Cabaran Kumpul Stok EBM Untuk Bayi Setahun Ke Atas | November 2015 nanti Insya Allah, kami akan melancong ke Italy selama seminggu. Di saat ekonomi negara sedang meleset, dan orang ramai berjimat-cermat melancong di dalam negara, kami amat bertuah berpeluang ditaja sepenuhnya bercuti ke luar negara. Alhamdulillah.
Walaupun teruja nak pergi bercuti ke luar negara, percutian 5 bintang PERCUMA pula tue, jauh di sudut hati tercalit rasa sedih kerana perlu berpisah seketika dengan baby. Sejak bekerja sendiri di rumah (WAHM) tahun 2012, ini kali pertama saya berpisah dengan anak kecil yang masih menyusu badan. Boleh sahaja saya menolak tawaran melancong percuma ini, dan berikan kepada ahli keluarga yang lain seperti yang saya biasa lakukan sebelum ini.
Tahun 2012 : Layak 1 tiket Umrah bulan April 2012. Tak pergi, sebab baru sahaja lahirkan anak ke-3. Ambil pakej tempatan ke Langkawi sahaja.
Tahun 2013 : Tak pergi, sebab masih menyusu anak ke-3 yang berusia 1 tahun. Tiada kekuatan nak berpisah sementara dengan baby. Jadi, saya hadiahkan pakej Umrah & Dubai kepada suami dan anak sulung.
Tahun 2014 : Tak pergi juga, kerana masih dalam pantang anak ke-4. Hadiahkan pakej pelancongan eksklusif ke San Francisco, USA kepada suami, dan 2 anak kami.
Namun, tahun 2015 ini saya nekad nak pergi juga rasai sendiri trip 5 bintang percuma ini, kerana ada MISI BESAR yang saya perlu lakukan untuk empayar bisnes kesayangan saya. Jadi, saya perlu kuatkan hati dan semangat, walau jauh di lubuk hati nie menangis bila terkenangkan baby yang bakal ditinggalkan selama 9 hari nanti.
Patutnya, dapat melancong oversea percuma mestilah happy giller tahap nak lompat bintang, kan? Namun, sebaliknya bagi saya. Makin difikir, makin hati terasa sayu. Semoga pengorbanan ikhlas seorang ibu, merangkap seorang leader kepada organisasi yang besar ini diredhai dan dipermudahkan oleh-Mu, Ya Allah.
Mengapa Nak Kumpul Stok EBM?
Baby saya bakal berusia 1 tahun 4 bulan apabila saya ke Italy nanti, masih belum cukup umur 2 tahun untuk wean-off. Baby memang jarang sangat minum susu menggunakan botol, direct feed sahaja. Maklumlah ibu nya 24 jam berada di sisinya, menjalankan bisnes di rumah. Jadi, saya pun jarang buat stok EBM (Expressed Breast Milk) di rumah. Dan, kalau ada pun stok EBM, baby taknak minum jika saya ada.
Memandangkan kami nak ke Italy bulan 11 nanti, nak tak nak, baby harus minum EBM. Yang ini tak jadi masalah, kami boleh ajar. Baby pun boleh (terpaksa rela) minum EBM bila “bau” ibu tiada nanti.
Cabarannya ialah, baby kami alah dengan protein susu lembu, akan menyebabkan Eczema nya naik lebih teruk. Jadi, mahu tidak mahu, saya harus sediakan stok EBM sebanyak mungkin. Jika kehabisan stok EBM sepanjang ketiadaan kami nanti, owh saya tak boleh nak fikir. Risau sangat! Susu formula, ataupun fresh milk bukan pilihan yang baik. Inilah sebab utama saya wajib mengepam dengan rajin!
Cabaran Kumpul Stok EBM Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas
Sebenarnya, saya sudah mula mengumpul stok EBM sedari awal bulan Ogos. Saya cabar diri untuk pumping setiap pagi tanpa culas, supaya saya dapat kumpul sekurang-kurangnya 60 botol stok EBM sebelum bertolak ke Italy!
Cabaran terbesar untuk kumpul stok EBM buat bayi yang dah berusia setahun ke atas ini ialah, susu badan kita sudah tidak meriah macam masa awal-awal lepas bersalin dulu. Tambahan pula, saya dah lama sangat tak mengepam, baby sentiasa direct feeding. Baby dah mula makan macam-macam, dan dah banyak minum air kosong. Baby masih menyusu, cuma tidak sekerap dulu.
