Beza Braxton Hicks Dan Kontraksi Sebenar | Biasanya di pertengahan trimester kedua, atau awal trimester ketiga, anda akan mula terasa bahawa perut anda mengeras dan sangat-sangat tegang, kan? Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa keadaan ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu!
Waktu mengandung anak sulung, dan masih belum mengetahui tentang istilah sebenar keadaan ini, saya selalu katakan pada hubby, “tengok nie, perut asyik mengeras jerrr!”
Kemudian hubby akan tanya kembali, “kenapa perut mengeras? Baby OK ker?”
Jawab saya, “entahlah, baby bersenam kot!” 😛
Biasalah, mengandung anak sulung. Banyak perkara yang kita tak tahu, dan adakala kurang tak rajin nak ambil tahu!
Beza Braxton Hicks Dan Kontraksi Sebenar
Bila mengandung anak kedua & seterusnya barulah saya tahu bahawa keadaan inilah yang dipanggil kontraksi Braxton Hicks, iaitu proses pengecutan otot rahim!
Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan boleh buat kita rasa tidak selesa. Ibu mungkin mengalami sensasi ini 1 atau 2 kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Namun, bukan semua ibu akan merasakan kontraksi Braxton Hicks ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris, John Braxton Hicks, yang menamakannya pada tahun 1872.
Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?
Kontraksi Braxton Hicks ialah petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.
Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.
Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.
Bagaimana nak bezakan kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi sebenar?
Kontraksi Braxton Hicks:
- biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
- lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
- tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
- tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
- terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
- tidak bertambah intensiti.
Kontraksi yang sebenar:
- tahan lama;
- lebih teratur;
- lebih kerap;
- lebih menyakitkan;
- lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi genkimomma@gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-303 0081/ 012-218 0781.