Anda ada masalah kulit kering dan sensitif? Kulit mudah meradang dan mengelupas?
Kulit bermasalah tak boleh pakai losyen sebarangan tau. Wajib cari dari sumber semulajadi, kaya nutrien dan bebas bahan terlarang. Paling penting, cari krim pelembap kulit yang betul-betul sesuai.
Mari kami kongsikan satu produk penjagaan kulit yang superb untuk masalah kulit anda.
Four Cow Farm Family Range
Produk Penjagaan Kulit Four Cow Farm merupakan bisnes keluarga, yang bermula kerana ingin hasilkan krim dan balm bayi berkualiti tinggi, dengan menggunakan hanya bahan semulajadi.
Dari produk khusus untuk bayi ekzema, rangkaian produk buatan tangan tradisional Four Cow Farm ini telah berkembang untuk kegunaan seisi keluarga juga.
Ada 4 produk di dalam Four Cow Farm Family Range, iaitu:
- Traditional Castile Hair & Body Wash, dan
- Gotu Kola & Calendula Rich Cream Salve.
- Tea Tree Remedy
- Calendula Remedy
Review Tea Tree Remedy dan Calendula kami dah pernah kongsikan di entri sebelum ini.
Jadi, untuk entri kali ini, kami akan kongsikan 2 lagi produk di dalam Four Cow Farm Family Range – Traditional Castile Hair & Body Wash dan Gotu Kola & Calendula Rich Cream Salve.
Traditional Castile Hair & Body Wash
Traditional Castile Hair & Body Wash dihasilkan daripada 100% extra virgin cold-pressed Olive Oil sahaja, tanpa tiada minyak lain, memberikan kelembutan tiada tandingan, ketulenan dan kualiti tinggi.
Kaya dengan anti-oksidan, di infus lembut dengan Organic Roman Chamomile, menjadikan ia terbaik untuk menenangkan dan melindungi kulit sensitif.
Mandian unik ini dihasilkan dengan tangan selama berhari-hari, menggunakan teknik tradisional, bebas daripada pewangi dan pewarna tiruan, serta tanpa agen berbuih.
Terbaik untuk kegunaan seisi keluarga, daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa. Bukan sahaja sebagai mandian badan, malah boleh dijadikan pencuci muka dan syampu rambut. Sangat lembut, sehingga tak perlu guna perapi lagi jika dijadikan sebagai syampu rambut.
Sesuai untuk kulit sensitif, rambut kering, kulit kepala kering dan bahagian badan yang sensitif dengan bahan kimia. Boleh digunakan untuk kulit yang ada gegata (alahan), eczema dan psoriasis.
Gotu Kola & Calendula Rich Cream Salve
Gotu Kola dan Calendula terkenal selama berabad lamanya untuk melindungi dan menguatkan kulit sensitif yang mudah terdedah dengan keradangan dan kegatalan.
Herba-herba yang kaya ini di infus dengan tangan, di dalam extra virgin cold-pressed Olive Oil yang terbaik, diperkaya pula dengan Chamomile Recutita yang mempunyai emolien dan bahan perlindungan, menjadikan krim ini remedi terbaik untuk kulit kering, sensitif dan mudah meradang.
Gabungan Pure Olive Squalance dan Natural Vitamin E (non-GMO) menjadikan krim ini kaya dengan bahan-bahan yang menyuburkan kulit, di mana antara khasiatnya ialah mengekalkan kelembapan kulit, mengembalikan kelembutan serta keanjalan kulit.
Four Cow Farm’s Mother’s All-Natural Range Untuk Ibu Hamil
Review Four Cow Farm Family Range
Excellent! Kebetulan masa mula menggunakan mandian dan krim ini, kedua-dua belah tangan sedang kering teruk dan ada radang eczema (contact dermatitis). Penyelamat sungguh!
Mandiannya sangat best. Tidak berbuih. Selepas mandi, badan akan terasa lembap sahaja, seolah-olah ada satu lapisan minyak ringan menyelaputi badan.
Bagi orang yang mempunyai kulit kering, selepas mandi dengan mandian biasa, kulit pasti akan menjadi ekstra kering. Terutama tapak tangan, berkedut bagaikan kulit orang tua.
Dengan Traditional Castile Hair & Body Wash ini, kulit kekal lembap. Tak berkedut langsung!
Kemudian sapu Rich Cream Salve di tapak tangan. Seriously, krim ini super duper best!
Pengalaman sendiri, tapak tangan terus jadi lembut dan lembap selepas 1 minit sapuan sahaja. Boleh tengok dalam video di atas ini. Ada gambar tangan sebelum dan selepas sapu rich cream salve.
Ini review jujur kami selepas 2 minggu menggunakan Family Range dari Four Cow Farm.
Jika anda ada masalah kulit kering mengelupas, sensitif, termasuklah kulit yang ada masalah alahan, gegata atau eczema, cubalah Family Range ini. Beli online terus di www.fourcowfarm.com.my, atau dari mana-mana authorized dealers mereka. Serius berbaloi!
Melembapkan dengan cepat, sehinggakan kulit kering teruk boleh jadi lembut dan lembap serta-merta. Food grade tau, jadi tak perlu risau kalau termasuk ke dalam mulut… Cubalah! 😉
Produk Penjagaan Bayi Four Cow Farm untuk Anak Eczema & Kulit Sensitif
Disclaimer: Sama seperti penggunaan apa jua produk baru buat kali pertama, sila lakukan patch test dahulu ketika kali pertama gunakan produk Four Cow Farm yang organik ini.
Arnie
Empunya kulit tangan kering dan contact dermatitis.
Noriza Rahman says
Kena buat tabungni sebab anak kedua dia memang ada ekzema sikit. sensitif sangat kulit dia