Dilema masalah kesuburan suami isteri merupakan isu utama di dalam telefilem Sempurnakah Aku.
Watak utama suami isteri dibawakan oleh pelakon hebat tanah air, Zul Ariffin dan Erra Fazira. Ditambah seri pula dengan watak ibu mertua lakonan Dian P. Ramlee.
Gabungan mantap ini berjaya buat naluri kewanitaan dan keibuaan kita tersentuh. Apatah lagi isu yang diketengahkan agak sensitif, dah kahwin 8 tahun tapi masih belum punyai cahayamata.
Isteri Kau Mandul
Seperti biasa, bila pasangan suami isteri gagal mendapat anak selepas bertahun-tahun berkahwin, ramai yang menyalahkan si isteri sahaja. Tambahan pula si isteri jauh berusia dari suami.
Di hadapan si suami…
“Isteri kau mandul”, “Kau kahwin aje dengan yang lebih muda, boleh cepat dapat anak”
Di hadapan si isteri…
“Kakak kau anak dah masuk 5. Kau bila lagi nak dapat anak? Dah 8 tahun kahwin, tak beranak lagi. Jangan dok jaga badan sangat, nanti suami cari lain”.
Cliche! Menyampah! Kasar sungguh bunyinya…
Tapi itulah ayat yang selalu diulang oleh geng makcik bawang, kan.
Masalahnya, confirm ke kalau masih tak mengandung tue, sebab isteri yang mandul?
Memang kaum wanita sahaja ke yang ada masalah kesuburan dalam dunia nie?
Kenali 3 Tanda Kesuburan Wanita, Tak Perlu Kira Kalendar Kitaran Haid
Suami, Isteri dan Tahap Kesuburan
Sebaiknya, jika masih belum dikurniakan cahayamata selepas beberapa tahun berkahwin, cepat-cepatlah berjumpa pakar untuk dapatkan rawatan selanjutnya.
Tak perlu ikut mana-mana petua di internet yang belum tentu kesahihannya.
Suami dan isteri, dua-dua ada peranan penting untuk mendapatkan zuriat. Isteri mengandungkan anak selama 9 bulan. Tapi sebelum itu, benih yang baik, sihat dan berkualiti dari suami juga penting supaya proses persenyawaan dan penempelan di uterus berjalan dengan lancar.
7 Faktor Mengurangkan Tahap Kesuburan Lelaki
Tak adil jika si isteri sahaja yang berusaha jaga makan, bersenam, makan vitamin dan jumpa doktor pakar, walhal si suami tiada usaha langsung. Profesion sebagai health instructor tak menjamin si suami sihat dan subur. Ada banyak faktor tanpa disedari boleh kurangkan tahap kesuburan.
Cepat anda dapatkan rawatan dari pakar, lebih cepatlah masalah tahap kesuburan yang rendah ini dapat dirawati. Insya Allah, peluang anda untuk mendapatkan zuriat juga lebih cerah.
Berdoa sahaja tanpa usaha pun tak boleh juga. Kita doa, usaha dan tawakkal.
Tahniah kepada team produksi yang hasilkan telefilem ‘Sempurnakah Aku’ ini. Jalan ceritanya nampak simple, tapi beri impak besar dan penuh dengan pengajaran. Super duper Like!
Khasiat Zinc Untuk Tingkatkan Kesihatan Sistem Reproduksi