Jadi, susu badan kita dah di adjust cukup-cukup untuk keperluan bayi sahaja. Jarak di antara satu feeding ke satu feeding juga agak lama. Seiring dengan kurangnya permintaan, bekalan juga berkurangan. Konsep Supply vs Demand di situ.
Pernah saya tinggalkan baby 4 hari 3 malam kerana urusan bisnes, saya dah sediakan beberapa botol stok EBM yang sepatutnya cukup untuk kegunaan baby. Tapi bila suami jemput saya, katanya dia terpaksa guna stok EBM lain di dalam freezer. Kiranya, baby minum EBM lebih daripada EBM yang saya perah sepanjang 4 hari tue. Demand lebih dari supply!
Bulan Ramadhan lepas, saya tinggalkan baby seharian, 9 pagi-6 petang, kerana menghadiri seminar bisnes, dan saya hanya dapat 2oz EBM sahaja. Terkejut sangat! Saya maafkan diri, kerana ketika itu bulan puasa. Hehe.
Awal Ogos baru ini (usia baby 1 tahun 1 bulan), bila saya mulakan rutin mengepam susu di awal pagi, mula-mula saya cuma dapat 1-2oz EBM sahaja. Saya maafkan diri lagi kerana saya yakin susu badan saya cukup untuk baby sebenarnya. Baby tak pernah cranky pun setiap kali menyusu, dan kalau tidur malam pun lena sungguh. Baby hanya bangun 1 atau 2 kali je untuk menyusu sepanjang malam.
Mencabar, kan? Tapi, saya perlu terima hakikat yang jika diperah, perlukan lebih banyak masa untuk hasilkan lebih banyak stok EBM. Kena rajin-rajin pam susu, buat Power Pumping, dan kosongkan payudara sekerapnya. Makanlah segunung milk booster pun, kalau konsep Supply vs Demand tak dipatuhi, tak banyak jugalah susu badan kita.
Yang penting, jangan stress, jangan give up. Stress tidak bagus untuk ibu menyusu, kerana stress boleh bikin susu drop!
Adakah anda suri rumah atau ibu bekerja di rumah? Saya yakin anda pun mesti ada “cabaran” macam saya nie kan, sukar nak buat stok EBM sebab baby dah biasa direct feeding? Kena buat stok EBM juga tau walaupun sedikit, in case of emergency.
Berjayakah saya capai target 60 botol stok EBM sebelum ke Italy nanti nie? Tunggu…
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-303 0081/ 012-218 0781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Masukkan No. ID Sponsor : 830022 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di “Join Now“.
Oja Samid says
boleh bayang besarnay cabaran nak kumpul stok bila baby dah besar mcm dhira..tp nak gi Italy tue boleh jd motivasi yg kuat..ganbare, mana~~ ^_^
GenkiMomma says
mencabar sangatttt… yeah, ganbare ibu! 😀
mrhanafi says
memang bekerja keras dan hasilnya diraih dengan gilang gemilang sekali
GenkiMomma says
betul tue, terima kasih mrhanafi.. 🙂
Noriza Rahman says
Kalau 60 botol untuk ibu yang memang direct feeding sangat besar cabarannya..faham sangat perasaan tu..
#dongibab untuk anak tersayang yea..#kipidap sampai berjaya…
GenkiMomma says
besar sangat2, apatah lagi lepas 1 tahun “gantung pump”… #dongibab sesangat nie.. 😛
Yana says
teringat pulak masa zaman kije kat opis dulu (skrg pun kije jugak cuma kat rumah.. heheh), bila anak dah setahun, makin boss bg byk tanggungjwb sbb pk anak kita dah besar.. balik kije malam.. sabtu ahad kije jugak.. struggle nak kumpul EBM ni kat opis dengan stress dan penatnya lagi.. dpt direct feed anak malam time tido je..
tp skrg bila ingat balik, manisnya kenangan tu sbb Allah murahkan rezeki boleh bfeed diorg semua smp 2thn cukup.. walaupun stok mmg sentiasa “cukup-cukup” sahaja 🙂
GenkiMomma says
same kita, stok EBM sentiasa “cukup-cukup” aje.. teringat hari terakhir pumping masa umur dia 2 tahun, menangis rasa Allah beri peluang menyusukan sampai 2 tahun.. kalau tak silap dapat pumping total 1 botol je sepanjang hari tue, but every drop is priceless… syukur! 🙂