Diet Detoks Parasit
Setiap individu mempunyai parasit di dalam badan tanpa kita sedari. Parasit di dalam badan ini datang dari pelbagai sumber seperti daging mentah, air yang tercemar, haiwan peliharaan dan binatang lain. Parasit menyebabkan simptom seperti sistem penghadaman tidak lawas, keletihan, mengidam makanan dan paras gula tidak stabil.
Salah satu cara terbaik untuk bantu badan musnahkan dan nyahkan parasit jahat dari dalam badan ialah dengan mengamalkan diet detoks parasit. Diet detoks parasit ini perlu diamalkan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk beri peluang kepada badan membuang segala jenis parasit dan telur parasit yang menyorok di dalam organ berbeza.
Diet Detoks Parasit Makanan Yang Boleh Dimakan
Diet detoks parasit yang bagus untuk memusnahkan parasit terdiri daripada pemakanan herba serta makanan semulajadi sebenar. Ia juga harus mempunyai tinggi mineral dan nutrien, dan tidak mengandungi sebarang bahan perangsang tiruan.
Berikut ialah senarai makanan dan herba biasa yang kita boleh amalkan ketika membuat diet detoks parasit. *Sumber dari totalcleansedetoxdiet.com
(1) Bawang Putih (garlic)
Bawang putih ialah antiparasit semulajadi. Kandungan Allisin yang tinggi di dalam bawang putih turut menjadikannya sebagai makanan antibiotik semulajadi. Ia sangat membantu melawaskan penghadaman, serta detoksifikasi usus.
*Jika tak mampu telan bawang putih mentah, boleh amalkan Garlic Complex dari Shaklee yang juga kaya dengan Allisin.
(2) Sayuran Hijau
Sayur berdaun hijau mengandungi nutrien yang tinggi dan probiotik yang membantu badan untuk memnyahkan toksin.
(3) Minyak Kelapa
Minyak kelapa mengandungi lebih kurang 50% asid laurik, iaitu sejenis lemak tepu. Selepas dicernakan oleh badan, asid laurik ini akan ditukar menjadi monolaurin yang boleh membunuh parasit, virus, yis dan bakteria jahat di saluran pencernaan dengan sangat efektif.
(4) Cuka Buah Epal (Apple Cider Vinegar)
Cuka buah epal sangat baik untuk meningkatkan paras keasidan perut sebelum kita makan. ACV membantu perut bebas daripada parasit, serta membantu memusnahkan sebarang larva yang kita termakan tanpa sedari.
(5) Betik (Papaya)
Buah betik mempunyai keupayaan yang tinggi untuk memusnahkan cacing seperti cacing pita dan kebanyakan cacing di dalam usus. Untuk meningkatkan potensi betik, buang kulitnya dan rendam betik di dalam cuka buah epal. Makan 8oz buah betik, dan minum 2oz rendaman cuka buah epal tadi selama 4 hari.
(6) Nenas (Pineapple)
Buah nenas mengandungi enzim antiparasit yang dikenali sebagai bromelain. Kajian mendapati bahawa pengambilan nenas selama 3 hari boleh membantu bunuh cacing pita.
(7) Biji Labu (Pumpkin Seeds)
Biji labu biasanya digunakan untuk memusnahkan cacing pita dan cacing bulat. Biji labu ini boleh dicampur di dalam jus, ataupun dikunyah begitu sahaja.
*Biji labu merupakan salah satu daripada bahan utama di dalam NutriFeron.
(8) Lobak, Jus Lobak dan Jus Kranberi (Cranberries)
Lobak, jus lobak dan jus kranberi (tanpa gula) membunuh parasit.
(9) Teh Jintan Manis (Fennel Seed Tea)
Sifat laksatif teh ini tidak disukai oleh sesetengah parasit di dalam badan. Jika perut anda sensitif, minum teh dalam dos kecil dahulu untuk mengetahui kesannya kepada sistem penghadaman anda.
*Fennel Seed terdapat di dalam Herb-Lax dan Peppermint-Ginger Plus Shaklee.
(10) Rempah ratus (Pungent spices)
Rempah seperti cayenne, cili, kunyit, kulit kayu manis (cinnamon), bunga cengkih (cloves) bantu membunuh parasit. Bunga cengkih contohnya, membantu untuk membunuh telur parasit yang dihasilkan setiap hari oleh parasit dewasa. Telur-telur ini boleh kekal lama di dalam badan, jadi sangat penting untuk galakkan telur-telur ini pecah, dan musnahkan ia dengan lebih banyak bunga cengkih.
(11) Probiotik
Makanan yang melalui proses penapaian (fermented foods) seperti tempe dan kimchi kaya dengan probiotik. Boleh juga amalkan suplemen probiotik untuk memelihara bakteria baik, dan sekaligus membunuh bakteria jahat di dalam badan.
(12) Ikan dan Daging organik
Sumber protein berkualiti tinggi ini penting untuk menyokong sistem imun, serta memberi Asid Lemak Perlu yang badan perlukan untuk tenaga.
Diet Detoks Parasit Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan
(1) Gula
Gula ialah makanan kegemaran parasit. Gula juga menghabiskan bekalan vitamin B dan mineral di dalam badan. Jangkitan parasit akan menyebabkan rasa mengidam nak makan karbohidrat dan gula. Dengan mengelakkan makanan bergula, parasit akan kelaparan dan kehabisan tenaga.
(2) Karbohidrat yang ditapis (Refined Carbohydrates)
Elakkan sumber karbohidrat yang telah ditapis seperti kek, roti, biskut, bijirin dan pasta. Kesemua makanan ini menyumbang kepada peningkatan mendadak paras gula dalam darah, yang seterusnya akan menyusahkan fungsi sistem badan yang telahpun dibebankan akibat dari jangkitan parasit.
Gula dan karbohidrat yang ditapis merupakan makanan favourite parasit. Jadi, untuk mengurangkan parasit dari badan kita, fokus diet detoks parasit ialah melemahkan tenaga & menjadikan parasit lapar, tanpa menyebabkan kita kelaparan! 😀
Jika anda ingin mendapatkan suplemen Detoks Parasit Shaklee (Garlic Complex, DTX Complex, Alfalfa Complex, Herb-Lax & NutriFeron) secara online, boleh terus buat belian di LINK INI. Pembayaran dengan Debit Card/ Credit Card. 100% secured oleh Shaklee (M).
Atau, anda boleh terus WhatsApp kami di 017-3030081 / 012-2180781 untuk pertanyaan lanjut.
Jom kita amalkan diet detoks parasit untuk nyahkan parasit jahat dari dalam badan!
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Daftar keahlian Shaklee segera di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Memang best semua makanan ni kan, sebenarnya dari makanan pun kita dah boleh mencari penawar kepada pelbagai penyakit
GenkiMomma says
Mencegah lebih baik dari merawat, gitu… 😀
Kemai says
Warhh tiba tiba terasa semacam di perut.takutt nya????????
GenkiMomma says
Sesuatu yang bergerak2 yea, ekeke… 😀
Hero Borneo says
nenas dan betik merupakan buah yang saya suka tu..
lepas nie lebih galak lagi nak makan sebab dah tahu khasiat yang super hebat
GenkiMomma says
Banyak buah-buahan tempatan yg “superfood” nie, tak perlu susah payah cari buah import…
Hairul Hissam says
bawang putih mmg bagus.. saya selalu gak bykkan bawang putih dlm masakan…
GenkiMomma says
Senang kan, memang ade kat setiap dapur rumah..