Kali pertama nak buat MyKad untuk anak sulung, ibu yang terlebih excited. Cuak pun ada juga, sebab tak tau prosedur buat MyKad kanak-kanak. Eh, cepat betul anak-anak membesar.
Alah, tapi zaman sekarang nie, semua informasi di hujung jari aje kan. Tinggal nak google aje.
Anak sulung lahir awal bulan Mac. Kebetulan pula, memang ada cuti sekolah seminggu dalam bulan Mac 2018 ini. Terus ambil peluang ajak dia pergi buat MyKad. Takut lewat buat, kena denda pula.
Percubaan Buat MyKad di JPN Klang
Mulanya saya plan nak buat di Jabatan Pendaftaran Negara Klang (JPN Klang) aje, sebab jarak yang tak jauh dari rumah. Kononnya nak jimat masa, dan jimat minyak. Hehe..
Sampai sahaja di Wisma Persekutuan Klang di Bukit Raja, terus ambil borang dan nombor giliran. Nombor giliran kami 1106, nombor sekarang 1055. Lebih kurang 50 orang yang menunggu sebelum giliran kami. Tak apalah, harap-harap kaunter laju.
Staf di kaunter pendaftaran sangat helpful. Dia ajar cara isi borang permohonan buat MyKad dengan sangat lengkap. Walaupun boleh aje kita nak rujuk panduan di dinding, tentang cara isi borang yang betul. Tapi, dia tetap terangkan dengan sabar. Terima kasih sangat, padanya.
Bezanya kat JPN Klang nie, kita kena buat salinan surat beranak anak. Kat kaunter pun ada tampal notis tentang ini, tapi lupa nak snap. Terkejut jugalah sebab baca di website JPN, tak minta buat salinan pun. Tapi jangan risau, boleh aje pergi fotostet di cafeteria. 30 sen sehelai.
Selesai fotostet, dan isi borang dengan penuh gemalai (sebab takut silap isi), kami dengar nombor giliran yang dipanggil ialah 1056. Alamak, dalam masa 10 minit baru 1 nombor je gerak?
Pukul berapa lah pula giliran kami nie?
Tengok kaunter tak banyak yang buka, rasa dalam 3 ke 4 aje. Yang menunggu pula, fuhhh, toksah cakaplah. Penuh. Yang duduk dan berdiri sama je ramai.
Masa nie, spontan terfikir “Plan B”. Buka waze, dan terus cabut pergi JPN Shah Alam…
Buat MyKad Kanak-kanak Tak Perlu Salinan Surat Beranak
Sampai sahaja di Plaza Masalam Shah Alam, terus naik ke tingkat 6. Mulanya sesat barat jugalah sebab first time jejak kaki kat Plaza Masalam. Ringankan mulut, tanya orang. Settle!
Sampai je depan kaunter pendaftaran, terus cakap senafas, “Saya nak buat IC untuk anak 12 tahun. Borang dah siap isi, dan surat beranak pun dah copy”.
“Meh saya tengok borang permohonan dengan surat beranak asal”
Sambil check borang yang saya dah isi tue, pakcik di kaunter dengan ramahnya, “Kat sana ramai orang, ya? Takpe, sini cepat sebab banyak kaunter. Tak tunggu lama pun”.
Dia stamp beberapa tempat, terus bagi nombor giliran. Tak minta langsung salinan surat beranak.
Jadi, memang betul lah tak perlu buat salinan surat beranak pun. Tak pastilah kenapa JPN Klang minta salinan. Anyway, tujuan saya kongsi di sini ialah, jika anda plan nak buat MyKad Kanak-kanak di JPN Klang, silalah fotostet surat beranak anak siap-siap. Senang kerja.
Pengalaman Buat MyKad Anak Umur 12 Tahun di JPN Shah Alam
Ya Allah, keputusan pergi ke JPN Shah Alam ialah keputusan yang paling bijak saya buat untuk hari ini. Haha.. Tak kisahlah jauh ke, rugi minyak ke, tapi sangat-sangat menjimatkan masa.
Menunggu giliran jadi tak bosan pun, sebab kami dua beranak sama-sama dok mengira nombor giliran yang dipanggil. Dari nombor 1105 nak mencecah ke 1148 tue, sangat pantas, ok.
Dalam masa tak sampai 1 jam pun urusan kami selesai. Dapat nombor giliran 10:57 pagi.
Jam 11:37 pagi resit rasmi dah di print out, dan urusan permohonan MyKad dah selesai.
Haa kiralah sendiri berapa lama je kami menunggu kat situ. Tak terasa langsung lamanya!
Kami kena datang semula selepas jam 1:40 petang, untuk collect MyKad yang dah siap.
Yang ini pun tak makan masa sangat. Bila petang dah tak ramai orang. Tak sampai 10 minit menunggu, dah dapat ambil MyKad baru untuk anak. Alhamdulillah…
Permohonan MyKad Bagi Kanak-kanak Umur 12 Tahun
Nak mohon MyKad untuk anak 12 tahun ini prosedurnya senang aje. Yang penting ada 2 benda ini:
- Pemohon – Surat Beranak (asal).
- Penganjur (Ibu/ Bapa/ Penjaga) – Kad Pengenalan (asal).
Tak perlu bawa MyKid (warna pink) pun. Tiada bayaran jika MyKad di buat dalam tempoh 30 hari selepas birthday 12 tahun. Lepas sebulan, dikira lewat, dan ada bayaran. Details di laman rasmi JPN.
Bagi warga Shah Alam, Klang dan kawasan yang sewaktu dengannya, bila tiba masanya nak buat MyKad untuk anak berumur 12 tahun nanti, atau apa-apa jualah permohonan MyKad, saya recommend sangat untuk buat di JPN Shah Alam ini.
Mungkin juga sebab sekarang cuti sekolah, menyebabkan JPN Klang sedikit crowded. Tak pasti. Tapi, kalau nak di kira overall satisfaction, JPN Shah Alam sangat efisyen dan ohsem!
Cepat, pantas, tempat selesa dan ada shopping complex juga! Oopppss, hehe…
Semoga perkongsian ini bermanfaat & selamat buat MyKad untuk anak-anak anda! 😀