Selama ini, barangan kitar semula kita kumpulkan dan hantar ke mana-mana pusat kitar semula secara percuma. Tak dapat bayaran pun ok, yang penting dapat hantar barangan tersebut ke tempat sepatutnya, dan sedikit sebanyak dapat bantu pulihara alam sekitar.
Nak tahu, kita boleh dapat wang tunai bila jual barangan kitar semula kepada Alam Flora?
Jual Minyak Masak Terpakai Kepada Alam Flora
Kebiasaannya, ramai yang alirkan minyak masak terpakai ke dalam lubang sinki dapur.
Bagi yang duduk di rumah teres, ada yang ‘rajin sedikit’ untuk keluar rumah dan buang minyak masak terpakai terus ke dalam saluran longkang.
Hakikatnya, mana-mana cara pun mencemarkan sistem saliran dan alam sekitar.
Pembuangan minyak masak dalam sistem saliran awam menyebabkan pembiakan bakteria anaerobik yang mewujudkan bau busuk semasa cuaca panas dan kering, sekaligus menyebabkan longkang tersumbat. Bagi yang buang ke sinki, sampai satu ketika sinki anda pula akan tersumbat.
Cara terbaik ialah simpan semula minyak masak terpakai dan jual kepada Alam Flora untuk dikitar semula, sekaligus boleh dapat wang tunai. Harga terkini minyak masak terpakai ialah RM1.10 / kg.
Harga Jualan Barang Kitar Semula
Berikut ialah senarai harga barangan kitar semula oleh Alam Flora:
Harga barangan kitar semula mengikut pasaran semasa dan tidak tetap.
- Suratkhabar
- Majalah
- Kertas hitam putih
- Kotak
- Kertas campur
- Aluminium
- Tin
- Plastik
- Tetrapak
- Sisa minyak masak
- CPU
- Monitor
- Notebook
- Server
- Pencetak
- Televisyen
Hubungi Alam Flora untuk ketahui senarai harga barangan kitar semula terkini.
Senarai Pusat Pembelian Barangan Kitar Semula
Pusat pembelian barangan kitar semula Alam Flora terletak di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur. Senarai penuh seperti berikut:
Jalan Lorong Bunus 6, Kuala Lumpur
Lokasi: Berhadapan Plaza City One
Waktu operasi: Isnin, Rabu dan Sabtu (11.00am – 4.00pm)
BBC Presint 9, Putrajaya
Lokasi: Berdekatan stesen minyak Petronas Presint 9
Waktu operasi: 8.30am – 5.30pm (setiap hari)
BBC Presint 8, Putrajaya
Lokasi rujukan: Dewan Serbaguna Presint 8
Waktu operasi: 8.30am – 5.30pm (Sabtu dan Ahad)
BBC Presint 11, Putrajaya
Lokasi rujukan: Dewan Serbaguna Presint 11
Waktu operasi: 8.30am – 5.30pm (Sabtu)
BBC Presint 14, Putrajaya
Lokasi: Depot bas Presint 14, berhadapan pusat komersial Presint 15
Waktu operasi: 8.30am – 5.30pm (Ahad)
BBC Presint 16, Putrajaya
Lokasi rujukan: Kawasan pasar Presint 16
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Sabtu)
BBC Presint 18, Putrajaya
Lokasi rujukan: 1 Malaysia Futsal
Waktu operasi: 8.30am – 5.30pm (Ahad)
Cyberjaya Recycling Centre
Lokasi rujukan: Park & Ride Cyberjaya
Waktu operasi: 9.30am – 4.30pm (Isnin, Rabu dan Jumaat)
Tutup pada cuti umum.
Mobile Recycling Centres Presint 16
Lokasi rujukan: Apartment Presint 16
Waktu operasi: 9am – 12pm (Sabtu)
Presint 11A1/1
Lokasi: Kawasan perumahan
Waktu operasi: 2pm – 5pm (Sabtu)
Ikuti Facebook Alam Flora untuk info terkini & maklumat lanjut.
Jom kitar semula. Sayangi alam sekitar kita. Reduce, Reuse, Recycle!