Ibu Menyusu Tak Datang Haid, Normal kah? | Selepas melahirkan bayi, dan bersih dari darah nifas, tidak semua ibu-ibu yang kitaran haidnya akan terus normal. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu formula, biasanya tiada masalah tak datang haid. Haid (period) akan datang dalam masa terdekat dan akan lebih mudah stabil.
Ibu Menyusu Tak Datang Haid, Normal kah?
Namun, berbeza bagi ibu menyusu. Tiada satu waktu yang khusus untuk kita anggarkan bila kitaran haid ibu menyusu akan stabil, terutama bagi ibu yang menyusu secara eksklusif (susu ibu sahaja tanpa bantuan cecair lain seperti air kosong ataupun susu formula) 6 bulan pertama, dan seterusnya penyusuan penuh sehingga 2 tahun. Ini kerana hormon prolaktin (hormon penyusuan) yang tinggi!
Ada yang mula didatangi haid selepas beberapa minggu, beberapa bulan, dan ada juga selepas setahun. Ada yang mula period apabila bayi mula makan, ataupun tidur lebih lama di waktu malam. Malah, ada sesetengahnya yang hanya didatangi period selepas bayi telah berhenti menyusu sepenuhnya (completely wean). Maka, ibu menyusu tak datang haid ini boleh dikategorikan sebagai normal!
Apabila mula didatangi haid, ada juga kemungkinan yang kitaran haid akan menjadi tidak stabil sepanjang tempoh penyusuan. Ia bukanlah pelik jika anda didatangi haid dalam jangkamasa (kiraan hari) yang singkat atau lebih lama berbanding biasa. Malah, ia juga bukanlah perkara luar biasa jika anda didatangi haid sekali, kemudian tak datang haid berbulan-bulan sehingga haid seterusnya. Semuanya normal bagi ibu menyusu!
Punca Tak Datang Period?
Bilakah waktu haid yang pertama akan hadir kepada ibu yang menyusu selepas melahirkan bayi adalah bergantung kepada beberapa perkara, antaranya:
(1) kekerapan menyusu bayi secara terus dari payudara.
(2) kekerapan bayi disusukan menggunakan botol susu (susu perahan).
(3) samaada bayi ada gunakan puting (pacifier).
(4) berapa lama bayi tidur di waktu malam.
(5) samaada bayi sudah mula mengambil makanan pejal.
(6) tindak balas hormon dalaman si ibu – di antara hormon kewanitaan (estrogen) dan hormon penyusuan (hormon prolaktin), di mana keduanya ini berlawanan. Bila satu hormon tinggi, satu hormon lagi adalah sebaliknya.
Pendek kata, bila-bila masa stimulasi kepada payudara berkurangan (kekerapan penyusuan berkurangan) terutama di waktu malam, besar kemungkinan haid akan datang di dalam masa terdekat!
Apapun jangan risau. Apabila didatangi haid bukanlah bermakna anda harus menghentikan penyusuan. Malah, susu ibu juga tidaklah berubah rasa menjadi masam atau tidak baik. Malah, kandungan nutrisi di dalam susu ibu adalah sama sahaja samaada si ibu sedang didatangi haid ataupun tidak.
*Sumber: Menstruation and Breastfeeding
Susu Ibu Merudum Ketika Period?
Mungkin akan ada yang mendapati penghasilan susu berkurangan untuk beberapa hari pertama period. Ini adalah disebabkan perubahan hormon, dan kandungan kalsium di dalam darah yang berkurangan. Biasanya ibu menyusu digalakkan untuk mengambil suplemen kalsium-magnesium untuk mengatasi masalah ini.
Some women experience a drop in milk supply from ovulation (mid-cycle) until the first day or two of the next menstrual period. A woman’s blood calcium levels gradually decrease during this period of time, and for some women the drop in blood calcium causes a drop in milk supply.
For women who have this problem, calcium-magnesium supplements may be helpful. This practice has also been reported to eliminate most uterine cramping and some premenstrual discomfort such as water retention. –KellyMom.com
Di Shaklee kami mempunyai produk kalsium-magnesium yang dipanggil Shaklee OsteMatrix. 4 biji OsteMatrix membekalkan 1,000mg kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusu. Setelah haid tamat, penghasilan susu badan si ibu akan kembali seperti biasa.
