Alah, stress betul bila jerawat batu tiba-tiba muncul kat muka nie. Dah lah saiz nya agak besar, menyakitkan, siap ada mata putih, timbul kat bahagian dagu pula tue.
Nak cover dengan tudung pun tak boleh. Jauh sebatu orang dah nampak.
Tambah stress bila jerawat batu di dagu nie decide nak muncul betul-betul pada hari penting dan bersejarah. Contohnya, hari nak gathering dengan kawan-kawan lama, hari graduasi, hari nak pergi jemputan kahwin, dan apa-apa hari lah yang melibatkan acara ambil gambar.
Tidakkkkk… Tak cantik lah gambar nanti…!
Setiap Hari Cuci Muka, Tapi…
Setiap hari kita akan mencuci muka tanpa gagal, tapi, jerawat batu tetap juga nak muncul di bahagian dagu. Masalahnya, kenapa jerawat nie mesti nak muncul di dagu? Kenapa bukan bahagian lain?
Jika anda termasuk dalam golongan yang ada masalah jerawat di bahagian dagu, dan seperti tak ada penyelesaian untuk masalah ini, berhentilah mencuba pelbagai ubat jerawat yang kononnya berkesan.
Sebaliknya, jom kita tengok punca dan penyebab jerawat tumbuh di dagu.
Jerawat di Dagu Sebab Hormon
Jerawat di dagu biasanya terjadi pada wanita berusia 25 tahun ke atas. Suspek utama – hormon!
Kita boleh bezakan jerawat di dagu ini disebabkan hormon berdasarkan jenis keradangannya.
- Biasanya berbentuk seperti benjolan merah yang agak besar dan menyakitkan.
- Ada bintik putih pada benjolan jerawat. Tapi, bintik itu tak pecah di permukaan jerawat.
Biasanya kita panggil jerawat sebegini (benjol merah, berbintik putih) sebagai jerawat batu.
Secara semulajadinya, memang ada pengaliran minyak sihat ke permukaan kulit untuk mengawal kelembapan kulit. Namun, bila dah terlalu banyak minyak, lebihan minyak ini akan bergabung dengan kotoran di permukaan kulit, yang menyebabkan liang pori tersumbat – punca jerawat.
4 Faktor Yang Menyebabkan Jerawat Batu di Dagu
Ada 4 faktor yang boleh menggangu kestabilan hormon, sekaligus penyebab jerawat di dagu:
(1) Tekanan (stress) – Peningkatan kortisol, keradangan yang disebabkan oleh stress hormone, boleh menyebabkan kepada penghasilan minyak berlebihan dan kemunculan jerawat.
(2) Haid – 2 minggu sebelum period, badan akan menghasilkan lebih hormon estrogen dan progesteron untuk menyediakan rahim sekiranya berlakunya proses persenyawaan.
Peningkatan kedua-dua hormon estrogen dan progesteron akan merangsang kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih sebum, sekaligus menjadi punca jerawat.
(3) Tak Cukup Tidur – Mengikut kajian, risiko tekanan psikologi meningkat 14% dengan setiap 1 jam waktu tidur yang dikurangkan pada waktu malam. Ini mengganggu struktur dan fungsi kulit.
Selain daripada itu, kurang tidur akan meningkatkan rintangan insulin. Kerintangan insulin akan meningkatkan glukosa ata gula di dalam darah, yang menjadi punca utama jerawat.
(4) Pil Perancang – Hormon-hormon yang ada dalam kombinasi pil perancang keluarga boleh memerangi jerawat kerana ia mengurangkan peredaran androgen, yang akan mengurangkan penghasilan sebum.
Namun, bila anda hentikan pengambilan pil perancang ini, kesemua hormon yang kurang sebelum ini akan kembali beraksi, dan menyebabkan pengeluaran sebum yang terlalu banyak.
Cara Atasi Masalah Jerawat Batu
Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pembersih muka yang lembut, untuk menyingkirkan semua lebihan minyak dari muka kita.
Gunakan pencuci muka yang boleh menyingkirkan sel-sel mati dari permukaan kulit, serta menghapuskan lebihan minyak, tanpa mengganggu keseimbangan pH kulit.
