Bila tengok bintik-bintik merah di pipi, muka, kepala, atau pelipat badan baby, yang sudah beberapa hari pun tak mahu surut, semua parents pasti akan risau. Biasanya, si ibu akan cenderung bertanya terus kawan-kawan di media sosial,
“Anak aku macam Eczema lah.. Apa nak buat ehh?”
Seperti dijangka, jawapan yang diterima juga pelbagai warna. Krim eczema itu bagus, pelembap eczema ini lebih baik. Ada yang kata elakkan makan itu, ada yang kata makan ini cepat baik.
Ada yang menolak steroid, dan sanggup bersabar berbulan-bulan dengan mengamalkan rawatan penyembuhan Eczema semulajadi, yang semestinya tiada long-term effect. Yang lain pula marah, nak biar anak sakit ke tak mahu sapu krim steroid? Macam-macam.
Setiap ibu ada cara dan pengalaman masing-masing. Tiada jawapan yang salah sebenarnya.
Setiap Pesakit Ekzema Adalah Unik
Namun perlu ingat, setiap individu Eczema adalah unik. Setiap seorang alahannya tak sama.
Alahan individu Eczema tidak sama di antara satu sama lain. Jadi, rawatan Eczema yang baik untuk anak si dia, tak semestinya sesuai untuk anak kita. Begitu juga sebaliknya. Emosi pun perlu jaga tau, sebab anak Eczema tak boleh stress.
Contohnya, anak Eczema kawan kita mungkin alah dengan kekacang, boleh menyebabkan Eczema nya terus flare up. Tapi, anaknya tiada masalah makan makanan laut.
Anak Eczema kita pula, tiada masalah langsung dengan kekacang. Kudapan wajib setiap hari. Tapi cubalah makan produk tenusu, serta merta kegatalan satu badan.
Diet ibu menyusu anak Eczema pun perlu ambil kira.
Kepentingan Buat Allergy Test Untuk Anak Eczema
Daripada kita berhabis duit membeli krim Eczema yang belum tentu serasi dengan anak kita, atau berteka-teki apa makanan boleh makan, apa makanan kena elakkan, lebih baik kita kenal pasti punca alahan Eczema tersebut dengan buat Allergy Test.
Food allergy symptoms are caused by the interaction between a food allergen and an antibody known as IgE (immunoglobulin E). To diagnose a food allergy, your allergist may use a skin prick test (SPT) to measure the presence of IgE antibodies for the suspect food. SPTs are inexpensive, produce immediate results, and can be performed in the doctor’s office.
Bila dah tahu penyebab alahan apa yang menjadi punca Eczema anak kita, maka lebih mudahlah untuk kita amalkan rawatan penyembuhan Eczema yang bersesuaian dengan alahan tersebut.
Allergy blood tests detect and measure the amount of allergen-specific antibodies in your blood. When you come into contact with an allergy trigger, known as an allergen, your body makes antibodies against it. The antibodies tell cells in your body to release certain chemicals. These chemicals are what cause allergy symptoms. Immunoglobulin E (IgE) is an antibody that’s strongly linked to the body’s allergy response.
Allergy blood tests may be referred to as Radioallergosorbent test (RAST).
Pada pendapat saya, buat Allergy Test, samaada Skin Prick Test ataupun Blood Test (RAST), merupakan antara cara terbaik untuk anda kenal pasti punca alahan Eczema anak.
Pengalaman Buat Allergy Test di DEMC
Saya sendiri mempunyai anak Eczema sejak lahir. Walaupun terkejut, kerana baby Dhira ialah anak pertama kami yang menghidap Eczema, tapi tak hairan sangatlah sebab saya juga mempunyai Eczema ketika kecil. Kalau kita tiada Eczema pun, kebarangkalian anak kita akan mendapat Eczema tetap ada sekiranya ibu ayah kita merupakan pesakit Athma.
Jadi, saya kongsikan pengalaman buat Allergy Test di sini, sebagai rujukan kami sendiri di masa akan datang. Semoga ianya juga menjadi panduan dan sedikit sebanyak membantu ibu bapa yang mempunyai anak Eczema seperti kami juga.
Kami set appointment untuk buat Allergy Test (Skin Prick Testing) dengan Dr. Koshy, Paedtrician baby Dhira di DEMC, ketika umur baby Dhira 6 bulan (Januari 2015). Tiada had umur sebenarnya. Cuma, jika baby lebih besar lebih baik, supaya ada lebih banyak ruang di badan untuk Doktor buat Allergy Test tersebut.
