BreastFeeding Workshop Mantapkan Ilmu Penyusuan Ayah Ibu | Alhamdulillah, Sabtu lepas, 13 Ogos 2016, kami suami isteri berpeluang menghadiri BreastFeeding Workshop anjuran Shaklee (M) di Sunway Pinnacle. Bengkel Penyusuan ini dikendalikan oleh Dr. Nurzarina Abd Rahman, daripada Tunku Azizah Women & Children’s Hospital, salah seorang Pakar Laktasi bertauliah di Malaysia.
1 hingga 7 Ogos setiap tahun merupakan Minggu Penyusuan Sedunia. Waktu yang sesuai juga buat ibu ayah yang nak cari breastpump ke, sebab banyak promosi gajet penyusuan sedang berlangsung.
Ilmu Penyusuan Susu Ibu di BreastFeeding Workshop
Walaupun dah ada pengalaman menyusukan 4 orang anak sejak lahir, dan gigih usung beg breastpump sehingga anak genap 2 tahun, tapi rasa enjoy sangat join kelas nie. Bukan je dapat refresh ilmu penyusuan sedia ada, malah dapat top up ilmu baru juga. Seronok sangat!
Di antara ilmu penyusuan susu ibu yang di kongsikan ialah:
- Teknik & cara menyusukan bayi yang betul.
- Kebaikan menyusu susu ibu untuk bayi & ibu.
- Tips memperbanyakkan susu ibu dengan cara yang sihat.
- Cabaran umum dalam menjayakan penyusuan.
Ini sebahagian daripada bisnes partners GenkiMomma Group yang turut hadir di Shaklee BreastFeeding Workshop. Semua muka penuh excited dapat belajar ilmu penyusuan hari tue.
Baby kami, Dhira, yang saya dukung tue, kini berusia 2 tahun 1 bulan. Dhira masih lagi menyusu badan, dan setakat ini masih belum ada tanda-tanda nak wean-off. Kebetulan, Dhira pun ada alahan dengan produk tenusu, nanti akan trigger Eczema nya.
Jadi, memang saya berazam untuk menyusukannya selama yang mungkin. Insya Allah..
Masa saya tinggalkan Dhira untuk ke Italy selama 8 hari November tahun lepas, saya dah sediakan lebih kurang 60 botol EBM buatnya. Tapi, sebotol pun dia tak mau minum. Sanggup dia makan dan minum air kosong sahaja. Alhamdulillah, sekembalinya saya dari Italy, proses penyusuan bersambung kembali dengan jayanya, walaupun 8 hari temporary stop menyusu.
7 Tips Mengepam Susu Ketika Melancong Tanpa Baby
Mengapa Suami Juga Patut Join BreastFeeding Workshop
Nak tau, para suami yang hadir pun sama khusyuk dengar penerangan dari Pakar Laktasi nie. Takde seorang pun yang mengantuk tau. Muka fokus je semua.
Mula-mula risau juga kalau suami tertidur kebosanan dalam kelas nie. Maklumlah, bengkel penyusuan kan. Bukannya game bola live Arsenal vs Manchester United ke, hehe.. Tapi, terkejut sangat suami siap boleh ulang apa yang Dr. Nurzarina explain tadi…
“Patutnya lebih ramai suami kena join BreastFeeding Workshop nie, sebab suami pun main peranan penting untuk support ibu-ibu breastfeed..
Selama nie tengok baby menyusu aje, macam mana susu tue terhasil tak faham pun. Bila join kelas nie baru clear semua. Ibu pun penting kena jaga makan, cukup nutrisi, tak boleh stress nanti susu drop, bla bla…”
Haaa, gitewww! Jadi adek kakak, kalau nampak suami anda macam blur sotong aje tentang konsep penyusuan, atau kita rasa macam suami kita tak sokong 100% perjuangan kita nak menyusukan anak, bawa aje suami ke mana-mana BerastFeeding Workshop yang available. Tapi, kena belanja lah tiket untuk suami tersayang tue, hehe..
Mungkin cara kita explain tentang penyusuan susu ibu bikin suami sukar nak faham. Jadi, kita serahkan aje pada yang pakar. Yang penting, jangan dok stress sensorang tau!
Yuran BerastFeeding Workshop
Biasanya, kos untuk menghadiri BreastFeeding Workshop ini agak mahal tau. Maklumlah ilmu penyusuan ini sangat berharga. Ilmu yang disampaikan dari pakar laktasi bertauliah pula tue.
Kami bersama Dr. Nurzarina, Pakar Laktasi yang sangat berpengetahuan. Sempat kami belajar sket tentang Dunstan Baby Language. Dr. Nurzarina nie juga ialah Parenting Educator.
Namun, Shaklee (M) berikan kami tiket percuma sahaja ke Breastfeeding Workshop ini, istimewa buat semua ahli Shaklee yang beli Set Kesihatan Wanita bulan lepas. Yuran yang kami perlu bayar ialah kos masa, tenaga dan minyak petrol untuk ke Sunway Pinnacle sahaja. Ohsem sangat!
Selain BreastFeeding Workshop, Shaklee pun selalu adakan pelbagai bengkel untuk semua ahli. Contohnya, Bengkel Nutrisi, Bengkel New Distributor, Health & wellness Talk, dan macam-macam lagi. Ada yang berbayar, ada yang 100% Percuma. Untung sangat jadi ahli Shaklee nie.
Terima kasih Shaklee Malaysia kerana sentiasa prihatin dan bantu kami ahli Shaklee upgrade ilmu nutrisi untuk kegunaan sendiri, dan sharing kepada customer. Semoga ilmu yang diperolehi dapat kami manfaatkan terutama ketika beri konsultasi kepada customer Set Penyusuan, Insya Allah…
Untung tau jadi ahli Shaklee nie. Untuk makan sendiri je pun berbaloi sangat bayar RM79.50 tue.
Kalau para pembaca pun rasa teruja dan tak sabar nak daftar ahli Shaklee, WhatsApp sahaja kami laju-laju di 017-3030081 / 012-2180781 tau. Fast reply punya lah! 😉
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Daftar keahlian Shaklee sekarang, isi borang di tab “Join Now“.
doa qunut says
bengkel macam ni, bukan sahaja utk ibu yang ada baby kecil. bahkan sesuai juga untuk mereka yang bakal ada anak.
GenkiMomma says
Betul tue, semua ibu bapa yang bakal menimang cahayamata patut hadir ke BreastFeeding Workshop nie.. 😀