Cubalah tips atasi jerawat batu ini. Namun, jika masalah jerawat batu masih berterusan, segeralah berjumpa dengan pakar dermatologi untuk rawatan lanjut.
Diet Untuk Jerawat Batu
Elakkan makanan penyebab keradangan seperti produk tenusu, makanan diproses, gula dan minyak sayur Omega-6, kerana ia menyumbang kepada keradangan dan usus yang tidak sihat.
Selain penjagaan luaran, cuba gantikan makanan penyebab keradangan kepada diet berikut:
(1) Makanan kaya Beta Carotene – Buah dan sayuran berwarna kuning-kejinggaan seperti lobak merah, aprikot, tomato, strawberi dan mangga, mempunyai kandungan Beta Carotene yang tinggi.
Beta Carotene merupakan kumpulan vitamin A, yang boleh didapati dalam diet harian. Apabila diperlukan, badan kita akan tukar Beta Carotene ini kepada Retinol, yang akan bantu menyeimbangkan paras kolagen dalam sel kulit, dan menggalakkan pertumbuhan sel sihat.
(2) Asid Lemak Omega-3 – Ikan salmon, atau suplemen minyak ikan Omega-3.
Asid lemak Omega-3 sangat penting kerana ia menyeimbangkan hormon di dalam badan, mengurangkan keradangan (anti-inflammation), menstabilkan paras gula dalam darah, mengelakkan pembekuan darah, menenangkan pembuluh darah dan menjadikan sel kita sihat & berdaya tahan.
Omega-3 juga boleh menstabilkan paras Omega-6 (penyebab keradangan) di dalam badan. Jadi, pengambilan Omega-3 boleh bantu mengurangkan keradangan – benjolan jerawat batu.
(3) Sayuran berdaun hijau – Bayam, brokoli dan kale.
Sayuran hijau ini kaya dengan klorofil, yang boleh membantu membersihkan bakteria dan toksin daripada sistem pencernaan dan juga pengaliran darah.
(4) Makanan kaya dengan Zink – Kerang, ayam, biji bunga matahari, biji labu, dan kekacang.
Zink membunuh bakteria penyebab jerawat, mengurangkan keradangan bila bertindakbalas dengan bakteria, antioksidan yang kuat, dan melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar.
Vitamin Untuk Kecutkan Jerawat Batu
Jika anda mencari vitamin sebagai sokongan kepada diet untuk mengurangkan masalah jerawat batu di atas, kami ada cadangan untuk anda:
- Beta Carotene: CarotoMax (5 jenis karotenoid termasuk Beta Carotene & Zeaxanthin) [RM77.50]
- Asid Lemak Omega-3: OmegaGuard (minyak ikan Omega-3) [RM136.25]
- Sayuran berdaun hijau: Alfalfa Complex (raja segala tumbuhan) [RM57.50]
Selain dari pengambilan vitamin untuk penjagaan dalaman, kami juga mencadangkan pencuci muka Youth Luminous Gel Oil Cleanser [RM193.75]. Pencuci muka dari rangkaian YOUTH ini best sangat!
Berasaskan gel oil, langsung tiada buih bila muka di cuci. Selepas di bilas pula, muka kekal rasa lembap dan tidak berasa kering atau efek kulit tegang seperti pencuci muka biasa. Vital repair dan Exfoliating Green Algae Complex, bantu hapuskan sel-sel kulit mati dari kulit dengan bersih.
Berminat? >>> Klik link ini sekarang untuk beli “Set Vitamin & Cleanser Jerawat Batu”
Jika ada bajet lebih, boleh ambil terus set penjagaan muka YOUTH Skincare.
Ramai dah mencuba set penjagaan muka YOUTH ini dan sangat berpuas hati dengan hasilnya. Kulit muka yang dulunya kusam, jerawat, jeragat, parut hitam, lubang berkawah dek kesan jerawat, kini makin cantik selepas mengamalkan YOUTH skincare dengan konsisten.
Berminat nak order vitamin Shaklee? WhatsApp aje nombor yang tertera di bawah ini ya.. 😀
WhatsApp kami di 017-3030081 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.