Apabila anak ketiga kami, Hafiy, kena jangkitan chicken pox, perkara yang paling kami risaukan ialah takut baby Dhira, adik Hafiy, pun akan terjangkit sama. Masa tue Dhira baru berusia 8 bulan. Paling risau sebab Dhira ada ekzema.
Of course kami risaukan juga tentang kesihatan Hafiy, tapi kami yakin badannya boleh hadapi chicken pox ini dengan baik. Insya Allah, dengan penjagaan chicken pox yang betul, Hafiy akan cepat sembuh. Badan juga lebih sihat kerana dah ada imuniti terhadap virus Varicella Zoster ini.
Sebaliknya pula dengan Dhira. Radang ekzema yang ada pun belum surut lagi, kalau diserang chicken pox, mesti berganda-ganda kegatalannya.
Anak Ekzema Diserang Chicken Pox Ketika Usia 8 Bulan
Dah nama pun duduk serumah, kuarantinkan macam mana sekali pun, kena tempias juga. Pernah dengar orang tua kata, chicken pox ini berjangkit bila ruam pada pesakit tue dah kering?
Dah hujung-hujung nak baik, kuping kulit berterbangan, masa itulah berjangkit?
Haa samalah dengan kes anak kami. Bila Hafiy dah completely baik dari Chicken Pox, dah sihat berlari, masa itulah giliran baby Dhira pula. Betul-betul 2 minggu dari tarikh Hafiy mula kena chicken pox. Hafiy kena chicken pox, 3 Mac 2015. Dhira mula kena pada 17 Mac 2015.
Masa tue dalam kereta, dalam perjalanan pulang dari kampung. Sambil menyusu baby dalam kereta, sambil belek-belek tangan dia, kaki dia, eh satu badan lah. Biasalah kan, mak-mak. 😛
Masa ini lah perasan ada 2 biji ruam di jari manis kirinya. Oh no!
Tapi, dah boleh agak sebenarnya. Sebab dah pernah lalui masa anak pertama dan kedua kena chicken pox dulu. Bila yang sulung dah baik, barulah anak kedua kena chicken pox. Main pass baton gitu. Lebih teruk pula tue, lebih banyak bintik merah berbanding si abang.
Doktor Pesan Bawa Ke Hospital, Tapi…
Masa bawa Hafiy ke klinik untuk sahkan chicken pox, doktor ada beritahu, jika baby kena chicken pox juga, cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan buat surat referral untuk admit ke hospital, sebab umur baby belum cukup 1 tahun.
Bukan menolak rawatan hospital, tapi ada banyak benda kami perlu fikirkan kalau nak warded di hospital. Antaranya sebab Dhira masih menyusu, dan dia ada ekzema. Sebolehnya kami nak elak rawatan steroid, seperti krim sapuan hydrocort.
Disebabkan ekzema, tidur malam Dhira tak seperti bayi normal lain. Ada teknik tertentu yang kami perlu lakukan supaya dia boleh tidur lena. Teknik ini mungkin tak sesuai di hospital. Jadi, kami risau Dhira akan menangis sepanjang malam sebab tak boleh tidur kegatalan kuasa dua, chicken pox dan ekzema. Kami risau, akan ganggu anak kecil lain.
Namun, kami berdua buat ini atas risiko sendiri. Ibu ayah yang ada anak ekzema janganlah tiru pula cara kami nie. Setiap bayi, lain response imuniti badannya. Kami dah fikir masak-masak, dan dah baca beberapa info berkaitan, sebelum kami ambil keputusan untuk tak bawa Dhira ke hospital.
Dan, kami juga sentiasa ready nak pecut ke hospital, sekiranya ada simptom luar biasa yang menyerang Dhira sepanjang jagaan kami ini.
Bintik Merah Kegatalan Kuasa Dua, Chicken Pox dan Ekzema
Nak tau, bila diserang chicken pox ini, radang ekzema Dhira hilang sekejap. Bukan hilang sebab dah sembuh. Tapi, virus varicella zoster ini lebih power dari ekzema, sehinggakan radang ekzema tenggelam dek biji-biji chicken pox yang banyak ini.
Kesian sangat tengok muka Dhira, teruk betul bintik chicken pox dia. Ini hari ke-4:
Tapi, kami boleh aje bezakan mana satu radang ekzema, dan mana satu bintik chicken pox. Maklumlah, dah 8 bulan hadap radang ekzema dia kan, dari jauh pun dah boleh kenal. Hihi..
Tak sampai hati nak upload gambar Dhira sebenarnya. Inipun, ketika entri ini ditulis, kisah ini dah 2 tahun berlalu. Tujuan kami kongsi di sini, untuk panduan ibu ayah yang ada anak ekzema, dan dijangkiti chicken pox. Semoga sabar menjaga anak ekzema anda ya.
Ekzema sendiri pun dah gatal. Tambah lagi gatal chicken pox. Memang menggaru aje kerjanya. Kita sebagai ibu ayah, kena sabar lebih sikit ya. Sekejap aje nie.
Penjagaan Anak Ekzema Yang Kena Chicken Pox
Untuk jaga anak ekzema yang kena chicken pox ini, lebih kurang sama sahaja dengan penjagaan kanak-kanak biasa. Cuma ada sedikit perbezaan, yang mungkin tak pernah di tulis dalam mana-mana ‘manual jaga anak chicken pox’.
Ini kisah dan pengalaman kami. Untuk pengetahuan, kami langsung tak bawa Dhira ke klinik sejak simptom pertama chicken pox timbul di jarinya.
(1) Sapu Krim Pelembap Yang Sesuai.