Kami pilih buat Allergy Test masa umur baby Dhira 6 bulan kerana dia belum mula makan solid food lagi. Masih 100% exclusive breastfeeding. Semasa prosedur Allergy Test dijalankan…
Mulanya, belakang badan baby ditandakan nombor 1 hingga 16. Baby Dhira di test dengan 16 allergens, termasuk 2 bahan kontrol, histamine dan air garam (normal saline).
The skin prick test introduces a tiny amount of allergen into the skin, eliciting a small, localised allergic response, in the form of a wheal (bump) and flare (redness) at the site of testing. These tests can be carried out on all age groups, including babies.
Produk Tenusu Punca Ekzema Anak Kami
Selepas tunggu sekejap selama 15-30 minit, inilah keputusan Allergy Test baby Dhira.
No. 16 ialah dairy products. Nampak ketara kan tindak balas kulit baby Dhira di No. 16 tue?
Barulah kami tahu yang selama ini baby Dhira alah dengan produk tenusu. Dia score 8 (paling tinggi) untuk cow’s milk. Walaupun dia tak minum susu Formula, menyusu badan sepenuhnya sejak lahir, namun, apa yang saya consume tetap mengalir ke dalam badannya.
Jadi, saya perlu pantang semua jenis produk tenusu sementara masih menyusukan baby Dhira. Dan, menyusukan baby Dhira selama mungkin untuk kuatkan sistem imunnya.
Syukur sangat baby Dhira tidak allergic dengan kekacang ataupun kacang soya. Bolehlah ibu teruskan minum Energizing Soy Protein, minuman kegemaran merangkap milk booster.
Kata doktor, allergy dairy products nie biasanya tak lama. Ia akan semakin berkurangan seiring dengan tumbesaran baby. Tapi kalau allergy kekacang berat sedikit, seumur hidup kena pantang makan kekacang.
Allergy Test di DEMC
Jika anda nak buat Allergy Test di DEMC, sila call DEMC untuk buat appointment terlebih dahulu, kerana Allergy Test ini hanya dilakukan seminggu sekali sahaja, iaitu setiap petang Rabu.
DEMC Specialist Shah Alam : 03-5515 1888
Kos rawatan untuk buat Allergy Test juga mungkin berbeza mengikut peredaran semasa. Kami buat Allergy Test nie bulan Januari 2015, GST belum di implement lagi.
Alhamdulillah, saya bersyukur dikurniakan baby Dhira, anak Eczema kami. Banyak yang kami pelajari tentang ilmu untuk menjaga dan merawat anak Eczema sejak kelahiran baby Dhira. Jika anda juga ada anak Eczema, banyakkan membaca, dan join lah mana-mana kumpulan sokongan Eczema.
Jangan risau, kita tidak berseorangan… 😀
Anak saya ekzema,
Follow FB Arnie Samsudin untuk update terkini, dan mesej secara langsung.
Noriza Rahman says
Sekali tengok macam ruam eczema ni kan? So, ibubapa kena alert dengan perubahan pada diri anak-anak
GenkiMomma says
Eczema nie macam ruam yang tak mau sembuh2, hehe… 😛
Noriza Rahman says
Bagusnya buat allergy test ni supaya mak tu senang nak control makan apa yang trigger kan?
GenkiMomma says
ye betul, bukan sebarang control..
Oja Samid says
bagus buat allergy test. dapat jadi panduan untuk elakkan mana yg jadi sumber alergi. mudah2an eczema /alahan pun akan lebih terkawal insyaAllah. 🙂
GenkiMomma says
mudah-mudahan… 🙂
sabree hussin says
Eczema ni akan baik sendiri bila dah meningkat dewasa kan? Waktu tu sistem imun dah mula berkembang, betul tak?
GenkiMomma says
betul, Eczema akan berkurangan apabila sistem imun kita semakin kuat.. 🙂
Hero Borneo says
Sangat menarik info ini dan tak sangka result sangat cepat
GenkiMomma says
syukur, tak perlu tunggu lama results nya.. 😀
azimah mohd zainuddin says
Dengan allergy test ini ibu-ibu boleh jadi lebih alert dalam memantau progress eczema anak-anak.
GenkiMomma says
betul, tak perlu nak pantang2 yg tak sepatutnya..
nana says
salam….nak tanye brp kos buat test allergy tu kt demc yer?
GenkiMomma says
Boleh call DEMC terus puan Nana, sebab harga mungkin dah berubah..