Semua orang benci jerawat. Lebih-lebih lagi bila jerawat tue mati meninggalkan parut. Bukan wanita sahaja yang tak tidur malam kerisauan bila sebiji jerawat timbul, malah, ramai juga kaum adam yang menghubungi kami sebab nak tahu cara hilangkan parut jerawat.
Cara Hilangkan Parut Jerawat
Cegah Jerawat
Paling utama, kalau tak mahu muka ada parut jerawat ialah, jangan bagi jerawat tumbuh langsung! Jadi, jagalah muka sebaik-baiknya dengan,
- Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit.
- Gunakan Toner untuk menutup kembali liang-liang roma yang terbuka luas kesan aktiviti mencuci muka.
- Sapukan pelembap wajah (moisturizer) agar wajah sentiasa lembap, dan mendapat nutrisi secukupnya.
- Elakkan berkongsi span muka (untuk bedak ataupun pelembap) dengan orang lain, terutama yang ada masalah muka berjerawat.
- Banyakkan minum air kosong setiap hari, dan makan makanan berkhasiat dan kaya anti-oksidan.
Tips Hilangkan Parut Jerawat
Namun, ada juga sesetengah pertumbuhan jerawat di luar kawalan kita. Contohnya, yang disebabkan oleh hormon, kekurangan nutrisi, kulit sensitif dan lain-lain. Untuk anda yang selalu diserang jerawat, dan ingin hilangkan parut jerawat, anda boleh,
- Elakkan memicit jerawat. Aktiviti ini akan menyebabkan parut hodoh, dan jika nanah di dalamnya terpercik ke bahagian lain wajah, akan menggalakkan pertumbuhan jerawat yang lebih hebat di tempat lain.
- Sapu Tea Tree Oil ke atas jerawat. Tea Tree Oil dipercayai boleh membunuh bakteria yang menjadi punca jerawat.
- Sapu vitamin kaya anti-oksidan seperti Vitamin-E. Boleh beli krim Vitamin-E, atau anda beli Vitamin-E, tebuk & picit kapsulnya, dan disapu di parut jerawat.
Cara terbaik untuk mengawal pertumbuhan jerawat & menghilangkan parut jerawat ialah melalui rawatan dalaman dan luaran kulit. Rawatan dalaman ialah dengan penjagaan makanan harian. Jika perlu, boleh ambil makanan tambahan yang kaya anti-oksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan B-Complex.
Pertumbuhan melampau jerawat juga dikaitkan dengan kekurangan Zinc. Di Shaklee kami ada Zinc Complex. Dan sekiranya penyebab jerawat anda ialah hormon, boleh amalkan Shaklee GLA Complex untuk menstabilkan horman anda terlebih dahulu.
Jika anda tahu punca jerawat, lebih mudah untuk kita halang pertumbuhan jerawat tersebut.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Nak Order Be Youthful Set (Kolagen & Vitamin C)?
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.