Kebiasaannya doktor akan bekalkan losyen calamine, untuk kurangkan kegatalan. Kami cuba sekali sapu losyen calamine ini pada Dhira. Apabila losyen kering, dia menggaru-garu dan menangis kegatalan. Kulit dia yang sedia ada sensitif sebab ekzema, makin kering jadinya.
Kami terus bertukar kepada Herbal Blend Cream. Sapu rata seluruh badan, sebab memang banyak pun ruam cacar air nya. Alhamdulillah, dia nampak tenang, dan kurang menggaru.
Yang best nya sapu Herbal Cream nie, tiadalah serbuk putih berterbangan atau melekat pada baju, macam efek losyen calamine tue. Tambahan pula, Herbal Cream nie dibuat daripada sumber semulajadi, siap ada ekstrak Rosemary lagi. Bau pun sedap.
Kami hentikan seketika sapu krim ekzema Buds Organic, sepanjang tempoh chicken pox ini.
(2) Berikan Nutrisi Untuk Kuatkan Sistem Imun Badan.
Chicken pox ini ialah penyakit jangkitan virus. Jadi, antibiotik tak berfungsi untuk chicken pox.
Memandangkan Dhira baru 8 bulan, dan baru sahaja kenal dengan solid food, dia masih bergantung sepenuhnya dengan susu ibu. Umur pun belum setahun. Susu ibu ajelah jadi vitamin buat dia.
Jadi, sebagai ibu menyusu, saya lah yang perlu makan pelbagai makanan yang berkhasiat supaya dapat bekalkan nutrien yang cukup untuk boost sistem imun badannya.
Di antara suplemen yang saya amalkan untuk immune booster Dhira ialah NutriFeron, Vitamin C, Garlic Complex (khasiat bawang putih), OmegaGuard (minyak ikan omega-3) dan B-Complex.
(3) Banyakkan Sabar
Jujurnya, dalam kesemua anak kami, menjaga Dhira demam chicken pox paling mencabar. Ini kerana Dhira masih baby, dan dalam masa yang sama ada ekzema pula. Kasihan betul tengok ruam chicken pox penuh satu muka. Dia memang merengek, dan perlukan perhatian ekstra.
Nak berpeluk, berdukung, sampaikan terpaksa tidur duduk sebab dia tak mahu tidur sendiri.
Di sinilah penting sangat vitamin B-Complex sebagai penenang saraf (anti stress). Ini kerana anak ekzema dan penjaganya tak boleh stress. Tekanan akan buat ekzema meradang teruk.
Virus Varicella Zoster untuk Chicken Pox dan Kayap
Alhamdulillah, kesemua anak kami dah pernah merasa kena chicken pox ini. Sekurang-kurangnya, badan mereka dah ada sedikit imun terhadap chicken pox. Dalam keempat ini, of course Dhira lah yang paling kesian. Chicken pox, ekzema, dan masih bawah 1 tahun. Fragile betul.
Tapi, virus chicken pox ini tak hilang sepenuhnya. Hanya akan inactive dalam badan, dan menunggu masa, apabila sistem imun badan menjadi lemah, untuk aktif semula sebagai sakit kayap pula. Virus chicken pox dan penyakit kayap, ialah virus yang sama, Varicella Zoster.
Untuk jaga anak ekzema yang dijangkiti chicken pox, ibu ayah perlu ekstra sabar, tenang dan lebihkan kasih sayang. Berat bahu memikul, berat lagi sakit yang ditanggung anak kita.
Doa banyak-banyak agar anak cepat sembuh dari chicken pox. Insya Allah… 😉
Arnie Samsudin
Belajar cara jaga anak ekzema yang dijangkiti chicken pox dari pengalaman ini.
MeqZa Abdul Rahman says
Oh kesiannya tengok muka Dhira ni, kalau kami tak sanggup rasanya nak ambil gambar.
Seriously, tak pernah ada pengalaman jaga anak yang chicken pox dan Nauzubillah juga minta dijauhkan.
Thumbs up to ibu dan ayah Dhira
GenkiMomma says
Memang teruk sangat muka Dhira masa kena chicken pox tue, tambah lagi ada ekzema kan.. Ini antara gambar yang mampu publish laa, ada lagi yang lebih teruk sbnrnya..
Khairul Zamri says
Panjang betul tajuk artikel, semoga ceoat sembuh seperti sediakala, syukur ibu dan ayah Dhira tabah menghadapi ujian ini.
GenkiMomma says
Terima kasih atas doanya, kisah 2 tahun lepas nie.
Ibu Zaid says
Oh dah 2 tahun kisah ni. Tapi elok jadi pengajaran untuk ibu lain kan
.
Beruntunglah sesiapa yang ada kulit sihat ni
.
Tak perlu risau kulit sensitif.
.
Nur Razali says
Bila baca entri tengok gambar bb dhira rasa sedih pulak huhu…
GenkiMomma says
Sebab tue lah 2 tahun kemudian baru ada keberanian nak upload gambar nie, mmg sedih taw..
Mama Hakim says
Macam tu rupanya. Tak tahu pula sakiy kayap dan cacar air daru virus yang sama
.
Kena jaga betul ni
GenkiMomma says
Virus Varicella Zoster, untuk kedua2 chicken pox dan kayap..
Oja Samid says
Masa Affan kena umur 6 bulan dulu pun rasa nak nangis juga tengok. Ni kan pula kalau baby ada ekzema kena chickenpox. Memang salute dengan mama & papa Dhira sebab sangat sabar menjaga, n of course utk Dhira yang sangat kuat semangat. 🙂
GenkiMomma says
Kena kuat semangat demi anak, kan… 😉
Mama Olin says
Kesiannya Dhira. Skrg ni kulit Dhira dah licin dah kan.Alhamdulillah