Keguguran ketika hamil boleh berlaku kepada mana-mana wanita, samada ibu pertama kali mengandung, mahupun yang sudah berpengalaman melahirkan bayi. Ia berpunca dari pelbagai sebab, dan boleh berlaku bila-bila masa sepanjang kehamilan.
Kesakitan ketika melahirkan bayi yang sudah tidak bernyawa (terutama bayi yang sudah sempurna sifatnya) adalah sama, atau mungkin lebih sakit berbanding melahirkan bayi yang normal. Itu belum kira lagi ‘kesakitan emosi’ yang bakal ditanggung oleh si ibu. Doa Elak Keguguran Bayi.
Jadi, penjagaan berpantang selepas keguguran tidak boleh diambil mudah. Malah, ada yang mengatakan penjagaan wanita keguguran adalah lebih serius berbanding bersalin biasa.
Risiko Tidak Berpantang Selepas Keguguran
Sebenarnya, ibu yang mengalami keguguran turut perlu menjalani tempoh berpantang yang sama seperti ibu bersalin. Ini kerana, jika ibu tidak menjaga dan merawat dirinya dengan baik, dan tidak berpantang selepas keguguran, ibu yang keguguran mempunyai risiko:
- Tertinggal cebisan darah lendir daripada janin, serta sisa uri dalam rahim.
- Mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat dari jangkitan di bahagian peranakan.
- Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah.
- Bahagian rahim yang tidak dibersihkan dengan rapi akan menyebabkan toksin meresap ke seluruh sistem badan.
- Demam panas sehingga menyebabkan kancing gigi jika ibu tak berpantang makanan tertentu yang dilarang selepas keguguran.
Perkongsian sebenar dari seorang ibu yang keguguran, dan rawatan segera (lewat 3 minggu) tidak diberikan kepada si ibu kerana masalah teknikal:
“Saya menggunakan Vitamin E sejak mendapat masalah kulit yang teruk selepas keguguran untuk kali ke-5, disebabka janin yang telah mati tidak dikeluarkan untuk jangka masa yang lama, lebih kurang 3 minggu kerana tiada wad kosong di hospital. Kulit saya gatal teruk di wajah, jerawat besar dan bernanah silih berganti.
Saya bertemu dengan produk Shaklee kerana mula terfikir untuk mencari penawar dalaman. Bermula dengan pengambilan Vitamin C, GLA Complex, OmegaGuard dan OsteMatrix. Vitamin C double dose setiap hari. Kesannya, jerawat mula mengecut dan kegatalan pada kulit semakin mengecil. Setiap pagi gumpalan lendir dan kahak yang banyak. tiada lagi masalah selsema dan bersin. Sakit tekak akibat tonsil juga telah tiada. Tidur lebih lena kerana tiada masalah pada sistem pernafasan yang sebelumnya terhalang dengan tonsil. Kulit di badan semakin licin, cuma pada wajah perubahan perlahan kerana masalah telah serius. Kepercayaan kepada vitamin Shaklee semakin tinggi, dan saya ambil Vitamin E pula.” -Puan Sue
Haaa bahaya kan jika rawatan yang betul tidak dibuat dengan sempurna selepas keguguran. Pelbagai risiko kesihatan menanti si ibu nanti.
Kepentingan Penjagaan Berpantang Selepas Keguguran
Penjagaan berpantang selepas keguguran yang dilakukan dengan betul sangat membantu mempercepatkan proses pemulihan fizikal dan fisiologikal si ibu, dan mengelakkan:
- tekanan emosi (kemurungan),
- masalah kesuburan,
- masalah lemah rahim,
- ketidakseimbangan hormon,
- bengkak/ bisa otot peranakan, dan lain-lain.
Sekiranya penjagaan berpantang selepas keguguran tidak dilakukan dengan betul, dikhuatiri ibu boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti bentan urat, demam lambat baik, mudah sakit-sakit badan, dan lain-lain.
Antara makanan yang ibu perlu elakkan ketika berpantang selepas keguguran ialah:
- Makanan berangin – Ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.
- Makanan sejuk & menjalar – labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, nangka, cempedak, pisang masak hijau dan tembikai.
- Ikan berbisa & berduri – Ikan duri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin dan pari.
Walaupun tiada kajian khusus mengaitkan makanan tertentu dengan kesihatan si ibu selepas bersalin, dipercayai makanan berangin dan berduri memberi efek kepada pemulihan badan, terutama sekali kesihatan jangkamasa panjang si ibu.
Set Nutrisi Berpantang Selepas Keguguran
Selain daripada berehat secukupnya, ibu selepas keguguran perlu menitikberatkan pengambilan nutrisi yang lengkap untuk memenuhi lompong kosong di dalam badan. Set suplemen yang di cadangkan selepas keguguran ialah sama sahaja dengan set bersalin (set postnatal).
