Sebulan berpuasa, kebanyakkan orang akan turun 2-3 kilogram. Ada yang turun lebih banyak, ada yang turun sedikit aje. Amat jarang kita jumpa orang yang naik berat badan sepanjang berpuasa. Paling kurang punย statik, tak berurangan beratnya.
Namun, bila habis sahaja berpuasa, ramai yang fobia nak naik penimbang berat. Pasti jarum penimbang akan bergerak ke kanan. Walaupun baru 2-3 hari berhari raya, berat badan dah kembali kepada asal. Naik semula 2-3 kilo. Lebih pun ada. Hehe..
Peliknya. Rasa dah kurangkan makan lemang, ketupat, rendang dan yang berlemak semua.
Tapi, kenapa berat badan boleh naik sampai 3 kilo dalam masa 3 hari aje nie?
Kalori Kuih Raya dan Juadah Raya
Pertama sekali, mari kita lihat nilai kalori kebanyakkan kuih raya dan juadah raya di Malaysia.
Sumber dari Panduan Kalori 30 Makanan Popular Hari Raya.
Makanan | Saiz Hidangan | Kalori |
---|---|---|
Ketupat | 1 Biji (80g) | 88 |
Ketupat Palas | 1 Biji (80g) | 124 |
Lemang | 1 Potong (Sederhana) | 82 |
Lontong dengan sayur | 1 Mangkuk | 350 |
Soto Ayam | 1 Mangkuk | 403 |
Laksa | 1 Mangkuk | 550 |
Serunding Daging | 55g (1 genggam kecil) | 200 |
Serunding Ayam | 55g (1 genggam kecil) | 180 |
Rendang Ayam | 1 ketul dgn kuah | 148 |
Rendang Daging | 2 potongan daging sederhana dan kuah sikit | 112 |
Nasi Putih | 1 Genggam Tangan | 150 |
Nasi Briyani | 1 Pinggan (2 genggam) | 487 |
Nasi Himpit | 5 Potong | 150 |
Meehun Goreng | 1 Pinggan kecil | 295 |
Teh Tarik | 1 Gelas | 90 |
Nescafe Tarik | 1 Gelas | 100 |
Kopi O Kosong | 1 Gelas | 2 |
Soft Drink | 1 Gelas | 85 |
Air Kosong | 11 Gelas | 0 |
Air Sirap | 1 Gelas | 85 |
Kuih Tart Nanas | 1 Tart Kecil | 50 |
Biskut Raya (secara am) | 1 Biskut | 25 |
Dodol | 1 Biji | 71 |
Kuih Lapis | 1 Potong | 132 |
Tapai Pulut | 1 Biji | 134 |
Ice Cream | 1 Scoop Biasa | 95 |
Kurma | 1 Biji (Besar) | 60 |
Cheese Cake | 1 Potong Sederhana | 240 |
Kek Koklat (Fudge) | 1 Potong Sederhana | 250 |
Kek Koklat (Sponge) | 1 Potong Sederhana | 180 |
Haa kecil-kecil cili padi tau. Nampak aje kecil biskut raya nie, tapi kalori nya besar.
Jadi, walaupun kita rasa macam makan sikit-sikit aje, tapi sebenarnya makanan dan minuman yang sedikit itulah yang menjadi penyumbang terbesar kalori kita. Fakta seram, kan. ๐
Ini Punca Berat Badan Naik Mencanak Lepas Raya
Saya masih ingat penerangan dari Kevin Zahari sekitar Raya beberapa tahun lepas.
Lebih kurang begini. Katanya, adalah mustahil berat badan kita naik mendadak dalam masa yang singkat disebabkan oleh makanan berat. Kalori dari makanan berat macam nasi, mee semua tue, walaupun terlebih sedikit, tidak menjadi penyumbang utama kenaikkan berat badan mendadak dalam masa singkat. Makan masa berbulan-bulan juga baru berat naik.
Sebaliknya, penyumbang kenaikan berat utama dalam masa singkat ialah terlebih gula.
Kita banyak minum air manis, sebab kebanyakkan rumah biasanya hidangkan air manis. Paling simple pun air sirap, 40 kalori segelas. Ramai juga yang hidangkan air berkarbonat, 130 kalori segelas.
Kemudian, di tambah lagi dengan makan biskut raya. Contohnya, kuih tart nenas ini.
