Fresh Laundry Powder Sabun Basuh Baju Bayi Terbaik
Dahulu, setiap kali membeli barang keperluan bayi sebelum bersalin, sabun basuh baju khas untuk bayi wajib masuk di dalam senarai keperluan bayi. Ibu-ibu pun mesti masukkan dalam senarai shopping juga kan?
Maklumlah kulit bayi baru lahir masih halus, gebu, suci murni, tak mahulah kita rosakkan dengan bahan kimia yang melekat di pakaian. Namun, lama juga lah termenung depan sabun basuh baju bayi tue sebab nak bandingkan harga dan kuantiti (berat) di antara jenama berlainan. Maklumlah, boleh tahan mahal juga kebanyakan sabun basuh baju khas untuk bayi nie.
Sehinggalah saya bertemu dengan sabun basuh baju Fresh Laundry Concentrate. Rasa macam terus hilang semua masalah pening kepala nak memilih jenama sabun basuh baju bayi terbaik. 😀
Apa Kelebihan Fresh Laundry Powder Sebagai Sabun Basuh Baju Bayi?
Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit, punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Di antara bahan perengsa yang selalu digunakan ialah Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate yang disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.
Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma atau sesak nafas.
Kulit yang kerap bersentuhan dengan bahan berbahaya ini pula akan menjadi kering dan gatal, serta menjadi alahan dan ruam. Kita tak mahulah bahan sebegini meresap ke dalam tubuh anak kesayangan, yang kita ternanti-nanti kehadirannya.
Sabun basuh baju Fresh Laundry Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini, mahupun bahan berbahaya yang lain. Kelebihan Fresh Laundry Concentrate:
(1) Fresh Laundry Concentrate Selamat
- Hipoalergenik.
- Tanpa klorin.
- Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh.
- Tiada bahan kimia berbahaya.
(2) Fresh Laundry Concentrate Berkesan
- Berkepekatan tinggi.
- Hanya 1 oz (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana.
- Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk.
- Mengekalkan warna pakaian yang putih, menjadikan pakaian berwarna lebih berseri.
(3) Fresh Laundry Concentrate Mesra Alam
- Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan.
- Surfaktan mudah biorosot.
- Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa.
- Bungkusan yang boleh dikitar semula.
- Tanpa bahan pewarna.
- Selamat untuk sistem septik dan pembetungan.
Jom lihat sendiri Residue Test yang dijalankan ke atas sabun basuh baju Fresh Laundry Concentrate, bersama dengan 2 lagi sabun jenama X yang lain.
Jelas ternyata sabun basuh baju Fresh Laundry Concentrate mempunyai kurang filler berbanding sabun jenama lain, serta mengandungi cleansing power yang tinggi.
Sabun beginilah yang kita mahukan dalam penggunaan harian, terutama sekali sebagai sabun basuh baju bayi kita! Setuju kan, ibu-ibu semua?
Rumusan enzim semula jadi di dalam sabun basuh baju bayi Fresh Laundry Concentrate bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Dengan kata lain, kita boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.
Jadi, jom bertukar ke Get Clean Fresh Laundry Powder, sabun basuh baju mesra alam ini! 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Daftar keahlian Shaklee segera di “Join Now“.
Oja Samid says
yang kulit super duper sensitif n ada history penyakit asthma, resdung, eczema n yg sewaktu dengannya, patut consider bertukar pada sabun pencuci yg selamat. `detox` satu rumah gitu.. 😉
Noriza Rahman says
Kena ambik kisah semua barang rumah especially yang kita gunakan setiap hari kan…