Fungsi setiap vitamin dalam membantu pemulihan ibu selepas keguguran ialah:
- Vita-Lea Iron Formula: Multivitamin & multimineral lengkap untuk memenuhi kekosongan nutrisi badan. Zat Besi menyokong pembentukan sel darah merah, penting kerana ibu banyak kehilangan darah semasa proses melahirkan.
- Vitamin C: Mengoptimumkan penyerapan Zat Besi. Penting untuk penyembuhan luka yang sempurna. Menguatkan imuniti badan.
- B-Complex: Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk Biotin dan Asid Folik. Penting untuk bantu tenangkan saraf, kurangkan tekanan (anti-stress), sekaligus kurangkan risiko angin meroyan. Sangat penting untuk elakkan ibu kemurungan, terutama selepas kehilangan bayi.
- OsteMatrix: Mengisi semula kalsium yang hilang ketika kehamilan. Magnesium bantu lawaskan penghadaman, dan kurangkan risiko sembelit ketika berpantang. Bantu ibu tidur lebih lena di waktu malam, dan bangun ceria bertenaga keesokkan harinya.
- ESP Soy Protein: Memberi tenaga berpanjangan. Menyokong pemulihan dan pembaharuan sel di dalam badan. Protein indeks glisemik yang rendah beri rasa kenyang lebih lama.
- OmegaGuard: Anti-radang. Kaya dengan Asid Lemak Omega-3, EPA dan DHA untuk menyokong kesihatan minda, penglihatan dan jantung. Sifat minyak ikan yang memanaskan badan, bantu panaskan badan ibu yang banyak (terpaksa) ‘main air’ dalam pantang.
- Alfalfa Complex: Digelar “Raja segala Tumbuhan”, tinggi dengan serat yang bantu melawaskan penghadaman, serta menyerap lemak dan kolesterol di dalam badan. Alfalfa juga digelar “jamu moden” kerana bantu stabilkan kitaran haid, kecutkan rahim, kurangkan keputihan, buang angin, serta pelbagai masalah kewanitaan yang lain.
Bagaimana Nak Dapatkan Set Postnatal Shaklee?
Untuk para suami yang ingin menghadiahkan Set Berpantang Selepas Keguguran kepada isteri tersayang, kami amat menggalakan Set Postnatal Shaklee ini untuk membantu isteri anda mendapatkan bekalan nutrisi yang cukup sepanjang proses pemulihan badannya.
Kami yakin, isteri anda pasti tak sempat nak survey set apa yang sesuai dalam keadaan sekarang. Jadi, tugas suami lah untuk memberikan yang terbaik buat isteri tersayang.
Harga Set Postnatal Shaklee ini hanya RM666.25 sahaja (tak termasuk GST & Postage). Anda ada 2 cara mudah untuk membuat pembelian Set Postnatal, penjagaan selepas keguguran:
Cara 1: Beli secara Online di sini (Set Postnatal Shaklee). Pembayaran menggunakan Kad Debit/ Kad Kredit sahaja. Transaksi dan penghantrana, 100% selamat, dijamin oleh Shaklee (M).
Cara 2: Atau, WhatsApp sahaja ‘Set Berpantang Selepas Keguguran’ ke 017-3030081. Untuk lebih jimat, kami boleh bantu anda daftar keahlian Shaklee + beli Set Postnatal Shaklee. Automatik anda dapat beli dengan harga ahli, dan dapat cash rebates 5% bulan hadapannya. Jimat banyak!
Dengan pengambilan Set Berpantang Selepas Keguguran yang konsisten, rehat yang mencukupi, serta sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari suami dan keluarga pastinya boleh membantu ibu selepas keguguran sembuh dengan cepat, badan lebih bertenaga, serta ceria melalui hari-hari berpantang. Insya Allah…
*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
WhatsApp 017-3030081 (WhatsApp sahaja).
Follow FB Arnie Samsudin untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.
Noriza Rahman says
Ramai yang tak ambik kisa berpantang selepas keguguran kan
GenkiMomma says
Mungkin sebab tak dapat pendedahan tentang pelbagai risiko selepas keguguran..
Nur Razali says
Nur dah ada pengalaman 2 kali keguguran. Masa berpantang jaga betul2 sama macam berpantang lepas melahirkan. Emosi pun nk kene jg jugak. Suami dan keluarga terdekat perlu bagi sokongan moral. Zikir sebagai terapi diri 😉
GenkiMomma says
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kan.. Nur pastinya seorang ibu yang hebat! 😉
Afif Rayyan says
Perkongsian yang menarik
GenkiMomma says
tenkiu!