Bila keluar outing bersama keluarga, kerap berselisih dengan adik-adik remaja terutamanya student yang mempunyai masalah jerawat di muka.
Kalau yang berjerawat tue student lelaki, kakak tak kisah sangat adik. Biasanya student lelaki nie kurang amil kisah pun dengan jerawat di muka mereka. Yang penting penampilan diri sendiri kemas, nampak macho dan hensem. Hehe.. Tapi, ini adik-adik student perempuan.
Kasihan sangat tengok kulit wajah masih muda, tapi sel kulit rosak teruk akibat dipenuhi jerawat. Ada muka yang berbiji-biji jerawat merah, ada yang siap berwarna putih seperti ada nanah di dalamnya, tak kurang juga dengan muka berlubang akibat kesan parut jerawat.
Pengalaman Jerawat Di Muka Punca Student Hilang Keyakinan Diri
Dulu kakak pun ada masalah jerawat di muka yang teruk, terutama di kedua-dua belah pipi. Puncanya, masa tue baru lepas habis SPM. Konon-konon dah rasa dewasa, jadi cuba satu produk kecantikan muka mampu milik. Beli kat Watson ke Guardian, lupa.
Nampak set penjagaan kulit ini macam fokus untuk student lah. Sebaliknya, mimpi ngeri kakak bermula. Jerawat naik berlumba-lumba di kedua-dua belah pipi sampai tak terkawal. Segala jenis pencuci muka dan pelembap muka kakak cuba. Yang murah-murah ajelah, ikut bajet student kan.
Lepas tue, kalau baca surat khabar atau majalah, pantang aje nampak iklan krim jerawat.
Confirm pergi beli dan cuba. Setiap hari sebelum tidur malam, muka bertepek-tepek warna putih dengan krim jerawat. Punyalah nak jaga kulit kan. Pun, tak baik juga.
Sedih sangat rasa, sampai hilang keyakinan diri juga lah nak jumpa kawan-kawan. Masa tue style pakai tudung ala bawal. Jadi, kakak akan tarik kain di kedua-dua belah pipi supaya dapat cover sebahagian besar jerawat tue. Tudung kulup pun tak kisah dah… 😛
Punca Jerawat di Muka Kebanyakkan Student dan Remaja
Bukanlah nak kata student aje yang ada jerawat nie. Orang dewasa pun ada juga jerawat di muka. Namun, kebiasaannya nya jerawat nie mula tumbuh mekar di kalangan remaja dan student universiti.
Antara punca jerawat tumbuh di muka student dan remaja ialah:
- Sebum minyak yang aktif, hingga menyebabkan liang pori tersumbat.
- Hormon tidak stabil. Perubahan hormon terutama ketika nak period.
- Stress. ‘Penyakit sejagat’ di kalangan student nie. Mana tak tertekan bila ada banyak assignment dan due date assignment nak kena kejar kan.
- Penjagaan muka yang kurang efektif. Silap cara membersihkan kulit sehingga merosakkan sel kulit, dan menggalakkan pembiakan bakteria.
- Penggunaan produk kecantikan yang merosakkan kulit. Ada yang terlalu obses nak putih, sampai tak kisah guna produk murahan dan tinggi kimia.
Ini sebahagian sahaja daripada penyebab masalah jerawat di muka yang teruk di kalangan student. Jujurnya, kakak sendiri pun pernah rasai kelima-lima sebab nie.
Cuba tengok, mana satu yang berkait dengan keadaan diri kita sekarang?
Ada yang boleh dielakkan, ada yang nak taknak kita terpaksa harung juga sebagai seorang pelajar, kan. Inilah sebab mengapa jerawat banyak menyerang remaja.
Cadangan Penjagaan Jerawat di Muka Untuk Student
Nasihat kakak, sementara kita masih belajar dan bergantung dengan duit belanja yang terhad nie, elak habiskan duit membeli produk kecantikan dan penjagaan kulit yang belum tentu selamat.
Cari sahaja produk pembersih muka yang lembut untuk kulit, serta pelembap kulit yang terbukti selamat untuk kulit. Jangan beli sembarangan.
Banyakkan pengambilan nutrisi yang baik daripada makanan harian. Vitamin C dari buah oren contohnya, penting untuk bantu penyembuhan kulit rosak dari dalam badan, kuatkan antibodi badan melawan jangkitan bakteria pada kulit, dan sekaligus menjadikan kulit lebih cerah dan cantik.
Paling utama, tak perlulah obses nak putih adik-adik sekalian. Sayang kulit yang halus mulus, jadi rosak macam terkena hakisan. Konsisten Vitamin C je pun kulit boleh cerah tau.
Haaa mudah sahaja kan. Jaga kulit wajah kita baik-baik tau. Sekali dah rosak, banyak kos yang diperlukan untuk baikpulih kan kulit wajah semula.
Alhamdulillah, selepas hampir 5 tahun juga berperang dengan jerawat di pipi muka, akhirnya jumpa jalan penyelesaiannya. Nanti kakak share di lain entri, ya..
Pernah pakai tudung penuh muka sebab nak cover jerawat,
Follow Fb Arnie Samsudin untuk pelbagai tips ohsem dan updates terkini.
Oja Samid says
Memang masalah sejagat nie..hihi
GenkiMomma says
Kannn kesian tengok adik-adik muda mudi nie kulit muka dah rosak sebab jerawat dan produk kecantikan yang membahayakan tue…