Kencing tidak lawas biasanya di alami oleh warga emas. Masalah kencing tak lawas ini lebih ketara di kalangan warga emas lelaki, berbanding wanita. Dianggarkan 30%-40% warga emas lelaki mengalami kencing tak lawas ini.
Antara tanda-tanda seseorang ada masalah kencing tak lawas ialah:
- aliran air kencing mengecil,
- air kencing tersekat-sekat,
- air kencing menitis selepas buang air kecil,
- dan rasa tidak puas selepas buang air kecil.
Risiko kencing tak lawas ini makin bertambah, seiring dengan peningkatan umur seseorang. Bagi warga emas lelaki, kencing tak lawas mungkin merupakan tanda kanser prostat. Bagi warga emas wanita pula, gejala ini biasanya terjadi kepada yang mengalami menopause.
Punca Masalah Kencing Tidak Lawas
Kencing tak lawas terjadi apabila tidak semua air kencing dikeluarkan dalam satu masa. Jadi, masih ada saki baki air kencing di dalam pundi kencing pesakit.
Keadaan ini akan menyebabkan kencing yang kedua, atau seterusnya, mempunyai aliran air kencing yang mengecil. Seterusnya akan buat rasa tersekat-sekat, rasa tidak puas buang air kecil, dan berulang ke tandas.
Punca masalah kencing tak lawas di kalangan warga emas lelaki biasanya disebabkan oleh:
- Otot pundi kencing yang lemah dan tidak stabil.
- Kelenjar prostat bengkak.
- Kanser prostat.
- Kencing kotor (jangkitan kuman pada pundi kencing).
- Batu karang di saluran, atau dalam pundi kencing.
- Masalah saraf yang disebabkan oleh penyakit multiple sclerosis.
- Kecederaan saraf tulang belakang.
Air kencing berbuih, petanda buah pinggang bocor?
Komplikasi Kencing Tidak Lawas
Komplikasi yang bakal di alami kesan daripada masalah kencing tak lawas ini ialah:
(1) Masalah retensi air kencing:
- Jika berlaku secara akut, menyebabkan kesakitan di bahagian ari-ari.
- Jika berlaku secara perlahan-lahan, ia menyebabkan otot-otot pundi kencing merenggang dan menjadi lemah. Ini akan menyebabkan masalah kawalan dan pembuangan air kencing.
- Adakala, menyebabkan seseorang tidak dapat kencing langsung.
(2) Jangkitan saluran air kencing:
- Biasanya disebabkan oleh ketidakupayaan untuk kosongkan pundi air kencing dengan sepenuhnya. Air kencing yang bertakung, jadi penyebab pembiakan bakteria.
- Antara simptomnya ialah rasa sakit di bahagian ari-ari, rasa sakit semasa kencing, rasa terdesak untuk kencing secara tiba-tiba, dan air kencing bertukar warna dan bau.
(3) Batu karang:
- Jika pundi air kencing tak dikosongkan sepenuhnya, batu karang boleh terbentuk.
- Antara simptom batu karang seperti rasa sakit di bahagian ari-ari, rasa sakit semasa kencing dan kencing berdarah.
Pencegahan Kencing Tak Lawas
Berikut ialah beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan oleh warga emas lelaki terutamanya, untuk mengelakkan risiko terkena masalah kencing tidak lawas.
- Jangan tahan air kencing.
- Minum air kosong secukupnya.
- Jaga kebersihan diri, dan persekitaran untuk elakkan jangkitan.
- Elakkan kecederaan di kawasan perineal ketika melakukan aktiviti seperti berbasikal atau menunggang kuda.
- Amalkan gaya hidup sihat. Bersenam, pengambilan nutrisi berkhasiat dan seimbang.
Namun, sekiranya anda mengalami sebarang gejala berkaitan masalah kencing tak lawas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan selanjutnya.
Nutrisi Untuk Kencing Tak Lawas
Suplemen Shaklee yang kami cadangkan untuk mencegah masalah kencing tak lawas ialah:
- Alfalfa Complex : sumber serat untuk melawaskan penghadaman, kurangkan bengkak air (water retention), dan bantu kawal kandungan air dalam badan.
