Eczema Baby Bukan Ruam Biasa | Kali pertama melihat baby Dhira, saya ingat bintik-bintik kecil di wajahnya itu adalah ruam biasa, maklumlah bayi baru sahaja dilahirkan. Cuma pelik sebab tak pernah lagi anak kami ada simptom begitu, semua lahir dengan kulit licin halus mulus. Biasanya mereka naik ruam selepas pulang ke rumah. Tanya pada nurse pagi sebelum discharge, katanya itu Toxicum.
Erythema Toxicum – a common newborn rash. It looks like red blotches with ill-defined borders that are slightly raised, and may have a small white or yellow dot in the center. Its cause is unknown, and it resolves without treatment after a few days or weeks.
Hati sedikit lega. Pulang ke rumah saya banyakkan pembacaan tentang Toxicum. Rata-rata mengatakan ianya tidak berbahaya dan akan hilang sedikit masa lagi.
Eczema Baby Bukan Ruam Biasa
Namun, sepanjang 30 hari berpantang, ruam ini tidak surut. Tenggelam timbul di satu tempat, ke satu tempat yang lain di muka dan pelipat. Apabila bawa ke Paed untuk baby check up 1 bulan, Paed sahkan Dhira nie Eczema Baby!
Inilah di antara kawasan anggota badan yang selalunya diserang Eczema…
Ruam di pipi tak semuanya ruam susu, ya! Laju aje orang nak kondem susu ibu, mahupun menyalahkan si ibu yang kononnya tak bersihkan bayi dengan baik setiap kali lepas disusukan.
Eczema baby Dhira nie on-off flare up, pakej sekali dengan kulit kering di tangan dan betis. Paling teruk di kedua-dua belah pipi. Separa teruk di pelipat siku kiri, dan juga di lutut kiri. Yang saya perasan, eczema baby Dhira akan flare-up apabila suasana terlalu panas sehingga menyebabkan dia berpeluh, atau terlalu sejuk sehingga membuatkan kulitnya kering, dan apabila saya menukar krim Eczema baru. Semestinya steroid-free eczema cream sahaja!
Ini baby Dhira semasa berusia 4 bulan. Cuba lihat kedua belah pipinya. Ruam ke Eczema? 🙂
Setelah 6 bulan eczema baby Dhira langsung tiada tanda-tanda pengurangan, kami buat appointment Allergy Test dengan Paed Dr. Koshy di DEMC, untuk kenal pasti punca Eczema baby Dhira. Memang check up baby setiap bulan di DEMC pun dengan Dr. Koshy nie. Alhamdulillah, bila dah tahu punca alahan, sangat membantu kami untuk handle eczema baby Dhira setiap hari.
Alahan setiap baby tidak sama. Jangan sekadar dengar cakap-cakap orang, atau pantang sebarangan kerana ntah-ntah yang kita pantang kan itu tak memberi masalah pun kepada baby. Sebaliknya, benda yang kita pandang remeh tue mungkin sebenarnya yang bikin eczema baby kita tambah parah.
Jadi, berhati-hati jika anda menerima sebarang nasihat ubat atau cadangan suplemen dari orang lain, terutama daripada orang yang tidak pernah ada eczema, atau tak pernah handle baby eczema.
Saya pasti ramai ibu bapa yang tercari-cari apakah rawatan terbaik untuk eczema baby. Nantikan lebih banyak perkongsian tentang tips penjagaan eczema baby Dhira dalam entry yang lain, Insya Allah…
Adakah anda mempunyai baby eczema seperti kami? 🙂
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Klang, Meru, Bukit Raja dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi genkimomma@gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-303 0081/ 012-218 0781.
ReeN says
Good info! Kena tahu juga cara penjagaan bayi eczema ni walaupun anak-anak saya tak pernah ada eczema. Thank you for sharing!
GenkiMomma says
Thanks Reen… 🙂
Noriza Rahman says
Festime tengok anak sedara kena eczema memang kesian la..kalau panas atau kering mula la menggaru
GenkiMomma says
Yup kak, hanya ibu yang pernah handle baby Eczema sahaja yang tahu “cabaran” nak bela anak Eczema nie. Seriously, bukan mudah… 🙂
Ummi Erna says
Bagusnya sharing ni. Erna pun nak tahu juga..
GenkiMomma says
Semoga sharing ini dapat membantu Erna & ibu2 di luar sana, Insya Allah.. 🙂
kulit says
makasih buat infonya sangat membantu saya
azimah mohd zainuddin says
Semoga baby eczema baby Dhria akan semakin berkurangan. Ibu baby Dhira pun chaiyok berusaha untuk cari penawar terbaik baby.