Assalamu’alaikum, dan hi semua! Terima kasih kerana sudi singgah di GenkiMomma.My.. 😀
Kami pasti, anda sampai ke laman ini kerana anda berminat dengan produk Shaklee, dan ingin nak daftar ahli Shaklee untuk menikmati pelbagai benefits sebagai ahli Shaklee, kan?
Tahniah, anda buat keputusan yang betul dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Kami berbesar hati, dan sangat mengalu-alukan kedatangan anda ke dalam keluarga GenkiMomma kami.
Daftar ahli Shaklee nie bukan setakat untuk buat bisnes aje tau. Untuk makan sendiri je pun sangat berbaloi daftar ahli Shaklee. Mari kami terangkan mengapa anda perlu daftar ahli Shaklee.
(1) Daftar Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri
Sebagai ahli Shaklee berdaftar, anda automatik layak:
- Beli produk Shaklee dengan harga ahli. Jimat sehingga 20% dari retail price.
- Dapat Cash Rebates minima 5% sekiranya pembelian bulanan anda bernilai minima 150 points. Wang tunai akan dimasukkan terus ke dalam bank anda, bukan voucher pembelian produk. Jadi, tiada ‘paksaan’ nak kena beli produk.
- Enjoy pelbagai promosi bulanan.
- Akses ke laman Shaklee Online – beli produk, lihat katalog produk, daftar ahli baru, check points bulanan, check Cash Rebates (jika layak), kemas kini maklumat diri, dan akses pelbagai info produk dan updates dari Shaklee setiap hari.
Haaa menarik sangat kan? Daftar ahli Shaklee sahaja, dan anda dah boleh enjoy kesemua benefits di atas. Mudah sangat. Semuanya di hujung jari anda sahaja!
(2) Peluang Buat Bisnes Shaklee
Biasanya, bila dah makan produk Shaklee, mesti akan ter-jatuh cinta, dan tak boleh ter-miss makan, dan tanpa sedar akan ter-kongsi kebaikan produk kepada sahabat handai dan keluarga. Sedikit demi sedikit kita akan terima order dari mereka, dan mungkin ada yang akan berminat untuk daftar ahli Shaklee juga. Di sinilah bermulanya Bisnes Shaklee secara part-time anda.
Kelebihan sekiranya serius menjalankan bisnes Shaklee, anda bakal dapat benefits berikut jika anda capai target sales & syarat sales yang Shaklee (M) tetapkan.
- Semua kelebihan seperti ahli di atas (rujuk nombor 1).
- Cash Bonus sehingga 5%~21%.
- Bonus Kepimpinan 3%~5%.
- Car Bonus. Shaklee berikan dalam bentuk wang tunai, bukan kereta. Jadi, anda bebas nak pilih kereta idaman, ataupun simpan sahaja untuk saving masa depan.
- Convention & Insentif percutian. Peluang bercuti di dalam dan luar negara, dan mendapat layanan VVIP. Bagi bisnes leaders Muslim, kita ada pilihan untuk tunaikan Umrah setiap tahun.
Anda juga boleh jalankan bisnes Shaklee secara full-time. Bagaikan punyai empayar perniagaan sendiri, kerana andalah yang menentukan jumlah pendapatan (bonus tunai) bulanan anda. Jangan risau, bisnes Shaklee bukan skim piramid. Bisnes Shaklee, bisnes patuh syariah.
Semuanya bermula dari sharing… Bak kata omputih, You sign your own checque!
(3) Berapakah Kos Nak Daftar Ahli Shaklee?
Kami yakin mesti anda dah tak sabar nak tahu cara nak daftar ahli Shaklee, kannn..
Mudah aje tau. Anda ada 2 pilihan iaitu nak daftar ahli Shaklee dengan berbayar ataupun Percuma.
(3-1) Daftar Ahli Shaklee Berbayar
RM35 sahaja. Membership punya expiry date pula sama dengan tarikh lahir. Jadi, senang nak ingat. Pulak tue, jika anda ada beli apa2 produk masa bulan kelahiran anda, automatik renew membership. Jadi, secara teknikalnya, macam bayar RM35 sahaja seumur hidup. Tiada renewal membership fees.
(3-2) Daftar Ahli Shaklee Percuma
Dulu-dulu memang agak tinggi requirement untuk dapat keahlian Shaklee percuma, iaitu 200uv. Bersamaan dengan belian RM600+ ke atas. Kini, dengan belian produk Shaklee 60uv sahaja, anda automatik layak dapat keahlian Shaklee percuma. 60uv sahaja tau. Lebih kurang RM250++ sahaja.
Update 2023: Maaf jika anda jumpa contradict info dalam blog ini tentang keahlian percuma Shaklee. Maklumlah saya dah mula tulis blog ini sejak tahun 2009. Dah macam-macam polisi bertukar, harga produk berubah, dan lain-lain lagi. Jadi, maybe ada artikel lama yang terlepas pandang.
Apapun, in summary, makin murah & mudah lah untuk register Shaklee sekarang.
(4) Wajib Ke Beli Produk Setiap Bulan?
Ok, ada 2 jenis ‘hukum wajib’ di sini, hehe…
Tak wajib, sekiranya anda jadi ahli untuk kegunaan sendiri dan keluarga, anda boleh beli produk yang perlu sahaja, anytime. Tak wajib pun maintain points pada mana-mana bulan.
Wajib, sekiranya anda plan nak start bisnes Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu, dan maintain points tertentu, bergantung kepada target bulanan anda.
Haaa best kan jadi ahli Shaklee nie. Tiada paksaan pun. Jangan risau, jika anda berdaftar ahli dengan kami, WhatsApp sahaja kami anytime jika ada perkara yang anda kurang jelas.
Maaf ya, Shaklee tak berikan produk, atau Vitamin Percuma tauu.. Tapi, kadang-kadang Shaklee suka juga buat surprise, buat promosi daftar ahli & dapat merchandise tertentu.
(5) Bagaimana Nak Daftar Ahli Shaklee?
Mudah sahaja. Anda boleh terus daftar keahlian online di sini (klik).
Selepas daftar, anda akan terus dapat ID Shaklee sendiri. Pastikan nombor telefon dan e-mail yang di daftarkan adalah tepat dan masih valid. Anda boleh terus akses ke laman web online dengan Shaklee ID tersebut, dan boleh mula aktifkan keahlian & beli produk Shaklee dengan harga ahli.
Belian produk kurang daripada 60uv (kurang dari RM250), anda perlu tambah RM35 untuk daftar keahlian Shaklee. Keahlian percuma (Free membership) untuk pembelian produk melebihi 60uv (RM250++).
Follow sahaja info dalam SMS atau e-mail anda. Mudah aje. Welcome to Shaklee family! 😉