Krisis Pemulihan, atau lebih dikenali sebagai Healing Crisis merupakan antara salah satu sebab ramai yang takut untuk mencuba sesuatu suplemen. Mereka lebih takut dengan “krisis sementara” berbanding dengan kesan baik jangka panjang!
Apakah Healing Crisis ini?
Setiap kali badan kita cuba membaik pulih dirinya, krisis permulihan akan berlaku. Di antara proses membaik pulih secara efektif termasuklah nyahtoksin (detoxify), memperbaiki (repair) dan membina semula (regenerate). Krisis pemulihan ini melibatkan setiap sistem di dalam badan, yang bergerak dengan harmoni untuk membuang sisa kumuhan melalui sistem perkumuhan, seterusnya menyediakan tubuh untuk proses memperbaiki dan membina semula.
Sisa kumuhan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kumpulan utama:
(1) Toksin degil (stubborn toxin residues) yang telah terbentuk bertahun-tahun dan disimpan di dalam sel/ tisu badan.
(2) Toksin bakteria (Endotoxins) yang dilepaskan oleh bakteria ketika bakteria-bakteria ini mati (dibunuh) semasa proses nyahtoksin/ krisi pemulihan.
Dengan kata ringkasnya, krisis pemulihan ialah reaksi semulajadi (sistem imun) badan terhadap toksin-toksin yang dilepaskan ke dalam aliran darah LEBIH CEPAT berbanding kemampuan tubuh untuk mengeluarkan toksin-toksin ini dari dalam badan!
Proses nyahtoksin (detoxify) tubuh juga terbahagi kepada 2 tugas utama:
(1) Menghapuskan sisa buangan dan toksin.
(2) Melindungi tubuh daripada mikrob dan toksik kimia yang berbahaya.
Di antara tanda-tanda krisis pemulihan ialah:
(1) Sakit kepala
(2) Letih lesu
(3) Sakit otot
(4) Rasa gelisah
(5) Perubahan emosi
(6) Gatal dan alahan kulit
Ada juga yang mengalami kesan lebih hebat seperti:
(7) Cirit-birit
(8) Cramps
(9) Loya
(10) Demam/ Seakan-akan selesema (flu)
(11) Jerawat di muka dan badan
(12) Tekanan darah rendah
Apapun yang and alami, ketahuilah bahawa kesihatan anda bukanlah semakin buruk, malah tubuh anda sebenarnya sedang berusaha untuk menjadi semakin baik! Sedikit demi sedikit anda akan merasakan bahawa tubuh anda menjadi semakin normal. Namun, anda perlu bersabar untuk mengharungi fasa pemulihan ini yang berbeza di antara setiap individu.
PERINGATAN:
Sekiranya anda mengalami krisi pemulihan yang serius seperti masalah pernafasan, sakit melampau di bahagaian dada/ tekak, bengkak/ benjol yang luar biasa, dan apa jua tanda-tanda yang luar biasa, segeralah dapatkan bantuan kecemasan!
Bagaimana untuk menghadapi krisis pemulihan ini?
(1) Perbanyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan untuk pastikan badan sentiasa terhidrat. Sebaik-baiknya untuk minum 2-3L air sehari.
Tips: 1 L air kosong untuk setiap 25kg berat badan anda!
(2) Berehat, jemurkan diri (udara pagi yang terbaik!), dan lakukan senaman ringkas.
(3) Jika kesan krisis pemulihan ini tidak begitu berat, benarkanlah krisis permulihan ini untuk terus berlaku. Kesan ini biasanya berlangsung selama beberapa hari, atau mungkin berminggu – bergantung kepada tubuh individu. Jadi, jangan menyerah kalah terlalu awal!
Anda akan rasa sangat berpuas hati selepas krisis pemulihan ini tamat, dan kesabaran anda itu sangat-sangat berbaloi!
(4) Kasihanilah diri (jiwa & tubuh) anda! Sekurang-kurangnya, di dalam tempoh pemulihan ini, janganlah sumbatkan lebih banyak toksin ke dalam badan anda! Cara paling mudah ialah cuba hentikan pengambilan makanan dan minuman yang diproses, yang perlukan berjam-jam untuk dihadamkan, atau yang tinggi kandungan gulanya.
Shaklee ada healing crisis tak?
Pembetulan!!! Sepatutnya anda tanya,
“Pengambilan vitamin nie ada healing crisis tak?”
Hakikatnya, tak kiralah jenama suplemen apa yang anda ambil, sekiranya itu adalah kali pertama, dan sekiranya telah banyak toksin yang terkumpul di dalam badan anda, pastinya anda akan melalui healing crisis, samaada ringan ataupun berat. Kesannya akan “lebih hebat” sekiranya anda mengambil vitamin sintetik, dan gaya hidup anda sebelum inipun tidak begitu sihat.
Walaubagaimanapun, untuk mengurangkan healing crisis, terutama bagi mereka yang kali pertama mencuba suplemen/ vitamin semulajadi dari Shaklee, digalakkan mencuci usus mereka terlebih dahulu agar penyingkiran toksik dapat dilakukan dengan lebih mudah.
Bagaimana?
Disarankan pengambilan Shaklee Herb-lax sebelum memulakan apa jua program kesihatan.
Ada sesetengah kes, healing crisisnya sangat teruk. Ini kerana tubuh badan mereka mengandungi banyak toksin dan ianya perlu disingkirkan agar sel dalam tubuh kita dapat menyerap semua vitamin dengan mudah dan lancar. Namun, kerana mereka yakin Shaklee bukanlah ubat tetapi sekadar supplement untuk membantu sel badan hidup sihat dan dapat membina antibodi sendiri, maka mereka akan terus mengambil suplemen ini untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Pengalaman GenkiMomma.
Pengalaman saya sendiri, ketika pertama kali mengambil vitamin semulajadi Shaklee pada awal tahun 2008, Alhamdulillah, saya TIDAK mengalami krisis pemulihan ini.
Suplemen Shaklee pertama saya tatkala itu ialah ESP, B-Complex dan Vitamin-C. Saya hanya pastikan cukup pengambilan air kosong setiap hari (2L di ofis, dan selebihnya di rumah), dan pada hari ke-3 pengambilan suplemen, rakan sekerja dah boleh melihat perubahan pada kulit wajah – lebih berseri-seri berbanding sebelum pengambilan vitamin. Alhamdulillah. Tambahan pula, suplemen dari Shaklee berasaskan bahan semulajadi, dan lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan.
Walaubagaimanapun, sekali lagi saya ingatkan bahawa kesan krisis pemulihan ini adalah BERBEZA BAGI INDIVIDU. Tiada krisis pemulihan pada diri saya TIDAK MENJAMIN yang anda juga tidak akan mengalaminya.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Pertanyaan?
Hubungi kami di genkimomma[@]gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-3030081 (Arnie) untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook GenkiMomma.com untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini dari kami!