Kudap sedikit demi sedikit, di antara waktu makan, di dalam kereta masa nak gerak dari satu rumah ke satu rumah, sambil tengok televisyen, dan lain-lain. Makin rancak berbual, makin laju biskut raya masuk mulut. Sedar-sedar dah habis sebalang. Perut dah terik pun, tetap terus makan.
Agak-agaknya, berapa banyak kalori yang kita dapat dari air manis dan biskut raya sahaja?
Tips Jimat Kalori Di Hari Raya
Habis tue, takkanlah tak makan juadah yang tuan rumah hidangkan, dan tak minum air di depan mata. Kecil pula hati tuan rumah nanti. Tak sedap ke masakan aku, fikirnya.
Bukan begitu. Nama pun Raya kan. Waktu beginilah kita nak enjoy jumpa sanak saudara dan sahabat handai. Makan dan minumlah juadah yang ada. Cuma, berpada-padalah. Cuba kurangkan pengambilan makanan yang manis-manis. Bukan tak makan langsung.
Selain dari itu, cuba bawa sebotol air kosong 1 liter ketika keluar beraya. Tak perlu bawa keluar botol air kosong tue, biar sahaja di dalam kereta. Hati tuan rumah pun kena jaga juga. Kita beraya sebab nak eratkan silaturrahim, bukan sebaliknya.
Jadi, kita minumlah air kosong sepuasnya di dalam kereta. Selain bantu elakkan kita terlebih makan biskut raya, air kosong nie minum berbotol-botol pun takpe. Kosong kalori.
Haa, dah habis beraya nanti, kita puasa sunat 6 Syawal pula. Sebab, puasa ialah detoks terbaik. Jangan risau tak puas makan juadah raya.ย Raya kan sebulan… ๐
Arnie Samsudin
WhatsApp ke 017-3030081 jika nak cuba set detoks Shaklee.
Anuar says
Hahaha…
Ada terlalu banyak penyebab sebenarnya yang menyebabkan berat badan cepat naik…
Bila baca senarai ni teringat masa bawa anak pergi ke klinik kesihatan pada hari Khamis minggu lepas..
Masa tu kebetulan pula hari pemeriksaan golongan warga emas….
Setiap pakcik dan makcik yang masuk ke bilik doktor habis semua kena kaunseling suruh jaga pemakanan… tak boleh makan itu, tak boleh makan ini…
Yang pak cik /makcik ni pulak setiap kali keluar bilik doktor masing-masing dok luahkan perasaan…. Habistu kalau doktor tak bagi saya makan itu, makan ini…. Macamana saya nak raya?
Namanya pun raya… Mestilah kena makan lemang, ketupat, rendang dan sebagainya…
Tersenyum sahaja saya mendengar luahan sorang demi sorang pakcik makcik tu…. hehehe…
GenkiMomma says
Kesian pakcik makcik tue, dulu2 mana ada konsep suku-suku separuh lagi.. ๐
Mrhanafi says
Nak naik senang tapi nak turun agak susah
GenkiMomma says
Masalah sejagat tue… ๐
Noriza Rahman says
Banyak makan kek lapis tahun ni sebab adik iapr sendiri yang buat. Air manis amat kurang, Tapi tak pi timbang berat pun. Tak tau lah naik ke turun..hehe
GenkiMomma says
Kalori terlebih yg dapat dari kek lebih puas hati kan, berbanding dapat dari air manis… We love air kosong! ๐
Mazni Azmi says
Memang risau nak timbang berat lepas raya ni. Masa puasa hari hari tibang
Sebab banyak turun
GenkiMomma says
Simpan je penimbang tue dalam store… ๐
Khairul Zamri says
Raya setahun sekali, ramai jadikannnya alasan untuk makan tak terkawal dah naik berat badan susah juga nak turun sebenarnya
GenkiMomma says
Masalah besar bila berat yg dah naik tue tak mau turun2 dah.. ๐
Mama Hakim says
Mama pun hairan kenapa masa bulan puasa berat turun perlahan je
Naik bukan main laju
GenkiMomma says
Makanan Malaysia kan sedap2, terpaksalah makan… ๐
titan says
memang biasanya akan naik.
tapi lepas tu, akan turun balik.
hehe..
GenkiMomma says
Lelaki memang senang turun, tak aci…
ira says
berat badan naik sebab benda-benda kecil ni je. seram betul. konon duk fikir yang makan banyak tu cepat naik berat badan tapi sebaliknya.
GenkiMomma says
Itu yang geram, punyalah diet taknak makan banyak, rupanya sebab “si kecik” ituuu…