Bila sarapan pagi di luar, selalu nampak orang pesan telur separuh masak.
Biasanya kaum adam lah yang order. 2 biji telur separuh masuk kemudian dihidangkan ke meja, dan mereka akan makan samaada dengan kicap, atau lada sulah, atau letak kedua-duanya sekali.
Nampak macam mudah aje nak buat telur separuh masak nie, kan? *Image credit
Namun percayalah, ada je surirumah yang dah 10 tahun kahwin pun tak pandai buat telur separuh masak. Terutama sekali bila jarang buat, dan suami pun bukan jenis suka makan telur sbegini.
Bila sekali sekala buat tue, kebarangkalian telur nak over-cooked sangat tinggi!
Telur Separuh Masak di Kedai Makan Pun Boleh Over-cooked
Alah, bukan surirumah aje. Pengalaman sendiri, saya pernah dengar customer complain 2-3 kali kepada pekerja kedai, kerana telur separuh masak yang dipesannya dah over-cooked jadi telur rebus.
Kali pertama dan kedua, mereka boleh gelak-gelak lagi. Masuk kali ketiga, dah mula tinggi suara sebab telur lain yang di pesan, telur lain pula yang sampai. Hilang sabar agaknya.
Kasihan juga tengok adik yang hantar pesanan telur separuh masak tue terkulat-kulat kena marah dengan pelanggan, sebab kita tahu bukan dia yang masak. Dia tukang hantar aje.
Rasa macam nak masuk ke dapur kedai, dan kongsikan cara buat telur separuh masak yang betul kepada tukang masak. Tumpang stress tengok 2-3 kali pun tetap telur rebus yang sampai. Hehe…
6 Golongan Yang Perlukan Lebih Protein
Cara Buat Telur Separuh Masak Yang Gebu, Confirm Jadi Punya
Saya tahu ramai je kawan-kawan seangkatan yang tak mahir nak buat telur separuh masak, kan?
Jadi, saya kongsikan cara mudah buat telur separuh masak yang gebu dan cantik kejadiannya.
- Panaskan air di dalam periuk kecil sampai mendidih. Matikan api.
- Ambil 2 biji telur ayam, basuh kulitnya dengan bersih.
- Masukkan 2 biji telur ayam ke dalam periuk berisi air panas tadi. Jangan tutup periuk.
- Set timer kepada 6 atau 7 minit. Boleh set timer guna jam loceng ataupun smartphone.
- Cukup 6 atau 7 minit, keluarkan telur. Masukkan ke dalam bekas berisi air biasa sebentar.
*Nota: Kalau suka kuningnya cair sedikit, buat 6 minit. Kalau nak gebu sedikit, buat 7 minit.
Siap! Bila telur dah suam-suam kuku, bolehlah makan dengan kicap atau lada sulah kegemaran.
Video Cara Buat Telur Separuh Masak 7 Minit Confirm Jadi
Apa? Tak berapa faham juga cara nak buat telur separuh masak nie?
Takpe, jom tengok video 1 minit dari kami nie. Confirm jadi telur separuh masak gebu!
Haa mudah aje kan? Paling penting, resepi telur separuh masak ini confirm jadi punya lah.
Di antara khasiat telur separuh masak ini ialah:
- Menu sarapan sihat. 2 biji sebagai sarapan terbukti boleh kecilkan ukuran pinggang.
- Bantu pembentukan otot. Nutrisi dalam telur separuh masak jadikan otot kuat.
- Bantu turunkan berat badan. Asid amino yang tinggi, bantu kenyang lebih lama.
- Kuatkan daya ingatan. 2 biji telur separuh masak punyai sumber choline yang tinggi.
- Baik untuk mata. Vitamin A dalam telur separuh masak lebih tinggi dari telur rebus.
- Cegah penuaan. Sumber lutein, carotenoid dan zeaxanthin yang bersifat anti-penuaan.
- Cegah Anemia. Sumber B12 yang bantu mengelakkan kekurangan darah (anemia).
Selamat mencuba buat telur separuh masak! Lepas nie bole buat sendiri aje di rumah… 😀
Noriza Rahman says
Dah lama tak buat telur separuh masak ni. Kena upgrade skill lah macam ni.
GenkiMomma says
Bila lama tak buat telur separuh masak nie, memang boleh lupa.. terus ‘upgrade’ jadi telur rebus… 😛