Baru-baru ini kami berpeluang hadiri kelas penulisan blog bersama sifu blogger terkenal, Tuan Eizil Denaihati. Kelas blog inilah yang buat ibu paksa anak-anak bersiap awal pagi Sabtu lepas. Hehe..
Hasil kerjasama dari anak-anak, kami sampai tepat pada masanya.
Menariknya, di Shaklee HQ Sunway Pinnacle ini ada sediakan satu bilik sebagai taman permainan mini untuk kanak-kanak. Jadi, ibu ayah boleh fokus di dalam kelas blog Tuan Eizil. Manakala anak-anak bergembira bermain bersama teman-teman di taman permainan.
Kelas Penulisan Blog Bersama Tuan Eizil
Alhamdulillah syukur sangat diberi kesempatan untuk menyertai kelas penulisan blog dengan Tuan Eizil. Banyak sangat ilmu baru yang kami pelajari pada hari ini, walaupun dah lama menulis blog.
Cara penyampaian Tuan Eizil yang santai, buatkan semua peserta mudah faham. Selepas kelas, saya minta feedback daripada semua anak buah yang hadir. Alhamdulillah, semua puas hati. Yang baru bertatih di dalam blog pun cakap, “Ok sangat kelas tue!”
Terkesima bila Tuan Eizil tanya, “Siapa yang dah mula menulis blog, tapi belum dapat hasilnya?“, dan ada yang angkat tangan. Blog beliau dah berusia 2 tahun pun.
Jelas kan, semua orang boleh menulis blog. Namun, tanpa ilmu pemasaran blog yang betul, kita mungkin akan tersalah jalan. Walaupun kita usaha sama gigih seperti orang lain, tapi hasilnya tidak sama, kerana kita hanya ulang proses kesilapan yang sama.
Sebab itulah, tak rugi pun kita sertai lebih banyak majlis ilmu. Cuma, wajib pastikan hadiri kelas dengan sifu yang berkaliber. Silap pilih kelas, takut makin terpesong. Hehe..
GenkiMomma dan Shaklee
Sebenarnya, tahun 2016 ini masuk tahun ke-7 kami di dalam bisnes Shaklee. Dengan kata lain, dah 7 tahun jugalah usia blog genkimomma ini.
Nak tahu, perkara pertama yang saya buat bila saya ambil keputusan untuk buat bisnes Shaklee ialah fikir nama blog. Semalaman jugalah saya cari nama yang sesuai. Akhirnya saya pilih genkimomma. Perkataan ‘genki’ ini berasal dari bahasa Jepun, yang membawa maksud sihat dan ceria.
Bila dah jatuh cinta dengan nama genkimomma, terus saya bangun dan daftar nama di blogspot.com. Maka, bermula lah episod sejarah blog genkimomma dari domain blogspot.com, ke .com, ke .com.my, ke .net, dan akhirnya gembira dengan genkimomma.my sekarang.
Pentingkah Penulisan Blog Untuk Bisnes Shaklee?
Pada saya, mempunyai laman blog adalah satu perkara yang wajib bagi semua yang ingin memulakan bisnes online, terutama sekali bisnes Shaklee.
Di antara kepentingan menulis blog dalam bisnes Shaklee ialah:
- Kedai alam maya kita. Pelanggan bebas masuk kedai kita 24 jam sehari, tanpa kita perlu berada 24 jam di dalam premis.
- Lebih banyak pelanggan berpotensi. Dengan adanya blog, kita boleh luaskan skop pelanggan. Bukan setakat kawan-kawan satu pejabat sahaja. Malah, prospek berpotensi datang dari seluruh dunia.
- Penerangan produk lebih lengkap. Melalui artikel blog, kita boleh beri penerangan dengan panjang lebar, dan terperinci. Produk Shaklee mempunyai kajian klinikal yang utuh, beserta The Landmark Study. Info sebegini hanya boleh dihuraikan melalui penulisan blog. Bukan di Instagram, mahupun FaceBook.
- Menjadi pengedar Shaklee Pro. Penulisan blog bukan hanya untuk menjual produk. Sebaliknya, dengan lebih kerap menulis, kita juga semakin mendalami ilmu nutrisi, kebaikan produk dan manfaatnya untuk kesihatan semua.
- Beri manfaat kepada pembaca. Sebenarnya, ini yang lebih mahal dari urusan jual beli produk. Semoga dengan ilmu yang baik dan bermanfaat kepada pembaca, sedikit sebanyak menambah ‘saham akhirat’ kita. Insya Allah.
Saya boleh berikan 20 lagi manfaat penulisan blog dalam bisnes Shaklee ini. Sehari semalam pun tak cukup rasanya. Ada banyak sangat kebaikan menulis blog. Tapi, cukuplah 5 poin sahaja dulu.
Rahsia Kejayaan Usahawan Shaklee
Nak tahu satu rahsia? Kebanyakan pengedar Shaklee yang aktif menulis blog, akan kekal menjadi usahawan Shaklee dalam masa yang agak lama. Mungkin juga seumur hidup. Mereka juga biasanya mempunyai empayar bisnes Shaklee yang besar, serta pelanggan Shaklee yang setia.
Jadi, kalau anda benar-benar serius mahu mulakan bisnes Shaklee, mulalah menulis blog dengan konsisten dari sekarang. Usah risau jika tak tahu teknik penulisan blog yang betul.
Tulis sahaja, teruskan belajar. Bayi yang lahir pun tak terus berlari. Yang penting, tulis dari hati.
**Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Setia Alam, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
Add/ Follow FB : Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Hero Borneo says
Senang kata.. Ada blog ada segalanya
GenkiMomma says
betul, betul, betul, hehe… 😀
Hero Borneo says
Bertuahnya dapat pergi ke majlis ilmu tersebut
GenkiMomma says
Syukur sangat, sifu blogger kannn… 😀
Eizil says
Terima kasih sudi menghadirkan diri ke sesi perkongsian tempoh hari Master Arnie, terlupa nak tanya feedback selepas kelas, tapi dah dalam artikel ni tulis bagus, alhamdulillah.
Semoga perkongsian tempoh hari memberikan manfaat kepada semua yang hadir.
GenkiMomma says
Terima kasih banyak juga di atas kesudian Tuan Eizil mengadakan kelas blogging percuma buat kami semua. Banyak sangat manfaat yang kami perolehi. Sekarang tinggal ‘nak bertindak’ aje.
Semoga Allah membalas jasa baik tuan dengan sebaik-baik kebaikan.. 😀
Che Rizal says
Hebat team Genkimomma. 7 Tahun membangunkan blog. dengan pelbagai nama domain telah dicuba. Saya amat-amat respek.
Seseorang yang berjaya mindsetnya adalah berbeza. Bagi mereka kegagalan adalah kejayaan. Tak mungkin Thomas Edison dapat mencipta mentol jika dia gagal. Sebab kegagal lah dia berjaya mencipta sesuatu yang berguna.
GenkiMomma says
Setuju sangat dengan pendapat tuan tue. Bila kita jatuh, haruslah cuba bangkit dan usaha untuk melompat lebih tinggi… 😀