Terlalu lama menghadap skrin komputer menjadi antara punca mengapa kita mudah menjadi rabun. Tambahan pula, seakan menjadi rutin harian di mana kebanyakan dari kita gemar melihat skrin telefon, skrol dan skrol lagi sambil berbaring sebelum tidur malam.
Adakala kita sengaja menonton televisyen dalam keadaan gelap, nak ambil feel seperti tengok wayang. Kalau boleh nak duduk sedekat yang mungkin dengan TV. Bila baca buku pun kita baca dengan jarak terlalu dekat. Kalau boleh macam nak masuk terus dalam novel, bajet diri seperti heroin Cik Ayu Maisarah dalam drama Tuan Anas Mikael.
Tanpa kita sedar, kesihatan mata kita makin merosot sebelum tiba masanya. Dengan kata lain, usia belum mencecah umur warga emas, tapi penglihatan semakin pudar.
Sebelum kenal CarotoMax Shaklee
Alhamdulillah, sejak dari kecil saya mempunyai kesihatan mata yang baik, dan tidak pernah pakai cermin mata. Adakala teringin juga nak pakai cermin mata, sebab nampak orang yang berkacamata nie sangat cool, smart dan ala educated gitu.
Percaya tak, ada juga beberapa orang sahabat saya yang ‘sengaja merosakkan mata’ mereka semasa kecil dengan membaca buku di dalam gelap sebab nak pakai cermin mata. Memang ‘hajat’ mereka dikabulkan lah. Serius, kisah benar nie!
Pernah juga terfikir nak buat ‘trick’ macam mereka. Namun, cepat-cepat Istighfar bila fikir semula nikmat Allah yang satu ini, iaitu kesihatan mata yang baik, bukan semua orang memilikinya. Malah, kos nak buat cermin mata pun bukan murah, terutama jika mempunyai power yang tinggi.
Bila dah mula bekerja, kebanyakan masa di habiskan di hadapan skrin komputer. Kerjaya sebagai Analyst selama 6 tahun memerlukan fokus yang tinggi terhadap skrin komputer sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Kemudian, di rumah sambung fokus pada skrin smartphone pula. Sedar tak sedar penglihatan semakin rabun.
Kisah Check Power Mata
Ingat lagi masa tue tahun 2012, saya buat pemeriksaan mata di salah sebuah kedai cermin mata di Jusco Balakong. Selesai buat test, terus staf tanya,
“Miss, you memang pakai cermin mata ke?”
“Taklah, tak pernah pakai spec. Kenapa?”
“Ye ke? Tapi power you tinggi tau! Sebelah 150, sebelah lagi hampir 200. You kena pakai spec nie”
Ya Allah, punyalah terkejut. Patutlah dah tak boleh fokus sangat objek yang jauh. Saya terus berlalu pergi sebab terkejut sangat. Suami pun terkejut sama!
Masa tue belum pernah makan CarotoMax Shaklee lagi. Jadi, saya mula makan CarotoMax Shaklee, demi menjaga mata kesayangan. Itu pun culas juga, kadang-kadang makan, kadang-kadang lupa.
Selepas Amalkan CarotoMax Shaklee
Sehinggalah tahun 2015 ini saya mula makan dengan sangat konsisten. Ini kerana saya sudah tak boleh fokus lagi wajah anak-anak di ruang tamu bila saya berada di dapur (tapi kenal lah anak yang mana satu melalui bentuk badan), dah tak boleh baca sarikata atau apa-apa tulisan kecil di TV tanpa mengecilkan mata, dan lebih haru saya tak kenal kawan-kawan dari kejauhan akibat tak boleh fokus wajah siapa tadi.
Setelah beberapa kali tangguh buat pemeriksaan mata, akhirnya baru-baru ini saya sempatkan diri juga untuk buat test mata. Jika perlu buat cermin mata pun saya redha sebab tak mahu kesihatan mata semakin merosot. Lagipun, saya memang kerap menghadap laptop setiap hari, dan selalu juga menghadap smartphone dalam gelap. Memang kesilapan sendiri.
Alhamdulillah, untuk test mata kali ini tiada Power yang lebih 200! Cuma bacaan silau agak tinggi bagi orang yang tidak memakai cermin mata.
Mata Kanan: 125. Silau: 172.
Mata Kiri: 100. Silau: 167.
Kesimpulannya, saya sedikit rabun jauh (low myopia/ shortsightedness) + sedikit silau (low astigmatism). Sebagai panduan bagaimana nak baca data nie, boleh masukkan info data di laman Eye Prescription.
Saya tak simpan result test mata sebelum ini (tahun 2012), jadi tak ingat berapa bacaan silau ketika itu. Namun syukur sangat power mata berkurangan.
CarotoMax Shaklee Suplemen Terbaik Untuk Mata
Alhamdulillah, dengan izin Allah, dan dengan asbab mengamalkan CarotoMax Shaklee sebagai suplemen terbaik untuk kesihatan mata, Power di kedua belah mata saya berkurangan. Cuma sayangnya saya tak simpan results test mata tahun 2012. Kalau tak, boleh dibuat perbandingan ketara.
Ok, apa yang best sangat tentang CarotoMax Shaklee nie?
CarotoMax Shaklee Melindungi Tubuh Dengan Mengukuhkan Integriti Sel
Nikmati tahap perlindungan antioksida yang tinggi dengan Carotomax Shaklee. Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksida daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan dengan mengekstrak karotenoid semula jadi dan menawarkannya dalam pelbagai bentuk yang mudah diambil.
5 Karotenoid Bermanfaat
Purata pengambilan harian karotenoid lutein, likopena dan beta karotena ialah 8mg sahaja. Carotomax Shaklee membekalkan lebih 13mg kebaikan karotenoid semula jadi.
Carotomax Shaklee mengandungi pati ekstrak daripada tomato, mikroalga, minyak sawit, marigold dan lain-lain. Carotomax Shaklee juga menyokong sistem imun yang kuat dan membantu mengekalkan kesihatan mata dan kulit untuk jangka masa yang lebih lama.
Bagaimana nak dapatkan Carotomax Shaklee?
Bukan ahli Shaklee? Anda boleh daftar keahlian di sini, dapat ID sendiri, dan boleh terus akses ke web online untuk beli produk sebagai ahli Shaklee.
Keahlian percuma (FREE membership), dengan pembelian produk Shaklee minima 60uv.
Daftar keahlian & dapatkan Shaklee ID di sini (klik link). Members save up to 20%!
*Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Noriza Rahman says
Carotomax ni memang best, kalau ibubapa yang ada masalah katarak pun elok mencuba sebab memang sangat bagus
GenkiMomma says
Suplemen sebagai salah satu usaha, kan kak nord.. 😀