Gaya hidup masa kini, menjadi penyebab ramai orang mudah kena sakit kepala. Dari golongan tua, muda, sehinggakan kanak-kanak sekolah pun ada yang kena sakit kepala kerana tekanan.
Ada orang boleh sembuh sakit kepala dengan tidur sahaja. Ada yang perlu ambil paracetamol, atau actifast untuk hilangkan sakit kepala. Malah, ada yang perlu bergantung dengan ubat tahan sakit (pain killer) seperti ponstan, kerana rawatan biasa sudah lagi tidak lali padanya.
Namun, semua tahu bahawa penggunaan ubat tahan sakit secara berterusan dalam jangkamasa panjang adalah tidak baik untuk kesihatan. Jadi, anda boleh cuba cara hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat, dengan 6 urutan di titik utama ini.
Cara Urut Kepala Dengan Konsep Akutekanan (Acupressure)
Akutekanan (acupressure) ialah sejenis urutan terapi di dalam kaedah rawatan perubatan kaum Cina, yang telah wujud lebih 5,000 tahun dahulu. Malah, keberkesanan acupressure turut disahkan oleh beberapa kajian saintifik.
Secara semulajadi, acupressure adalah satu bentuk akupuntur dan refleksoterapi. Ia tak perlukan pengetahuan perubatan yang khusus. Kaedah yang digunakan hanyalah dengan urutan pada titik tekanan tertentu, dengan menggunakan jari jemari.
6 Titik Utama Untuk Hilangkan Sakit Kepala
(1) Titik Yintang, atau titik mata ketiga. Ia berada di antara kening, yang mana laluan hidung melintasi dahi. Titik Yintang ini bertanggungjawab untuk hilangkan mata letih.
(2) Titik Zan Zhu yang simetri ini terletak di kawasan dalam kening. Urutan di titik Zan Zhu ini juga dapat melegakan hidung berair, dan tingkatkan ketajaman mata.
Urut selama 1 minit dengan menekan, atau gerakan secara membulat.
(3) Titik Yingxiang ini terletak di kedua-dua sisi lubang hidung, yangs elari dengan mata. Untuk cari titik Yingxiang ini, cuba rasa lekuk di bawah tulang pipi.
Urutan di titik Yingxiang bantu membuka sinus (ruang pada tulang di muka, belakang dan atas hidung), mengurangkan sakit kepala, sakit gigi dan melegakan tekanan.
(4) Titik Tian Zhu, terletak di belakang kepala, di bahagian tengah, antara telinga dan permulaan tulang belakang. Urutan di titik Tian Zhu dapat membantu melegakan hidung tersumbat, sakit pada mata dan telinga, sakit kepala yang teruk, termasuk migrain.
(5) Titik Shuai Gu, terletak 2-3cm daripada permulaan garisan rambut. Cuba cari dan rasa lekuk kecil di titik Shuai Gu ini. Urutan di titik Shuai Gu ini dapat melegakan sakit di bahagian tepi kepala, dan mata yang letih.
(6) Titik He Gu ini terletak di belakang tangan, di antara ibu jari dan jari telunjuk. Urutan yang diberikan di bahagian in bantu melegakan sakit belakang, sakit gigi, dan tekanan pada otot leher.
Cubalah hari ini. Semoga dapat hilangkan sakit kepala dengan cepat, tanpa perlu bergantung dengan mana-mana ubat penahan sakit lagi. *Sumber: keluarga.my
Petua Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat
Selain daripada melakukan urutan di 6 titik utama ini, individu yang kerap sakit kepala juga digalakkan untuk sentiasa amalkan gaya hidup sihat. Antaranya ialah:
- Banyakkan minum air kosong.
- Elakkan pengambilan makanan tinggi MSG.
- Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.
- Lakukan senaman ringan.
- Amalkan pemakanan seimbang. Makan pada masanya.
- Elakkan perkara yang menjadi pencetus sakit kepala – tekanan, kopi, teh, coklat, alkohol, merokok (faktor pencetus ini berbeza setiap individu).
- Pengambilan suplemen B-Complex, kalsium dan magnesium untuk menenangkan saraf, serta melancarkan tekanan aliran darah.
Jangan Ambil Remeh Sakit Kepala
Sakit kepala, kalau sekali sekala menjengah, mungkin tiada apa-apa. Sebaliknya, jika terlaku kerap kena sakit kepala, diiringi dengan muntah-muntah, gelap pemandangan dan tak boleh nak imbangkan badan, pasti ada sesuatu yang tidak kena di dalam badan.
Anda boleh cuba amalkan gaya hidup sihat, makan suplemen, buat urutan di 6 titik utama ini, sambil monitor kekerapan serangan sakit kepala dan migraine.
Namun, jika ada simptom yang merisaukan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Tak perlu lagi cari petua hilangkan sakit kepala dengan mudah. Dapatkan rawatan dari yang pakar secepat mungkin, kerana nyawa anda lebih berharga.
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Follow FB Arnie Samsudin untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan yang ohsem.
WhatsApp 017-3030081 untuk order “Set Vitamin Sakit Kepala”.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Ainul says
macam macam cara nak mengurut, kalau urut style labu labi memang jadi king of nyamuk, habis kena tarah kepala macam haji bakhil
GenkiMomma says
Terus hilang sakit kepala nanti, sebab overdose ketawa, haha..
Nur Razali says
Boleh cuba lepas ni 😉
GenkiMomma says
Senang nak apply nie, kalau tengah travel pun boleh urut..
riangria says
petua yng sangat membantu utk hilang sakit kepala..
GenkiMomma says
Petua percuma dan tak perlukan barang, atau ubat, hehe..
Mama Hakim says
Mama suka tips ni. Raeat badan tanpa ubat. Memang terbaik
GenkiMomma says
Tak perlu bergantung dengan ubat yang best tue..
Ibu Zaid says
Bagus ada cara rawatan alternatif ni
.
Ibu nak cuba lah
.
Selalu bila dah tengahari memang mata rasa kabur dan penat hadapa monitor
GenkiMomma says
Boleh apply anytime, anywhere..
titan says
ni main titik yang orang cina mahir nih..
GenkiMomma says
“Teknologi” masyarakat Cina rasanya…
Yana says
oooo.. baca ni baru tahu teknik ni ada spa guna untuk urutan… memang best sangat sampai tertido-tido… betul lepas tu kepala rasa ringan je.. terima kasih kongsi ni nanti boleh cuba “spa sendiri di rumah” 🙂
GenkiMomma says
Spa sendiri di rumah pun syok juga…
Noriza Abdul Rahman says
Kalau dapat urutan kat spa mesti syok kan? Boleh tertidur ni
GenkiMomma says
Kena keluar ongkos kalau ke Spa, yang nie totally free… 😀
Azlin Azlan says
Uwaa. Menarik ni. Boleh bagi encik suami cuba. Thanks.
GenkiMomma says
Cubalah, memang best… 😀
azimah mohd zainuddin says
Boleh cuba sendiri ni kalau-kalau terkena sakit kepala di pejabat