9 bulan mengandungkan si comel, kulit ibu hamil pastinya mengalami perubahan yang besar demi menyediakan ruang yang selesa untuk bayi sepanjang berada di dalam kandungan.
Ibu hamil tak boleh lari dari perubahan hormon. Kulit menjadi lebih sensitif kerana nak melindungi diri ibu serta kandungan. Dengan kata lain, kulit lebih mudah terdedah kepada jerawat dan eczema.
Perubahan hormon ini juga akan menyebabkan tompok dan garisan hitam, serta timbunan urat (spider veins). Nasib baiklah ia sementara sahaja. Phew!
Panduan Penjagaan Kulit Buat Ibu Hamil
Sepanjang kehamilan, bukan setakat apa yang ibu makan dan minum, malah, apa yang ibu sapu pada kulit, kuku, rambut dan anggota badan lain akan turut sampai kepada bayi juga.
Ada banyak bahan merbahaya yang digunakan dalam pembuatan produk penjagaan kulit. Bahan-bahan terlarang ini beri kesan buruk kepada ibu hamil dan bayi.
Jika tak mampu nak hafal kesemua namanya, sekurang-kurangnya ingat yang berikut:
- Rawatan jerawat yang mengandungi Vitamin A.
- Pewarna kulit yang mengandungi Ammonia.
- Pengilat kuku yang mengandungi toluene, formaldehyde dan DBP.
- Krim pemutih kulit yang mengandungi asid salisilik, BHA atau hydroquinone.
- Pewangi sintetik yang mengandungi phthalates – sejenis bahan kimia yang kini di bawah pengawasan kerana kesannya terhadap tumbesaran kanak-kanak.
- Bahan pengawet (parabens, benzyl alcohol, methylchloroisothiazolinone atau phenoxyethanol).
- Bahan pencuci yang kuat (cocamidopropyl betaine atau sulfat).
- Bahan berasaskan petroleum (minyak mineral dan propylene glycol) boleh beri kesan buruk kepada kulit ibu hamil yang sensitif.
Kesemua bahan ini boleh beri efek yang serius kepada ibu hamil dan bayi di dalam kandungan. Jadi, elakkan penggunaan bahan-bahan ini, dan carilah produk penjagaan kulit yang mesra ibu hamil.
Review Four Cow Farm Family Range Untuk Kulit Kering Sensitif
Four Cow Farm’s Mother’s All-Natural Range
Berita baiknya, set penjagaan kulit Four Cow Farm, Mother’s All-Natural Range dihasilkan daripada sumber semulajadi, dan langsung tidak mengandungi bahan-bahan terlarang di atas.
Set ini lengkap dengan mandian badan dan rambut, krim serta minyak.
Mother’s All Natural Castile Hair & Body Wash
A handmade 100% extra virgin cold-pressed olive oil wash, infused with organic pomegranate extract, with no preservatives or fragrances. Perfect for gently soothing stressed hair and skin.
Mandian Castile Hair & Body Wash ini sangat baik untuk ibu dan bakal ibu, terutama sekali untuk kulit yang sedang mengalami tekanan, ketegangan dan kerengsaan. Formulasi istimewa ini bertindak lembut, melindungi dan menyuburkan seluruh rambut, muka dan badan.
Mother’s All Natural Daily Rich Cream Salve
A nourishing trio of extra virgin cold-pressed organic rose hip, camellia and olive oils. Excellent as an all-natural daily salve for stressed, stretching or tired skin on the face or body.
Krim harian Daily Rich Cream Salve ini sangat mewah dengan gabungan bahan organik seperti Rosehip, Camellia dan minyak zaitun. Krim ini menenangkan seluruh badan, terutama bahagian kulit yang letih, tegang, tertekan, serta perlukan kelembapan tinggi dan lebih perlindungan.
Mother’s All Natural Intensive Restorative Oil
A rich and luxurious oil booster serum made with extra virgin cold-pressed organic rosehip and camellia oils fortified with olive squalane and natural vitamin E. Best used with Mother’s Salve.
Intensive Restorative Oil ini pula sangat mewah dengan gabungan bahan organik seperti Rosehip dan minyak Camellia, serta diperkuatkan dengan Olive Squalene dan Vitamin E.
Minyak ini, seperti namanya, khusus untuk pemulihan intensif bahagian kulit yang letih, tegang, tertekan, serta perlukan kelembapan tinggi dan lebih perlindungan.
Review Produk Mother’s All-Natural Range
Sebagai seorang yang mempunyai kulit sensitif dan eczema, saya tidak boleh menggunakan sebarang mandian, terutama yang mengandungi anti-bakteria (a big NO untuk penghidap eczema). Kulit akan terus rasa kering, tegang dan panas. Paling jelas ialah kedutan di tapak tangan.
Adakala kulit menjadi terlalu kering sehingga merekah dan kulit menggelupas. Saya bergantung dengan pelembap kulit sejak dari kecil sehingga sekarang. Pelembap kulit yang berkualiti, sapu sekali tahan berjam-jam. Pelembap yang biasa-biasa, kena sapu berkali-kali setiap jam.
Jadi, apabila berpeluang untuk mencuba set Mother’s All-Natural Range ini, happy sangat!
Selepas mandi dengan Castile Hair & Body Wash, kulit kekal rasa lembap, bagaikan ada satu lapisan minyak nipis yang membaluti kulit. Mandiannya tidak berbuih. Dah lap badan pun masih rasa kulit badan sejuk dan lembap. Tak perlu cepat-cepat sapu pelembap pun ok.
Kemudian, oles pula Mother’s All-Natural Daily Rich Cream Salve. Double happiness!
Kulit terus rasa lembut bagaikan dibelai. Kelembapannya boleh tahan lama. Lepas basuh tangan pun, tangan tak terus kering. Masih ada saki-baki rasa lembut tue. Daily Rich Cream Salve nie sememangnya pelembap berkualiti, sapu sekali tahan berjam-jam.
Dan, sebagai ibu yang pernah hamil dan melahirkan, sudah pastinya ada banyak tempat yang stress dan stretch. Untuk kawasan kulit sebegini, saya sapukan Intensive Restorative Oil. Minyak ini boleh digunakan sebagai alternatif kepada krim atau losyen. Atau, sapu sahaja kepada sapuan krim dan losyen sedia ada, sebagai intensive booster.
Cara Dapatkan Mother’s All-Natural Range
Dengan kata lain, set Mother’s All-Natural ini sangat sesuai untuk membelai kulit bakal ibu yang sedang mengalami fasa sensitif perubahan hormon selama 9 bulan, seterusnya memulihara kesuburan kulit ibu selepas bayi dilahirkan (dengan penggunaan berterusan).
Kesemua Mother’s All-Natural Range berasakan bahan premium dan semulajadi, tidak mengandungi pengawet tiruan, bahan kimia merbahaya, serta bebas wangian. Jadi, ia selamat untuk bayi.
Set penjagaan kulit khusus untuk para ibu dan bakal ibu, Mother’s All-Natural Range ini boleh dibeli terus secara online di laman Four Cow Farm Malaysia: fourcowfarm.com.my.
Sangat sesuai dijadikan sebagai set hadiah kepada bakal ibu juga. Perfect! 😉
Produk Penjagaan Bayi Four Cow Farm Untuk Anak Kulit Sensitif