Ramai orang ingat semua bisnes suplemen sama aje. Upline yang ajar downline tentang produk. Bila upline senget, anak buah semua pun senget. Macam ketam ajar anak berjalan.
Ehh, jangan lah serkap jarang macam tue. Tak semua bisnes sama, nak kejar sales semata-mata tau. Ada orang yang bersungguh-sungguh jujur beri konsultasi produk, untuk pastikan customer dapat yang terbaik, setimpal dengan harga yang di bayar. Ramai peniaga jujur dalam dunia ini.
Paling utama, suplemen bukan ubat. Suplemen tak boleh rawat penyakit.
Bengkel Nutrisi Dari Nutritionist Terlatih
Untuk bisnes Shaklee, syarikat ada sediakan Bengkel Nutrisi untuk semua pengedar Shaklee yang aktif. Bengkel ini dikendalikan oleh pakar nutrisi terlatih. Ya, Shaklee ada team nutritionist sendiri.
Mereka nie memang belajar ilmu nutrisi di universiti. Bukan bidan terjun tau. Jadi, mereka jugalah yang menyiapkan silibus ilmu nutrisi yang bersesuaian untuk dipelajari oleh para pengedar.
Maklumlah, kami para pengedar ini daripada pelbagai background pendidikan. Macam kami suami isteri dari engineering background nie, mahu berasap jugalah kepala bila nutritionist cerita bab sistem saraf ke, sistem endoktrin ke. Fuh, berasap kepala!
Jika untuk semua ahli Shaklee, Bengkel Nutrisi ini berlangsung selama sehari sahaja. Namun, untuk bisnes leaders, kami berpeluang hadiri Train-the-Trainer Nutrition Course selama 4 hari. Bengkel ini lebih advanced dari Bengkel Nutrisi biasa. Siap ada ujian lagi. Berpeluh, ok.
Sijil Halal Shaklee diiktiraf oleh JAKIM
Produk Shaklee Sentiasa Selamat, Terbukti dan Berkesan
Para saintis Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi, menyemak terbitan saintifik, dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujaraban produk.
(1) Lebih 100 pembentangan dan kertas saintifik diterbitkan.
Produk Shaklee disokong oleh lebih 100 pembentangan dan kertas saintifik yang diterbitkan, yang membuktikan ia membawa perubahan kepada kesihatan kita.
Salah satu ujian ialah Kajian Penanda Aras (The Landmark Study), yang menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil 1 multivitamin, atau tak ambil suplemen langsung.
(2) Kajian Telomere
Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil suplemen selama 5 tahun mempunyai telomere lebih panjang, berbanding pengguna sihat tanpa suplemen.
(3) Paten Shaklee
Produk Shaklee mempunyai lebih daripada 70 paten, dan yang sedang dipaten.
(4) Sistem Pelepasan Berpaten
Sistem pelepasan berpaten Shaklee dicipta untuk memperbaiki kadar penyerapan nutrien utama dalam tubuh, menyediakan nutrien yang betul, di lokasi yang betul dan pada masa yang tepat.
Layari healthresource.shaklee.com untuk lampiran lengkap penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee.
Suplemen Bukan Ubat Ajaib
Masalah utama pada masa kini ialah, ramai beranggapan bahawa suplemen itu ubat. Ini serius.
Kami sendiri selalu sahaja terima mesej dari customer, “nak ubat sembelit, ubat darah tinggi, ubat kencing manis” dan macam-macam ubat lagilah. Sebagai pengedar yang beretika, kami akan terangkan bahawa ini suplemen, bukan ubat.
Kami juga tak pernah sesekali minta customer berhenti makan ubat doktor, bila amalkan suplemen.
Satu lagi, biasanya customer nak satu sahaja produk. Nak satu yang paling penting, katanya. Tak mahu kombinasi yang dicadangkan. Walhal, suplemen ini bertujuan untuk menyokong keperluan nutrisi badan. Bukan 1 suplemen boleh cover semua keperluan.
Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi customer kami. Harapan kami, hanyalah ingin customer mendapat taraf kesihatan yang lebih baik melalui pengambilan suplemen. Tak pernah terlintas pun nak jadikan suplemen sebagai pengganti ubat, terutama bagi masalah penyakit kronik.
Ke arah masyarakat Malaysia yang lebih sihat, dengan penuaan sihat. Insya Allah… 😀
Arnie Samsudin,
Pengedar Shaklee Aktif sejak September 2009.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp: 017-3030081
Follow FB : Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Khairul Zamri says
Nak jadi pengedar yang berkualiti ialah jadi seorang yang berilmu dalam bidang kita kerjakan barulah sale pun berkualiti
GenkiMomma says
Tuntutlah ilmu sepanjang hayat…
Anuar says
Kagum dengan orang-orang yang pakar macam ni… Penemuan mereka dapat memberi manfaat kepada manusia di seluruh dunia..
GenkiMomma says
Dia beri manfaat pada ramai orang, inspired…
NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN says
Kalau setakat nak menjual siapa pun boleh menjual kan? Tetpi penjual yang berkredibiliti ialah yang ada ilmu tentang apa yang dijualnya. Itu beza shaklee dengan suplemen lain kot
GenkiMomma says
Sungguh tak adil bila pukul sama rata semua penjual suplemen..
Ibu Zaid says
Ibu nak makan apa apa pun sangat peduli dengan kesan pada badan
Makan nasi pun boleh jadi sakit kencing manis kalau berlebihan kan
GenkiMomma says
Segala yang berlebihan, boleh bawa mudarat..
Rahasimah says
Jika mahu jadi penjual haruslah mempunyai ilmu dan baru ada keyakinan customer nak beli.
Bukan main jual untuk melakukan barang sahaja.
Rahasimah says
Nak tambah ilmu dengan master arni
GenkiMomma says
Boleh kak Shima, jejoms… 😀
GenkiMomma says
Itulah beza penjual dan pengedar Shaklee yang berilmu..
Mama Hakim says
Beza darjat orang berilmu dengan yang beramal tanpa ilmu
Hidup pun jadi lebih berkat
GenkiMomma says
Ilmu Allah luas kan, banyak lagi ruang untuk belajar…