Minyak Bawang Putih | Pernah cuba sapu minyak bawang putih untuk bantu melegakan bayi selesema dan batuk berkahak? Kami dah cuba, walaupun agak sedikit terlambat.
Yelah, anak ke-4 baru tahu tentang tips yang simple nie. Namun memang betul, mujarab sangat minyak bawang putih ini dalam melegakan selesema bayi.
Cara Buat Minyak Bawang Putih
Mudah sangat cara nak buat minyak bawang putih nie. Guna 2 bahan aje. Bahan-bahan pun semua ada di dapur. Biasanya dalam 5 minit pun boleh siap.
Bahan-bahannya ialah:
- Bawang putih.
- Minyak zaitun (Virgin Olive Oil)/ Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil).
Cara-caranya ialah:
(1) Ambil 2-3 ulas bawang putih (tak perlu di buang kulitnya), cucuk dengan garfu. Bakar bawang putih di atas dapur.
(2) Ketuk sedikit bawang putih yang telah dibakar. Nak guna batu lesung boleh. Nak ramas dengan tangan pun boleh.
(3) Masukkan bawang putih tersebut ke dalam bekas. Tambahkan minyak zaitun (Virgin Olive Oil), dan gaul hingga sebati. Kalau tiada olive oil, minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil) pun boleh.
(4) Simpan ke dalam bekas bertutup yang sesuai. Siap sedia digunakan.
Haa mudah je kan? Semua orang pun boleh lakukannya sendiri di rumah. 😀
Cara Guna Minyak Bawang Putih
Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi. Allicin yang terdapat di dalam bawang putih sangat membantu melegakan batuk, selesema serta menggalakkan pengedaran darah yang baik. Namun, Allisin tidak terdapat dalam bawang putih biasa.
Sebaliknya Allisin terhasil apabila bawang putih dipotong halus atau dihancurkan.
Sambil berselawat, sapukan minyak bawang putih ini di ubun-ubun, bahagian dada, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki anak. Pakaikan stokin.
Boleh juga sapu sedikit di hidung dan di atas batang hidung.
Sapu sahaja minyak bawang putih ini dengan kerap, setiap kali lepas mandi, atau bila-bila kita rasa macam selesema dan kahaknya tengah banyak. Jangan risau, ianya selamat.
Biasanya kami sekali buat minyak bawang putih nie sedikit sahaja. Untuk kegunaan seharian 24 jam. Walaupun ramai cakap boleh tahan lama, tapi kami suka buat yang fresh. Lagipun bila dah biasa buat, sekejap je tempoh peyediaannya.
Insya Allah dengan sapuan minyak bawang putih yang konsisten, boleh bantu melegakan dan meredakan selesema dan kahak anak.
Peringatan Penting:
Walaupun minyak bawang putih ini dari sumber semulajadi, dan 100% selamat, ada juga kanak-kanak yang tidak serasi dengan minyak bawang putih, terutama kanak-kanak yang berkulit sensitif dan mempunyai Eczema. Samaada kanak-kanak itu allergy dengan minyak zaitun/ minyak kelapa dara, atau, badannya tidak tahan dengan bawang putih.
Jadi, lebih baik buat patch test terlebih dahulu sebelum sapu seluruh badan.
Patch Test: Sapu sedikit minyak bawang putih di kulit anak. Tunggu dalam setengah jam -1 jam. Lihat ada tak sebarang reaksi luar biasa? Kemerahan atau keradangan.
Jika tiada, boleh teruskan sapu minyak bawang putih di badan anak tersayang.
Kisah Kami dan Minyak Bawang Putih
Sebelum ini selalu nampak tips minyak bawang putih ini dikongsikan di media sosial. Tapi biasalah, mula-mula tak ambil endah sangat. Lagipun anak-anak jarang kena selsema dalam jangkamasa lama.
Hinggalah satu ketika anak ke-4 kami yang ketika itu masih bayi dijangkiti selesema teruk dan batuk berkahak dari abangnya. Selepas buat rawatan Nebulizer dari hospital pun tiada tanda-tanda nak sembuh. Suara sampai hilang. Nak menyusu pun tak boleh sebab hidung tersumbat, sehinggakan dia tidur terlalu lama dan kurang menyusu. Sedih sangat tengok keadaan Dhira.
Jadi, kami nekad nak cuba tips minyak bawang putih ini. Sambil itu, kami usahakan juga teknik percussion beserta steam treatment bawang putih.
Alhamdulillah, hari pertama buat, malamnya terus baby tidur dengan lena. Tiada lagi bunyi macam wheezing, dan baby kembali kerap menyusu. Esoknya nampak baby makin ceria, dah boleh main macam biasa. Kalau batuk pun dah takde bunyi kahak pekat melekat tue.
Syukur, dah jumpa cara yang sesuai untuk kurangkan selesema dan melegakan batuk berkahak buat si baby. Sejak peristiwa itu, setiap kali baby ada tanda-tanda nak selesema, cepat-cepat kami sapukan minyak bawang putih. Jika ada hingus dan kahak, kami buat teknik percussion beserta steam treatment. Alhamdulillah, serasi.
Ibu ayah, cubalah tips minyak bawang putih ini. Semoga anak-anak kita sentiasa sihat ceria. Semoga sistem imuniti anak tersayang bertambah kuat secara semulajadi.
Mommy Blogger,
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai updates dan tips kesihatan terkini.
Noriza Rahman says
Anak sedara hari tu ada suh mama dia try buat, tapi kaki macam melecur ckit..maybe alahan dengan bawang putih agaknya sebab dia pun ada eczema
GenkiMomma says
Memang ada kanak-kanak yang sensitif dengan minyak bawang putih nie, sebab tue pentingnya buat “Patch Test” terlebih dahulu.. Nasib baik sedikit aje melecurnya, ya..