Sebelum ini, kami tak pernah dengar tentang penyakit Bell’s Palsy. Sehinggalah terbaca perkongsian seorang ibu, yang diserang penyakit Bell’s Palsy seminggu selepas melahirkan anak keempatnya.
Barulah tahu bahawa Bell’s Palsy ialah penyakit lumpuh sebelah muka, tapi bukan strok.
Namun, biasanya jaranglah orang sebut penyakit Bell’s Palsy. Ada yang panggil penyakit muka senget. Ada pula panggil penyakit mulut senget.
Apa juga panggilannya, sakit Bell’s Palsy ialah penyakit kelumpuhan muka yang tidak diketahui puncanya, sehingga menjejaskan keupayaan saraf untuk mengawal otot muka.
Penyakit Bell’s Palsy Menyerang Ibu Lepas Bersalin Sahaja?
Banyak kisah yang kami dengar, penyakit Bell’s Palsy ini menyerang ibu-ibu selepas bersalin. Setakat ini, baru ada seorang sahaja customer remaja yang hubungi kami bertanyakan penyakit yang sama. Beliau bukan ibu baru lepas bersalin, tetapi pelajar berusia 14 tahun.
Buat kami terfikir, adakah Bell’s Palsy ini menyerang ibu lepas bersalin sahaja?
Melalui pembacaan, penyakit Bell’s Palsy ini biasanya menyerang kepada:
- Ibu yang sedang hamil, terutama di trimester ketiga.
- Ibu baru lepas bersalin, terutama seminggu selepas melahirkan bayi.
- Individu yang sakit diabetes, dan penyakit pernafasan seperti influenza dan demam.
Dengan kata lain, bukan ibu lepas bersalin sahaja yang berisiko diserang penyakit Bell’s Palsy. Malah, semua wanita dan lelaki mempunyai risiko yang sama.
Beberapa orang ternama, lelaki dan wanita, juga pernah diserang penyakit Bell’s Palsy.
Some famous people diagnosed with Bell’s palsy are Pierce Brosnan, Sylvester Stallone, Katie Holmes, Ralph Nader, and George Clooney. Bell’s palsy is characterized by paralysis to one side of a person’s face. -Reference.com
Kisah Ibu Lepas Bersalin Lumpuh Sebelah Muka Akibat Bell’s Palsy
Kebetulan pada masa yang sama, ada sahabat yang baru lepas bersalin juga diserang penyakit Bell’s Palsy. Sahabat ini pun sama, baru sahaja melahirkan bayi, dan tiba-tiba mukanya lumpuh sebelah.
Jadi, berpandukan perkongsian kisah ibu anak empat menghadapi penyakit Bell’s Palsy, kami kongsikan penyelesaian yang sama kepada sahabat kami. Alhamdulillah, dalam masa seminggu sahaja otot wajahnya dah beransur normal, sedikit demi sedikit.
Baru-baru ini pula, seorang lagi sahabat kami diserang penyakit Bell’s Palsy. Selepas mendapat cuti sakit dan ubat hospital, beliau menghubungi kami untuk mencuba Vivix sebagai rawatan alternatif. Beliau juga tambah B-Complex kerana seminggu sebelum disahkan kena Bell’s Palsy, dah mula sakit saraf di belakang tengkuk katanya.
Ini feedback beliau selepas seminggu amalkan Vivix dan B-Complex:
“Alhamdulillah beransur baik dah, tapi saraf tue masih belum betul-betul kuat. Nampak kesan positif lepas ambil Vivix + B-complex tue. Susu badan pun Alhamdulillah pekat. Kejap je dah nak habis Vivix tue..
Baru lepas bersalin, umur baby sekarang dah 9 bulan. Sebelah muka dah boleh rasa. Makan pun dah rasa selesa kat lidah..”, -Puan H.
Tergerak hati untuk bertanya samaada beliau baru lepas bersalin juga kah?
Rupa-rupanya, bayi beliau baru berusi 9 bulan. Macam baru lepas bersalin jugalah. Kiranya, puan H ini ialah kenalan kami yang ke-3 terkena serangan penyakit Bell’s Palsy selepas bersalin.
Hati-hati ibu semua. Ada pelbagai kemungkinan komplikasi kepada kita selepas bersalin.
Suplemen Untuk Sokongan Nutrisi Penyakit Bell’s Palsy
Suplemen ini bukanlah ubat yang bertujuan untuk merawat penyakit Bell’s Palsy, atau mana-mana penyakit lain. Peranan suplemen hanyalah untuk menyokong kesihatan badan dengan mencukupkan keperluan nutrisi badan.
Kami sentiasa menggalakkan customer untuk mendapatkan rawatan doktor dahulu, dan bukan bergantung kepada suplemen 100%.
Di antara suplemen untuk menyokong kesihatan ibu lepas bersalin yang diserang Bell’s Palsy ialah:
- Vivix, suplemen tinggi antioksidan dan kaya khasiat Resveratrol.
- B-Complex sebagai penenang saraf,
- Minyak ikan OmegaGuard untuk mengurangkan bengkak pada saraf.
Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen ini, boleh terus buat belian secara online melalui laman eSell di sini (klik). Pembayaran secara kad debit atau kad kredit sahaja. Selepas pembayaran, produk akan di hantar terus ke pintu rumah anda. Jangan risau, 100% selamat.
Boleh lihat panduan beli vitamin online melalui eSell di sini sebelum membuat belian.
Kepentingan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin
Ramai ingat sakit paling mencabar bagi seorang ibu ialah ketika saat melahirkan bayi sahaja. Sebenarnya, penjagaan ibu selepas bersalin pun tak kurang pentingnya.
Selain dari sakit angin meroyan, bentan dan tekanan (depression), penyakit Bell’s Palsy juga termasuk di dalam risiko penyakit selepas bersalin. Malah jika rahim tak mengecut dengan baik selepas melahirkan bayi pun boleh mengundang pelbagai penyakit kepada si ibu.
Apa yang boleh kita buat ialah berikan bantuan dan sokongan sepenuhnya kepada ibu-ibu selepas bersalin. Pastikan ibu-ibu dapat rehat yang mencukupi, penjagaan kesihatan yang baik, serta nutrisi secukupnya untuk membantu baikpulih kesihatan dalaman si ibu.
Dapatkan rawatan doktor segera sekiranya ada tanda-tanda penyakit yang mencurigakan.
Nak Order Vivix? WhatsApp ke 017-3030081
Follow FB Arnie Samsudin untuk direct PM atau pertanyaan lanjut.
Oja Samid says
beberapa tahun lepas adik laki kami (umur awal 20-an) kena Bell`s Palsy nie. tue lah first time dengar. ambik masa juga nak pulih, n kena buat fisioterapi secara berkala..
GenkiMomma says
Tak sangka lelaki pun kena Bell’s Palsy juga rupanya. Ingatkan penyakit nie serang wanita aje, sebab kebanyakkan yang kena macam ibu lepas bersalin je..