Dah lama nak redeem point CIMB credit card nie, tapi tak tahu cara yang betul. Bila google, kebanyakannya bagi link untuk kita login semula ke portal CIMB Clicks. Masalahnya, point kad kredit CIMB kami tak muncul pun kat dalam CIMB Clicks tue.
Dah godek-godek pun tak keluar. Pernah call Customer Service juga, katanya nanti akan automatik appear. Tapi, tak muncul-muncul juga. Jadi how lah nak redeem point CIMB nie?
Bila tengok statement online, point kredit kad CIMB dah 6 angka. Sayang kalau tak tebus nie. Lagipun tengah plan nak beli kipas berdiri untuk letak di ruangan solat jemaah di rumah. Jadi, kami cuba google lagi cara nak redeem points CIMB nie, sebelum lebih banyak points akan expired.
Alhamdulillah, mungkin kerana niat suci murni nak memakmurkan ruangan solat di rumah (hehe), akhirnya berjaya jumpa cara yang mudah. Yes! Finally!
Cara Redeem Point CIMB Credit Card
Jadi tuan puan, mari kami kongsikan cara paling mudah nak redeem point CIMB credit card anda secara Online. Tak perlu fax bagai. Klik, klik, tunggu je hadiah sampai! 😀
Langkah 1: Pastikan tahu jumlah point kredit kad CIMB terkini.
- Periksa point kad kredit CIMB terkini di dalam penyata kad kredit terkini.
- Atau, periksa point secara online di CIMB Clicks -> Credit Card Statement.
- Atau, kalau tak jumpa juga point CIMB terkini melalui 2 cara sebelum ini, telefon ajelah Customer Service CIMB yang sentiasa sudi membantu di 03-6204 7788.
Langkah 2: Bersedia untuk redeem point CIMB. Yeay!
- Klik pautan CIMB Member Rewards ini.
- Pilih hadiah idaman. Taip kuantiti -> Klik “Add” -> Klik “Redeem”. Kami pilih kipas KDK nie.
- Di page “Terms and Conditions”, klik “Accept”.
- Di page “Your Selection”, isikan maklumat anda -> Klik “Ok”.
- Nombor rujukan akan diberikan selepas “Redemption Completed”.
Dah hantar borang redeem point CIMB tue, tunggu ajelah kelulusan daripada pihak pengurusan. Bila dah lulus dan hadiah dah di hantar, kita akan dapat SMS tracking number hadiah yang sedang dihantar pula. Mudahlah kita nak check status produk.
Jadi, duduk je diam-diam di rumah sampai hadiah tiba di muka pintu. Hehe..
Senang kan cara nie? Tak perlu nak login bagai. Isi, isi, klik, klik, submit!
Kalau tak berjaya juga, terus sahajalah call nombor ini 03-6204 7788 (CIMB Customer Service).
Pengalaman Redeem Point CIMB Credit Card
Secara keseluruhannya memang sangat puas hati, dari awal proses isi borang, sehinggalah tunggu barang sampai. Isi borang online sangat mudah. Tengah-tengah malam pun boleh isi. Approval pun cepat. Penghantaran pun pantas. Tak sampai seminggu barang dah sampai. Alhamdulillah…
Terima kasih, CIMB! Kalau nak beli sendiri, 3 angka jugalah kipas KDK nie. Harga pasaran RM299. Kalau nak beli KDK 16″ Stand Fan murah di Lazada Malaysia pun dah RM249.
Tapi, dapatlah jimat RM50 kan? Banyak tue! Ini 2 model muka happy dapat kipas percuma…
Cuma pesanan kami, berhati-hatilah dalam menggunakan kredit kad. Jangan berbelanja jika diluar kemampuan kita. Kalau boleh, bila bayar guna kredit kad tue cepat-cepat bayar semula sebelum due. Elakkan interest. Target kita guna kredit kad nie hanya untuk memudahkan urusan pembayaran, dan kumpul points sahaja.
Bagaimana points kad kredit CIMB kami boleh sampai 6 angka?
Haa apa lagi, asbab bisnes Shaklee lah. Setiap kali terima bayaran dari customer, kami buat belian dengan kad CIMB nie, dan terus bayar semula on the spot. Jadi, mata ganjaran terkumpul, tiada hutang menggunung. Insya Allah..
Apapun, pastikan kita sememangnya ada duit tunai untuk dibayar semula, sekiranya kita merancang untuk bayar guna kredit kad, ok? Jom bijak berbelanja! 😉
Mommy Blogger,
Follow FB Arnie Samsudin untuk updates dan pelbagai tips ohsem.
Noriza Rahman says
Memang kena bijak berbelanja kan bila guna cc ni
GenkiMomma says
Jadi masalah bila kita berbelanja di luar kemampuan, kann..
Noriza Rahman says
Memang menggali kubur sendiri tu, sebab pernah kena macam tu dulu, teruk juga nak membayar
GenkiMomma says
betu2…
Oja Samid says
kad kredit untuk yang bijak berbelanja. ^_^
GenkiMomma says
Bahaya kalau tersilap langkah kann..
apdm says
selama ni pakai je..tak pernah tahu pun boleh redeem
GenkiMomma says
Bagus tue, boleh kumpul point cc banyak2..
Khairul Zamri says
Untung siapa yang ada kredit kad ni boleh redeem point. Swipe kad kena bijak supaya ada reward balik kat kita
GenkiMomma says
Betul sangat tue!