Cuti sekolah dah dekat. Bulan September ini sahaja ada 2 kali cuti sekolah. Minggu hadapan, cuti sempena UPSR (7 – 10 September, 2015) bagi anak-anak selain Darjah 6. Minggu keempat nanti (19 – 27 September, 2015) cuti sekolah seminggu, merangkap cuti Hari Raya Haji pula.
Bila cuti sekolah nie, bukan anak-anak sahaja yang bergembira, ibu-ibu pun rasa nak lompat bintang sekali sebab tak perlu tergopoh gapah buat pelbagai persiapan di pagi hari. Hehe.
Jadi, dah rancang ke nak bawa anak-anak jalan ke mana sepanjang cuti sekolah nanti?
Bercuti Di Lexis Hibiscus Port Dickson Resort Hotel
Jika anak-anak suka mandi pool, kategori yang bila dah mula mandi rasa macam tak mau keluar dari pool walaupun kita dah terjerit-jerit memanggil mereka, carilah hotel yang menyediakan private pool di dalam bilik. Jadi, kalau anak-anak nak mandi siang, malam, pagi, petang pun boleh. Kita pun tak perlu susah payah nak tukar baju.
Lexis Hibiscus Port Dickson Resort Hotel merupakan di antara hotel di Malaysia yang menawarkan private pool di setiap bilik hotelnya. Susunan resort seumpama bunga raya, seiring dengan namanya Lexis Hibiscus. Masa kami bercuti di Lexis Hibiscus ini, pada bulan Mei 2015, hanya area leaf (daun) dan 2 petal (kelopak) bunga raya sahaja yang dibuka.
Semua bilik resort dibina di atas laut. TV nya nice dipaparkan di dinding (maaf, lupa istilah!), bukan TV biasa. Dalam bilik ada 2 buah katil yang besar dan comfy!
Sesuai sangat untuk keluarga anak ramai macam kami. Hehe..
Di antara ruang bilik tidur dan swimming pool, ada satu ruang untuk almari pakaian, tandas, bilik mandi, sinki, dan paling best sebab boleh nampak air laut di bawah.
See through, you! Pernah sekali nampak ikan melompat. Seronok!
Walaupun Lexis Hibiscus ini hotel baru, dan masih banyak lagi ongoing construction di sana sini, namun ia tidaklah mengacau mood kami bercuti di situ. Kebanyakan masa pun dihabiskan di dalam bilik kerana anak-anak seronok sangat mandi pool. Bila penat mereka keluar sekejap, isi perut, basahkan tekak. Lepas tue, satu, dua, lompattt…
Cantik sangat pemandangan, terutama bila sunset. Breathtaking!
Ooopss, sebelum terjun keriangan masuk ke dalam swimming pool, saya wajibkan anak-anak makan OmegaGuard bagi membantu memanaskan badan mereka, serta mengelakkan mereka mudah terkena demam atau batuk akibat berendam terlalu lama.
Pengambilan minyak ikan juga sangat disarankan untuk individu mempunyai penyakit athma.
Buffet Breakfast di Lexis Hibiscus
Menu sarapan pagi pun sedap! Saya suka sangat dengan Pain Au Chocolate Croissant nya.
Dan, agak sedikit jakun bila kali pertama nampak ada sarang lebah yang original di situ. Belum pernah lagi saya jumpa di hotel-hotel yang pernah kami stay sebelum ini. Biasanya, hanya madu disediakan di atas meja.
Untuk makan malam pula, kami makan di luar hotel. Banyak tempat makan sedap di sekitar Port Dickson. Kena pandai cari, atau try and error.
Di waktu malam, kita boleh jalan-jalan di sekeliling resort, sambil menikmati udara malam yang segar, serta angin laut yang mendamaikan. Sangat sesuai bagi anda yang merancang untuk honeymoon di sini, romantik sangat! Kanak-kanak riang pun seronok berlari ke sana ke mari, menikmati pemandangan lampu yang cantik. Nak sewa basikal pun boleh.
Ada WIFI percuma. Jadi, bagi ibu-ibu yang menjalankan bisnes di rumah (WAHM) seperti saya, percutian di Lexis Hibiscus ini tak ganggu perjalanan bisnes kita pun. Sambil layan anak bergembira dalam pool, kita boleh juga siapkan kerja. Alhamdulillah, biasanya waktu bercuti nie lah order masuk sangat banyak, dan boleh close deal dengan mudah.
Cumanya, kalau boleh, dah alang-alang bercuti bersama keluarga tersayang, jikalau tiada kerja yang urgent, lebih baiklah kita beri perhatian 100% kepada anak-anak.
Video pendek perjalanan dari lobi hotel ke bilik Lexis Hibiscus kami…
Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu anda dalam memilih destinasi percutian bersama anak-anak tersayang. Ada private pool tue yang jadi tarikan utama.
Bagaimana nak booking Lexis Hibiscus dengan harga murah?
Harga stay 1 malam kat Lexis Hibiscus nie nampak je macam mahal. Hakikatnya, ada banyak travel web yang buat offer murah-murah untuk 1 malam di Lexis Hibiscus tau. Kena pandai cari je. Cuma kalau kita nak buka satu-satu laman web tue jenuh, kan?
Haa trick nya ialah, gunalah AGODA lah! 😉
Kami pun merancang untuk ke Lexis Hibiscus lagi sometime in the future, Insya Allah.
Jadi, kena mulalah menabung sebab room rate nya yang paling murah pun boleh tahan juga, setanding dengan kualiti bilik dan servis yang diberikan. Tapi jangan risaulah, at least boleh berjimat sedikit bila booking hotel melalui website Agoda.
Yang penting, anda pasti tak menyesal apabila melihat wajah ceria kegembiraan anak-anak sepanjang berada di Lexis Hibiscus. Kita kerja penat-penat pun untuk anak-anak, kan?
Follow FB Arnie Samsudin
Suka makan, suka travel.
Yana says
owh!!! tidaaaaakkk!! mode holiday is ON
GenkiMomma says
betul kan, mak-mak yang super duper happy bila cuti sekolah? ekeke…
sabree hussin says
Tengok pemandangan hotel ni dari udara memang nampak sangat menarik
GenkiMomma says
Memang cantek sangat..
Oja Samid says
jadi teringin plak nak pi sini..tengah cari idea juga nak pi mana cuti sekolah nie..
GenkiMomma says
Berbaloi sangat2, gie laa korang..
Noriza Rahman says
Memang sangat menarik..jelessssnya arnie
GenkiMomma says
masuk dlm VB k.nord, wajib pi nanti tauu…
Maizura says
Makin ramai yang sembang pasal hotel ni, untung kak arnie dah rasmi dulu:)
GenkiMomma says
Hihihi, rezeki anak2 nie Mai, Alhamdulillah… 😀
adianiez AIDA says
Lom pernah lg stay sini.
In shaa Allah one day nanti.
Nampak menarik. Nampak selesa sgt bilik nyer.
utk anak2 aida pasti cukup selesa nak tido.
GenkiMomma says
Confirm anak2 suka!