Cuti hujung minggu adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh kami. Waktu inilah kami gunakan untuk berehat santai di rumah, atau keluar beriadah seisi keluarga.
Pagi ini kami berdua ada kelas penulisan blog di Sunway Pinnacle dengan seorang sifu blogger hebat. Dari malam tadi lagi dah berpuluh kali ingatkan anak-anak supaya tak lewat esok pagi. Maklumlah, pada mereka, hujung minggu ialah hari untuk bermalas-malasan bangun lewat.
Jadi, selesai solat Subuh, anak-anak semua dipaksa bersiap oleh ibu. Hakikat mak anak ramai memang begini. Perlu bajet masa lebih kalau nak bersiap keluar. Sekurang-kurangnya kena mula bersiap 2 jam sebelum waktu yang di rancang untuk keluar.
Sarapan Pagi Bersama Anak-anak di Kedai Mamak
Sebelum gerak ke Sunway, wajib sarapan pagi dahulu. Memandangkan ibu dah tak sabar-sabar nak pergi kelas, tak sempatlah masak. Jadi, kami bersarapan di kedai mamak sahaja.
Untuk ibu, ayah, dan kakak, kami beli dari gerai nasi lemak di tepi jalan. Ehh jangan tak tahu, nasi lemak termasuk dalam 10 makanan paling sihat tau.
Cuma, kena tahu tips dan teknik makan nasi lemak cara yang sihat lah.
Untuk si abang, dia minta nak makan maggi goreng pagi ini. Walaupun menu tidak berapa sihat, tapi kami layankan sahaja permintaannya. Sekali sekala kita cheat day lah.
Lumrah kanak-kanak, mesti nak makan yang sedap dengan tekak mereka. Yang sedap, tak semestinya healthy. Yang healthy pun, biasanya tak berapa nak sedap.
Kepentingan Sarapan Pagi Bersama Anak-anak
Sebenarnya, bukan nak cakap tentang sarapan pagi yang sihat atau tidak. Namun, kegembiraan dapat makan bersama anak-anak, lihat wajah mereka seronok dengan menu pilihan, dengar celoteh riang mereka seronok makan sarapan pagi yang sedap, tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Kita bekerja keras pun untuk mereka. Jadi, rugi rasanya kalau tak luangkan masa bersama mereka. Waktu inilah kita boleh ambil peluang bertanya tentang perihal sekolah, perihal kawan-kawan, atau isu semasa yang lain. Suasana sarapan pagi yang santai begini, antara waktu terbaik. Tiada tekanan.
Pada anak kecil, adakala bukan mainan mahal pun yang mereka inginkan. Cukuplah dapat luangkan masa bersama ayah ibu, serta dapat perhatian dari ayah ibu. Itu pun memadai untuk buat mereka gembira. Masa itu sangat bernilai dari wang ringgit.
Perasaan gembira pun penting untuk kekalkan cara hidup sihat. Tekanan (stress) merupakan antara penyebab nombor satu dalam pelbagai masalah kesihatan. Nampak macam perkara remeh, tapi itulah hakikatnya. Jangan tak tahu, kanak-kanak pun boleh stress tau.
Peranan bapa dalam mendidik anak lelaki
Tekanan boleh memberi efek kepada tumbesaran kanak-kanak jika tidak dibendung dari kecil. Jadi, marilah kita luangkan masa sarapan pagi dengan anak-anak hari ini… 😀
Follow FB Arnie Samsudin untuk pelbagai updates dan tips kesihatan terkini.
Oja Samid says
Kalau hari biasa memang tak sempatlah nak sarapan sama2, kalut siapkan macam2. Masa weekend lah baru boleh lepak lama2 sikit..hehe
GenkiMomma says
Hari biasa memang breakfast seadanya ajelah, hihihi.. Yang penting perut anak-anak tak kosong.. Tue yg looking forward sangat weekends.. 😉
tyo says
terkadang kita memang tidak sempat karena kerja tidak mengenal waktu, tapi bagi anak-anak walau satu jam saja itu sudah luar biasa dapat bermain dengan ayah dan ibunya, tapi jangan lupa kerja keras kita untuk mereka, terimkasih sudah mengingatkan. salam
GenkiMomma says
Benar sekali. Walau hanya 1 jam, pastikan kita betul-betul gunakan waktu yang terhad itu sepenuhnya untuk anak tersayang..
Noriza Rahman says
Bestnya makan ngan anak-anak ni sebab ibu dipaksa habiskan makanan depa. Adoiii
GenkiMomma says
Bukan salah ibu tak kurus laa gitew, ekeke… 😀