- Peppermint-Ginger Plus : bantu buang angin lebihan dalam usus, kurangkan rasa loya dan kembung perut. Pudina dan halia diguna secara tradisional untuk rawat Sindrom Gangguan Usus (IBS).
- Garlic Complex (optional) : sumber antibakteria dan antibiotik semulajadi untuk mencegah jangkitan kuman, fungus dan kulat. Disarankan buat yang kena jangkitan.
Anda boleh dapatkan Set Nutrisi Kencing Tak Lawas di laman eSell ini (klik). Pembayaran melalui kad debit atau kad kredit. Penghantaran dengan kurier nasional ke seluruh Malaysia. Jangan risau, laman eSell ini adalah 100% selamat. 7 langkah mudah beli vitamin Shaklee online melalui eSell
Atau, WhatsApp sahaja ke 017-3030081 untuk pertanyaan lanjut.
Jadual pemakanan set suplemen kencing tak lawas ini akan kami berikan untuk setiap pembelian produk daripada kami GenkiMomma.My sahaja. Harap maklum.
Apapun, ini hanyalah cadangan nutrisi sahaja. Sebaik-baiknya, anda dapatkan rawatan daripada doktor dahulu sekiranya anda mempunyai sebarang gejala kencing tak lawas.
Walaupun masalah kencing tidak lawas ini biasanya menyerang warga emas lelaki, semua lapisan masyarakat juga berisiko terkena penyakit ini. Jadi, sentiasa amalkan gaya hidup sihat, kebersihan diri dan persekitaran juga. Insya Allah… 😀
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Follow FB Arnie Samsudin untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan yang ohsem.
WhatsApp 017-3030081 untuk order “Set Nutrisi Kencing Tak Lawas“.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Anuar says
Terima kasih di atas ingatan… Boleh buat persediaan atau dijadikan ingatan sebelum hari tua..
GenkiMomma says
Semoga jadi panduan untuk semua..
Nur Razali says
Bila baca entri ni kan teringat dengan ayah dan bapa mertua nur. Kerap ada masalah kencing tak lawas ni. Bila da tau info ni penting sebenarnya kan untuk cegah sebelum parah.
GenkiMomma says
Pepermint-Ginger tue sedap campur dengan air teh O panas Nur, boleh lah beri pada ayah & bapa mertua..
titan says
Memang tak seronok betul kalau kencing tak lawas.
Rasa cam tak puah je.
GenkiMomma says
Rasa stress pun ada..
Mama Hakim says
Mama pernah baca, banyak minum kafein pun boleh sebabkan kita kerap kencing
.
Rasa tak lawas je
.
Elok kawal kan
GenkiMomma says
Kafein memang begitu..
Farha says
Setuju. Mcm mertua adik ipar faha, memula kencing x lawas. Lama gk la jd mcm tu. lama2 dpt detect cancer prostat tahap 4 😭
Oja Samid says
Sedihnya dengar 🙁 Kalau mula rasa kencing tak lawas memang better check cepat-cepat kan. Sebab tak tahu puncanya yang mana satu..risau kanser aje. T_T
GenkiMomma says
Betul Oja, sebab simptomnya lebih kurang sama aje kan..
GenkiMomma says
Ya Allah, kasihannya dia Farha…
Ibu Zaid says
Dari kencing tak lawas boleh melarat jadi kanser prostat ya
.
Kena jaga betul ni
GenkiMomma says
Kena sentiasa monitor kesihatan..
Mama Olin says
Ayah mentua pon kekadang ada masalah kencing tak lawas sampai kena pakai saluran ke beg tu..pasni kena try set ni
GenkiMomma says
Allahu Akbar, kasihan tue Rolin.. Boleh cuba nutrisi asas nie..
azimah mohd zainuddin says
Kena selalu peka dengan perubahan kesihatan diri setiap hari. Manalah tahu, ingatkan simptom biasa rupanya boleh membawa kepada penyakit kronik
titan says
memang tak best ni kalau kena kencing tak lawas.
rasa tak best aje.