Bila cakap tentang minyak zaitun (olive oil) ada 2 jenis minyak zaitun sahaja yang terbayang di fikiran. Pertama, makanan Itali – spaghetti, pasta, pizza dan sebagainya. Kedua, untuk kecantikan, yang biasa dijual dalam botol kecil macam baby oil tue, untuk kulit, untuk rambut.
Namun, bila belajar lebih mendalam tentang ilmu penjagaan Eczema untuk baby Dhira, baru tahu bahawa Olive Oil sangat baik untuk penghidap Eczema.
Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami eczema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, “Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”. -IKIM
Dan, kali pertama dengar tentang pelbagai jenis minyak zaitun yang lain iaitu VOO, EVOO dan POEVOO. Wahhh, ape tue?
Jenis-jenis Minyak Zaitun
Jenis minyak zaitun digredkan berdasarkan 2 faktor iaitu,
- proses pengekstrakkan minyak zaitun,
- serta kadar keasidan minyak zaitun tersebut.
(1) Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
EVOO merupakan jenis minyak zaitun paling murni, dengan kadar keasidan 0.5-1%. Berasal dari hasil perahan pertama buah zaitun. Mengandungi jumlah nutrisi dan vitamin yang tinggi, tiada bahan kimia tambahan. Warnanya kehijau-hijauan, dengan rasa dan aroma yang lebih tajam.
Sesuai untuk dressing, sos salad, dicelupkan pada roti secara langsung atau sebagai suplemen kesihatan untuk mengurangkan risiko kanser, melambatkan penuaan dari dalam, mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dan sebagainya.
Boleh juga sebagai sapuan pada kulit yang ada masalah ekzema.
Inilah EVOO pertama yang kami beli untuk kegunaan ekzema baby Dhira. Sebenarnya, tak tau pun jenis minyak zaitun EVOO apa yang paling best untuk dicuba. Rembat aje apa yang jumpa depan mata..
Rule of thumb, tak kisah EVOO jenama apa pun yang kita pilih, yang penting, pastikan EVOO kita Cold Pressed, untuk penjagaan Eczema.
Extra-virgin olive oil (EVOO) is the highest grade available, followed by virgin olive oil. The word “virgin” indicates that the olives have been pressed to extract the oil; no heat or chemicals have been used during the extraction process, and the oil is pure and unrefined.
*POEVOO (Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil) ialah jenis minyak zaitun yang sama dengan EVOO. Bezanya, buah zaitun ini ditanam dan berasal dari Palestine.
Minyak zaitun EVOOO/ PEVOO ini tidak bagus untuk tumis atau menggoreng kerana kurang minyak.
(2) Virgin Olive Oil (VOO)
VOO diperoleh dari hasil produksi tahap kedua buah zaitun, dengan kadar keasidan kurang dari 4% (1-3%). Ia dicampur sedikit minyak dari perahan pertama. Warnanya hijau kekuningan.
Jenis minyak zaitun ini boleh digunakan untuk memasak, salad dressing, dan lainnya.
(3) Olive Oil / Pure Olive Oil
Jenis minyak zaitun ini merupakan campuran dari Refined Olive Oil dan Virgin Olive Oil (VOO), dengan tahap keasidan melebihi 4%. Kandungan nutrisinya lebih rendah, melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya. Harganya pun lebih murah.
Warnanya kekuning-kuningan, biasanya digunakan sebagai pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali. Tidak sesuai untuk salad dressing.
(4) Refined Olive Oil
Walaupun dihasilkan dari perahan pertama, namun jenis minyak zaitun Extract & Refined ini diproses secara kimia untuk memperbaiki kualitinya yang kurang bagus. Zat kimia ditambahkan untuk meneutralkan rasanya yang kuat, dan kadar keasidannya yang tinggi. Untuk memperkuat rasa minyak, minyak zaitun jenis virgin ditambahkan ke dalamnya.
(5) Fino Olive Oil
Jenis minyak zaitun Fino ini merupakan hasil campuran EVOO dan VOO. Ia berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud “fine”.
(6) Pomace Olive Oil
Jenis minyak zaitun Pomace ini merupakan gred paling rendah dalam kumpulan minyak zaitun. Ia dihasilkan dari minyak yang tersisa dari proses perahan kedua, tidak dibuang begitu saja tapi mampu diproses kembali. Dicampur dengan berbagai variasi jumlah VOO supaya boleh diterima oleh pengguna. Biasanya dijadikan bahan untuk kosmetik, syampu, sabun dan sebagainya.
*Sumber : Types of Olive Oil & Food Encyclopedia
Ok, lepas dah tahu jenis minyak zaitun nie, lebih mudah lah nak beli minyak zaitun di pasar raya. Semoga kita tak tertukar minyak zaitun untuk goreng makanan, dengan minyak zaitun untuk kesihatan luar dan dalam, terutama sekali minyak zaitun untuk penjagaan Eczema. 😀
Ibu kepada anak ekzema,
Follow FB Arnie Samsudin untuk update terkini, dan mesej secara langsung.
Noriza Rahman says
Sangat bagus la info ni, kalau tak memang main ambik ja sebab ingat semua minyak zaitun tu sama
GenkiMomma says
Tue laa, tak tau pun sebelum nie minyak zaitun boleh diminum begitu saje…
Hero Borneo says
harga minyak zaitun lebih mahal berbanding minyak kelapa sawit..
GenkiMomma says
haaa, harga mmg boleh buat org fikir 2-3x nak beli ke tak…
Hero Borneo says
masalah itu akan selesai jika dah banyak duit..
GenkiMomma says
hihihi, betul sangat tue…
Sync says
ingatkan ada sejenis je minyak zaitun 🙂
Oja Samid says
Pernah baca artikel yang ulas pasal keaslian minyak zaitan. Kajian tu kata banyak juga jenama minyak zaitun terkenal nie kandungan dia tak asli macam yang didakwa. Terkejut baca fakta tu. Sama macam madu kat pasaran, banyak yang tinggi gula dan bahan lain. 🙁