggi.
“Don’t get pregnant until 2018”, say health experts in El Salvador amid Zika virus fears – as Americans are urged to avoid 22 countries. –dailymail
Besarnya bahaya virus Zika kepada ibu hamil sehingga pakar kesihatan di El Salvador menyarankan kaum wanita di negara tersebut supaya menangguhkan kehamilan sehingga tahun 2018.
Berita kelmarin mengatakan jangkitan virus Zika ini sudah sampai ke Thailand. Dekat benar dah dengan negara tercita kita, Malaysia.
BANGKOK: Seorang lelaki dijangkiti virus Zika di Thailand, ketika kebimbangan global terhadap jangkitan bawaan nyamuk yang dikatakan punca peningkatan kecacatan kelahiran serius di Amerika Selatan, meningkat.
Pihak berkuasa berkata, “lelaki tempatan berusia 22 tahun itu kemungkinan dijangkiti jenis virus sama yang mencetuskan panik di negara seperti Brazil dan Colombia, yang disahkan menerusi ujian darah. Gejala yang dikesan adalah demam, ruam dan mata merah,” katanya sambil menambah lelaki itu tidak berkunjung ke luar negara. –bharian 2 Feb 2016
Marilah sama-sama kita menjaga kerbersihan sekitar perumahan kita untuk mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes, nyamuk yang sama membawa virus denggi dan juga virus Zika.
Virus Zika ini belum terdapat di Malaysia dan oleh itu rakyat Malaysia amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas. –kpkesihatan
Selain itu, jom kita usaha untuk kuatkan imuniti badan dalam menghadapai bahaya virus zika ini dengan mengamalkan cara hidup sihat serta pengambilan makanan berkhasiat.
Suplemen Immune Booster:
Walaupun sekarang ini masih belum ada ubat atau vaksin untuk virus Zika, sekurang-kurangnya dengan sistem imun badan yang kuat, dapat membantu merendahkan risiko kita dijangkiti virus Zika ini.
Di antara suplemen yang boleh diamalkan untuk meningkatkan imun badan ialah:
(1) NutriFeron: Dihasilkan daripada 4 jenis tumbuhan yang sangat membantu menguatkan imun badan iaitu campuran biji labu (Pumpkin Seeds), bunga Safflower, benih Plantago dan Japanese Honeysuckle. NutriFeron menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi di dalam badan. Dihasilkan oleh pakar imun terkemuka, Dr. Kojima Yasuhiko selepas kajian selama 40 tahun.
(2) Vitamin-C: Menguatkan sistem imun badan, meningkatkan pengeluaran antibodi dan sel darah putih, membantu penyembuhan luka.
(3) Garlic Complex: Bawang putih merupakan “antibiotik semulajadi”, dan penggalak imun yang sangat berkesan sejak dahulu lagi. Allicin di dalam bawang putih merupakan komponen aktif dalam pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan antibodi badan.
(4) Zinc: Penting untuk meregulasikan pelbagai sistem hormon di dalam badan, dan menguatkan sistem imun badan. Zinc membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit. Kekurangan Zinc turut menyebabkan luka lambat sembuh.
Berminat nak beli Set Immune Booster?
Boleh terus buat belian secara online di pautan eSell di bawah. Produk akan dihantar terus ke depan muka pintu anda. Pembayaran dengan Credit Card ataupun Debit Card diterima. 100% selamat!
Atau, WhatsApp sahaja ke 0173030081 / 0122180781. Fast reply! 😉
Mommy Blogger,
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai updates dan tips kesihatan terkini.
Noriza Rahman says
Seriau pula dengar, dah macam-macam virus sekarang ni kan
GenkiMomma says
Semoga kita semua dilindungi… Usaha kuatkan imun badan dengan NutriFeron & set immune booster, Insya Allah…
nur razali says
Bila baca terpaksa tangguhkan kehamilan tu betapa dekatnya kita dgn tanda2 akhir zaman..Allahu mudah2an negara bebas dari virus zika nih dan betapa pentingnya pengambilan suplement utk boost imun kita kan…
GenkiMomma says
Di antara tanda2 akhir zaman kan, risauuu… Jom kita usahakan dengan set immune booster, Insya Allah.. 😀