Testimoni Ibu Menyusu Tak Datang Haid
Jadi, jika anda sedang menyusu dan risau kerana masih tak datang haid setelah sekian lama, anda boleh mencuba Shaklee GLA Complex untuk menstabilkan kitaran haid anda.
Berikut merupakan testimoni salah seorang ibu menyusu yang tak datang haid. Selepas mengamalkan GLA Complex dengan konsisten, ibu ini didatangi haid, selepas 17 bulan menyusukan anak:
“Semenjak lahirkan anak pada bulan November 2011 saya tak datang period sampai sekarang lebih 17 bulan walaupun anak tidak fully breastfeed… saya try consume GLA Complex dengan tujuan untuk betulkan hormone. Amazingly hari ketiga consume keluar keputihan yang banyak, dan hari kelima darah period saya keluar. Alhamdulillah, saya bertambah cinta dengan Shaklee..”, -Puan A.
Alhamdulillah.. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat, ditambah pula dengan suplemen GLA Complex, Insya Allah boleh membantu kitaran haid kita menjadi lebih stabil. Jika ibu sudah didatangi haid, dan mendapati susunya merudum ketika nak period, cepat-cepat dapatkan suplemen kalsium-magnesium, (contohnya, Shaklee OsteMatrix). Tiada lagi cramp waktu period! Insya Allah…
Anda nak cuba Set Kesihatan Wanita (OmegaGuard, GLA Complex & OsteMatrix)?
1) YA, saya nak cuba, dan ingin beli sekarang! (KLIK SINI). Sila buka dengan browser Mozilla Firefox, ataupun Mozilla Chrome sahaja.
2) YA, saya nak cuba, tapi saya nak tanya lebih lanjut. SMS/ WhatsApp ke 017-3030081 (Arnie), ataupun e-mail terus ke genkimomma@gmail.com
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi genkimomma@gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-303 0081/ 012-218 0781.
NURUL AZIYANA says
sy pun dlm kategori ni..sbb exclusively breastfeed masa ank 1st.. tpi lepas mkn jamu haid keluar
GenkiMomma says
saya pun! paling lama setahun 3 bulan… 😛
Noriza Rahman says
Memang ternyata masuk dalam kategori hormon prolaktin yang banyak.:-P
GenkiMomma says
akak kategori “hormon prolaktin terlebih2 luar biasa”, ekeke… 😛
Noriza Rahman says
Huhu, tapi tak best sangat bila tak datang haid, macam tak lengkap jadi seorang wanita..kekeke
Hero Borneo says
info yang penting untuk para ibu..
GenkiMomma says
yup, para ibu wajib tahu nie… 🙂
Hero Borneo says
golongan ayah bonus kalau tahu..ye tak?
Noriza Rahman says
Memang terlampau sungguh hormon ni..pengalaman indah ni..puasa pun penuh ja..anak pun menyusu sampai cukup tahun..syukur
Amal says
Good info. Saya share link di blog saya ya. Tq 🙂
GenkiMomma says
Welcome, Amal! 🙂
Zai MR says
Jika tidak tahu info mengenai hal ini ibu2 mesti akan panik sebab setahun kot tak periodkan..silap2 ada baby dalam perut..hihi
GenkiMomma says
confirm panik sangat! 😛
Jazilah Ilyas says
Saya setahun stgh x dtg period anak yg sblm ni. Fully bf sampai 2y 3m. Pas dah dtg period stabilkan ngan GLa dan alfalfa 🙂
Skrg baby 8 bulan hny skali period. Tu pun lps cucuk depo awl2 dulu
GenkiMomma says
GLA dan Alfalfa tue memang bestfriend ibu-ibu! 😀
Rara says
Hmm korang nk tnye nii .. waktu ank sy umo 9bulan sy first dtg period.. lame jgk laa dlm 8 hari pastu bulan ni dh lewat 15 hari.. ank sy fully bf.. hmm sy pun tgh risau sesangt ni yela sbab ank kecik lagi dahtu asyik nk mlekat je 24 jam dngan sy.. hmm preg kee klau mcm tuu.. nk beli pregnancy test takot plk nktau result tuu..
GenkiMomma says
‘Lebih afdhal’ jika puan Rara beli pregnancy test, hehe..