Mata Ganjaran Drypers? Betul ke boleh redeem point Drypers dan dapat hadiah?
Ehh, seriously tak tau pun beli Drypers boleh tebus mata ganjaran bagai. Kami dah jadi pengguna setia Drypers hampir 10 tahun sejak dari anak pertama lagi. Habis je lampin pakai buang di dalam pek tue, terus buang aje plastik Drypers tue.
Sehinggalah tahun lepas, nampak post seorang ibu yang viral di media sosial kerana dapat tebus hadiah menarik dari Drypers, hanya dengan kumpul dan tebus mata ganjaran Drypers sahaja. Macam mini lappy untuk kanak-kanak. Kalau nak beli sendiri, agak mahal juga lah hadiah tue.
Sejak tue kami mula rajin key in mata ganjaran Drypers secara Online di kelab Drypers Malaysia.
Cara Nak Tebus Mata Ganjaran Drypers
Haaa korang jangan tertinggal kapal macam kami jugak. Meh kami kongsikan cara nak tebus mata ganjaran Drypers step-by-step. Mudah aje…
(1) Daftar keahlian dengan Drypers Malaysia. Mata ganjaran Drypers masih zero lagi.
(2) Cari kod unik Drypers. Kod ini eksklusif setiap pek, tak sama. Cari drypers weight/ size indicator di luar pek. Lokasi kod unik tue betul-betul di belakangnya (belah dalam pek).
(3) Masukkan kod unik Drypers untuk tebus mata ganjaran. Contoh: 7D1E0A5670
(3) Klik ‘Register Code’. Tunggu mata ganjaran Drypers bertambah.
(4) Dah cukup mata ganjaran Drypers yang di target, boleh redeem hadiah di Drypers Point Shop.
Ada banyak pilihan hadiah, kan? Tapi, kena cepat-cepat redeem sebab semua hadiah yang ditawarkan nie ‘sementara stok masih ada’ je. Tengok tue, ada yang dah out of stock…
Macam kami, barang yang kami aim tue dah tiada pula dalam pilihan hadiah. Tue yang masih tak tebus hadiah lagi, walau point terkumpul dah banyak. Harap-harapnya Drypers akan offer hadiah idaman tue semula. Pretty please, hehe…
Owh ya, tak perlu susah payah ke pasaraya kalau stok Drypers di rumah dah habis. Beli sahaja Drypers online dari Lazada. Ada macam-macam jenis tawaran menarik. Kita boleh pilih dan bandingkan tawaran di depan skrin komputer aje.
5 Tips beli Drypers dari Lazada:
Buat perbandingan tawaran di antara setiap pakej Drypers:
- Bandingkan kuantiti kerana walaupun saiz yang sama, kuantiti berlainan.
- Diskaun besar. Biasanya diskaun dari 5% sehingga ke 25%.
- Diskaun tambahan dengan pembayaran guna kad bank tertentu.
- Cari penghantaran percuma.
- Periksa review pengguna. Pastikan kita deal dengan trusted seller.
Contoh gambar di atas. Kedua-duanya saiz XL. Kedua-duanya ada 3 pek. Tapi, yang kiri 50 keping sahaja, manakala yang kanan ada 56 keping + Free Shipping! Mana lagi best?
Memang rambang mata sebenarnya bila browse Lazada nie. Sila kuatkan iman anda, hehe..
Ok, jangan lupa log in ke Drypers shop, dan tebus mata ganjaran Drypers secepat mungkin. Risau nanti terlupa, terus terbuang pula plastik Drypers tue. Melepas peluang nak dapat sekurang-kurangnya Drypers percuma. Sayang tau… 😛
Mommy Blogger,
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai updates terkini dan tips yang ohsem.
Hero Borneo says
dulu pampers..sekarang drypers..ya ketika ada anak kecil dulu memang dulu lampin jenama ini secara selang seli….
GenkiMomma says
Dua2 nie jenama lampin pakai buang yang famous di kalangan rakyat marhaen nie, ekeke… 😀