Destinasi Percutian Idaman Saya | Melancong merupakan salah satu daripada 3 hobi saya, selain daripada makan dan baca novel. Suka nak tengok tempat orang, budaya orang, dan of course nak cuba makanan tempatan yang pastinya unik. Destinasi percutian luar negara yang saya pernah pergi kesemuanya negara Asia sahaja, Singapore, Thailand, Brunei, Indonesia, dan yang paling jauh pun Jepun.
Destinasi Percutian Idaman Saya
Saya impikan untuk melancong ke negara-negara Eropah. Terbayang keseronokan menyeberang di antara satu negara ke satu negara Eropah yang lain dengan menaiki EuroStar dan lain-lain keretapi tempatan di sana!
Tengok peta Eropah di bawah ini pun dah cukup teruja, kan? 🙂
Teringat pula kenangan cuti musim panas tahun 2001, naik keretapi beramai-ramai dari Tokyo ke Kansai menggunakan tiket “Juhachi Kippu”. Seishun 18 ini membolehkan anda pusing seluruh Jepun, dari Hokkaido sehingga ke Kyushu, dengan harga super duper jimat! Anda boleh gunakan tiket keretapi ini dalam masa 5 hari, atau, anda bahagikan kepada 5 orang. Berbaloi sangat!
Berbalik kepada destinasi percutian idaman, saya suka lihat keindahan alam dan peninggalan sejarah, terutamanya bangunan lama, unik dan penuh seni budaya. Kelainan yang kita tak jumpa di Malaysia. Dan, dalam banyak-banyak tempat cantik di Eropah, salah satu tempat yang wajib dijejaki bersama-sama “cinta hati” saya suatu hari nanti ialah Eiffel Tower, Insya Allah.
Sebelum ini, kami akan merancang setahun sebelum perjalanan untuk bercuti ke mana-mana, sebab perlu menabung secukupnya. Dan, biasanya percutian bajet jugalah. Almaklum, ahli keluarga ramai, jadi kos pun banyak!
Dengan bisnes Shaklee, pengedar yang menepati syarat berpeluang menikmati pelancongan bertaraf 5 bintang di dalam dan luar negara secara PERCUMA, ditanggung sepenuhnya 100% oleh Shaklee. Best!
Alhamdulillah, kami sudah 4 tahun berturut layak mendapat percutian eksklusif Shaklee ini, sejak tahun 2011 lagi. Di antara destinasi percutian di luar negara bersama Shaklee yang pernah kami sertai ialah Umrah & bercuti di Dubai pada tahun 2013, serta Shaklee Global Conference sambil bercuti di Los Angeles & San Francisco baru-baru ini.
Banyak lagi destinasi percutian menarik di dunia ini yang ingin saya jejaki bersama keluarga tersayang. Semoga berkesempatan & dipermudahkan, Insya Allah.
*Cabaran Blogging bersama Mama Olin, Ratu Nutrisi & BestieSheTeen.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Klang, Meru, Bukit Raja dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi genkimomma@gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-303 0081/ 012-218 0781.
auntiekemai says
Iya laa 18 kippu pernah naik ..dari saga sampai yamanashi . mahu pengsan kepenatan haha.but mengumpul pelbagai kenangan manis travel dalam keretapi yang slow mcm siput kekeke.dapat lihat scenery best best. dr atas gunung, tepi laut, dalam bandar etc.
GenkiMomma says
hahaha, memang kepenatan giller! tertido jer dalam train.. tapi jadi seronok sebab travel beramai2 dgn kawan2 kann…
tutyrahiza says
18 kippu tu lah salah satu cara binbou gakusei ryokou satu jepun..takleh lupa beramai-ramai daripada yamanashi ke iwate untuk naik feri ke hokkaido..dahlah kami baru turun fuji-san..sakit otot tak hilang, terus travel lagi..tapii sangat best
GenkiMomma says
kihkih, kalau buat baito pun still dlm kategori “binbou ryokou” jugak… semua pun mahal kat Jepun tueee…
Oja Samid says
wah..18kippu..lama xdengar perkataan tue. :p masa kat nihon kami agak binbou, langsung takdan nak jalan2 mana2. sobs. mudah2an dapat travel tgk dunia lagi someday, insyaAllah.
Bestie sheeted says
kite tak perna pergi holiday luar negara..huargh!!
nur razali says
peta eropah tu mmg mengujakan !
Hasfiza Hassan says
woww..eiffel tower! saya suka sgt dgn structure die. Cool!