Kepentingan Menjaga Emosi Anak Eczema | Anda ada anak Eczema? Anda rasa pressure melihat radang kulit Eczema nya tidak pulih? Anda stress lihat anak Eczema anda berdarah satu badan akibat kerap menggaru? Nanti dahulu…
Jika anda sebagai penjaga anak Eczema pun mudah stress, apatah lagi perasaan si anak Eczema itu sendiri? Pastinya berganda-ganda lebih stress dari anda, sekaligus menyebabkan radang Eczema (flare) menjadi lebih teruk!
Kepentingan Menjaga Emosi Anak Eczema
Bila ditanya, waktu bilakah penghidap ekzema akan rasa terlalu gatal dan kerap menggaru?
Ramai yang akan jawab waktu Eczema paling gatal ialah:
- Waktu hendak tidur
- Waktu lapar
- Waktu marah.
Sama jugalah dengan anak Eczema. Walaupun mereka tidak boleh menjawab seperti orang dewasa, ketiga-tiga situasi inilah merupakan waktu kemuncak Eczema paling gatal!
Hakikatnya, ketiga-tiga situasi ini melibatkan emosi anak Eczema.
Semasa nak tidur, tumpuan beralih kepada diri dan emosi diri. Apabila lapar, sudah tentu rasa kurang selesa. Apabila marah emosi sedang meradang, seterusnya menyebabkan kulit juga akan meradang. Ini antara sebab penghidap Eczema dan ibu bapa anak Eczema perlu tahu cara untuk menjaga emosi diri dengan baik.
Penyakit Eczema ini kadangkala amat mencabar dan sering juga pesakit dan penjaga anak Eczema menemui jalan buntu, putus asa dan menjadi murung sebab Eczema sering berulang dan berpusing-pusing seolah tanpa kesudahan. Di sinilah pentingnya anda menyertai kumpulan sokongan Eczema, untuk memberi semangat dan menjadi sumber inspirasi di antara satu sama lain.
Di Malaysia kita ada kumpulan Eczema Malaysia (NAAE). Senyum, anda tidak berseorangan!
Emosi jugalah yang menyebabkan radang Eczema. Contohnya, apabila pesakit ekzema menghadapi stress peperiksaan, pressure dengan dateline daripada boss, atau perkara-perkara yang menekan emosinya, Eczema akan flare up!
Jadi, buat ibu bapa dan penjaga anak Eczema:
- Bayi dan anak Eczema perlu dilayan dan dibelai selalu supaya tidak mengalami stress. Jaga emosi anak Eczema sebaik-baiknya.
- Jangan biarkan anak Eczema menangis terlalu lama.
- Jangan sesekali paksa anak Eczema makan atau minum.
- Jangan juga di ikat atau di bedung, kecuali dengan cara yang tidak menghalang pergerakan anak itu sepenuhnya.
- Create suasana yang selesa untuknya. Jika panas berpeluh, pakaikan pakaian yang berangin, buka penghawa dingin, sapukan pelembap semulajadi dan pastikan rumah sentiasa bersih.
Kata kuncinya, anak Eczema tak boleh stress! 😉
Benar, apabila Eczema tengah teruk, anak boleh mengaru sehingga berdarah satu badan. Si ibu pula akan panik, dan rasa tiada pilihan lain, selain dari mengikat tangan anak dengan cara membedungnya. Namun sebenarnya, jika rawatan terhadap punca Eczema telah dijalankan dengan baik dan ubat yang paling tepat telah diberi, sebarang aktiviti mengaru tidak akan melecetkan kulit lagi.
Antara teknik yang digunakan oleh Dr. Suriyakhatun berkenaan emosi adalah ‘Emotional Freedom Technique’. Zikir sebagai cara untuk mendantangkan ketenangan dan keamanan di dalam jiwa penghidap dan penjaga pesakit ekzema.
Antara soalan popular yang diutarakan daripada penjaga anak Eczema,
“Kulit anak saya sudah mula baik, tapi gatalnya masih kuat. Cuma bila dia garu sudah tidak melecet lagi.”
Jawapan Dr. Suriya di laman FB nya,
“Gatal adalah perkara paling akhir untuk proses pemulihan Eczema. Emosi memainkan peranan penting dalam menyembuhkan gatal Eczema.”
Kesimpulannya, emosi ibu bapa atau penjaga amat mempengaruhi emosi anak Eczema. Sebarang ketegangan diantara ahli keluarga dalam rumah walau sekecil mana sekalipun akan turut menjejaskan emosi anak Eczema. Jadi, bersama-samalah kita menjadikan suasana rumah kita stress-free environment! Insya Allah…
Memahami punca Eczema kanak-kanak
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di SETIA ALAM, Bukit Raja, Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:
Call/ SMS/ WhatsApp : 017-3030081 / 012-2180781
E-Mail : genkimomma@gmail.com
Daftar keahlian Shaklee segera di “Join Now“.
Noriza Rahman says
Sangat setuju! anak saudara pun macam tu..kalau time nak tidur ka marah ka, mula la merenyam ratal-gatal eczema tu..menggaru sampai berdarah-darah..
Oja Samid says
walaupun family takde history eczema, tapi bila baca pengalaman kawan2 memang rasa insaf sangat. besar cabarannya bila ada anak eczema. huhu…
Noriza Rahman says
Memang sangat mencabar Oja, depa ni sensitif lebih sikit…
azimah mohd zainuddin says
Memang ibu bapa yang ada anak eczema ini sama tabah dengan anak-anak mereka. Semoga Kak Arnie tak jemu-jemu gali ilmu lagi untuk dikongsikan tentang eczema kepada semua